“Saya lalui Pengalaman Bersalin Yang Hebat”, Chryseis Tan Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Pertama Secara Pembedahan

Share

Setiap kelahiran mempunyai cerita yang tersendiri. Bagi ibu-ibu baru ia merupakan satu pengalaman berharga untuk dikenang dan diceritakan. Chryseis Tan, usahawan dan isteri kepada ahli perniagaan SM Faliq Nasimuddin berkongsi pengalaman melahirkan puteri sulungnya secara pembedahan kepada umum.

Menerusi entri terbarunya itu, anak kepada Tan Sri Vincent Tan ini memuat naik dua foto bersama suami dan puteri mereka yang diberi nama Arianna Kyla Tan untuk tatapan semua.

Artikel berkaitan: Chryseis Tan Bakal Lahirkan Pewaris Jutawan, Tetamu Undi Jantina Baby Dalam Beg Gucci Ketika Majlis Baby Shower

Melalui kapsyen posting tersebut, Chryseis berkongsi cerita tentang pengalaman kehamilan dan juga proses bersalin yang dilaluinya.

“Jadi, ramai yang tanya sama ada saya melahirkan anak secara normal atau C-section. Inilah pengalaman bersalin saya, Arianna merupakan bayi songsang dan cara paling selamat untuk melahirkannya adalah melalui C-section walaupun saya berharap dapat bersalin secara normal.

“Saya gementar untuk dibedah namun ia perlu dilakukan. Kami check-in ke Hospital Pantai dan esoknya saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Epidural dilakukan dan saya merasa kebas dari pinggang ke bawah.

“Dalam keadaan sedar saya sudah berada di dalam bilik pembedahan dengan Faliq berada di sebelah, lagu cinta klasik 70-an dimainkan dan Arianna berjaya dikeluarkan dan ditunjukkan kepada kami.

“Kepada yang bertanya adakah saya berasa sakit, saya tidak merasa sakit sehingga ke hari ini (walaupun sedikit tidak selesa bila perlu berjalan buat pertama kali selepas dibedah).

“Saya takut sebelum dibedah dan nampaknya is berjalan dengan sangat lancar. Kalau saya boleh buat, saya yakin anda semua boleh. Saya berharap pengalaman seterusnya juga akan sama seperti yang ini.

“Saya masih tak percaya saya seorang ibu sekarang tetapi inilah permulaan kepada kehidupan baru saya dan Faliq, alhamdulillah,” tulis Chryseis sebagai kapsyen.

Arianna Kyla Tan dilahirkan pada 16 Julai lalu dengan berat 2.9kg.

Imbas kembali, pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang.

Sumber: Gempak & IG Chrystan_x

Artikel berkaitan: Dah Berusia Seminggu, Chryseis Tan Perkenal Puteri Sulung Kepada Umum, Nama Arianna Kyla Jadi Pilihan

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

IKLAN