Polis mengesahkan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan telah didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Seksyen 17, Shah Alam, pada 19 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim menerusi kenyataan berkata Nur Awliya Delisha Mohd Khairul disahkan meninggal dunia pada 22 Ogos selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Kesan lebam di dahi dan ada pendarahan otak

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berusia 33 tahun pada 8 malam 19 Ogos.

“Saya & Isteri Reda.” Bayi Meninggal Selepas Tak Sedarkan Diri Di Rumah Pengasuh
Kredit: FB See Kay

“Berdasarkan siasatan, pengadu dan isterinya telah ke rumah pengasuh sekitar 4 petang hari yang sama setelah dimaklumkan anaknya tidak sedarkan diri.

“Mereka telah melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Seksyen 19 dan mendapati ada kesan lebam di dahi serta disyaki ada pendarahan di otak,” katanya dan menambah mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Shah Alam.

Kejadian ini mendapat perhatian setelah bapa mangsa memberitahu anak sulungnya telah dijemput ilahi setelah bertarung nyawa selama 3 hari dan reda dengan ketentuan ilahi. Walaupun hanya 11 bulan bersamanya dan isteri, banyak momen indah bersama anak syurga mereka.

IKLAN

Pengasuh mengandung 5 bulan, jaga 8 anak asuhan

Mohd Iqbal berkata siasatan turut dijalankan terhadap pengasuh tersebut dan pihaknya mendapati wanita berusia 36 tahun itu sedang mengandung lima bulan.

Katanya, wanita itu menjaga lapan orang bayi dan kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 4 tahun termasuk anak pengadu di kediamannya secara bersendirian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Roshaza di talian 011-39865668.

Harap dipermudahkan proses siasatan

IKLAN

Sementara itu, di FB bapa arwah adik Awliya Delisha, Mohd Khairul memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Assalamualaikum…berkaitan kes kematian anak saya yang tular di media sosial, saya berharap tiada yang membuat sebarang spekulasi tidak betul. Kes masih lagi dalam siasatan dan punca kematian masih belum diketahui.

Apa pun kita berdoa semoga dipermudahkan urusan pihak berkaitan untuk membuat siasatan. Tujuan posting saya sebelum ini bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sekadar untuk pemberitahuan mengenai apa yang berlaku pada anak saya dan peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati dalam penjagaan anak-anak.

“Walaupun berat hati, saya dan isteri reda..”

IKLAN

Memang berat hati untuk kita menerima apa yang telah berlaku tetapi saya dan isteri reda dengan ketentuan Allah S.W.T…Semuanya milik Allah dan yakin semuanya hanya sementara Dia Memberi pinjaman dan Dia Mengambil kembali milikNya.

Walaubagaimanpun setiap kesalahan perlu ditegakkan demi kebaikan bersama..Sama-sama kita berdoa semoga segala urusan dipermudahkan dan tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat pihak yang bersalah..Amin

Sumber: BERNAMA & FB See Kay

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

“Saya & Isteri Reda.” Bayi Meninggal Selepas Tak Sedarkan Diri Di Rumah Pengasuh

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI