“Saya Lapar Sangat Cikgu” Lemah Puasa, Cikgu Bangga Kawan-Kawan Sudi Kongsikan Bekal!

Share

Anak yang sedang ke sekolah menggunakan tenaganya untuk berpuasa. Tanpa tenaga malah jika baru belajar berpuasa, anak jadi lemah dan langsung tidak bermaya untuk belajar. Berilah anak masa dan jangan pula memaksa.

Namun bukan soal anak dipaksa berpuasa tetapi perkongsian Cikgu Fadli Salleh yang begitu berbangga dengan keprihatinan anak muridnya yang membantu rakan lain berpuasa menarik perhatian wargamaya.

Menurut kata cikgu yang cukup dikenali ramai ini, sifat yang ditunjukkan anak muridnya ini seharusnya dikekalkan. Tahniah kepada ibubapa!


Murid ni aktif dan becok tidak terkira. Rajin membantu cikgu, sentiasa ceria. Kelas meriah dengan suara dia la biasanya.

Semalam, murid ini mendiam. Kelihatan lemah longlai dan tidak bermaya. Masuk kelas, hanya letak kepala kat meja. Mata tekebil-kebil memandang kosong.

Aku mendekati dan bertanya,

“Awak kenapa lemah sangat hari ni?”

“Saya lapar sangat-sangat cikgu,” lemah jawapan jujur anak ini.

“Ada bawa botol air dan bekal makanan tak?”

*Kepala digeleng. Perlahan dia menjawab,

“Saya puasa, cikgu”.

Tanpa berlengah, aku bagitahu guru kelas dia minta contact parent ni. Nak minta izin anaknya berbuka.
Ibunya terus memberi kebenaran kepada kami bagi makanan untuk anaknya berbuka bila tahu anak lemah longlai. Alhamdulillah, settle bab keizinan ibubapa.

Cuma sekarang, kantin tutup. Mana aku nak dapatkan makanan untuk anak ni? Aku announce dalam kelas,

“Siapa boleh kongsi bekal dengan Amy (bukan nama sebenar) rehat nanti? Kesian Amy, dia lapar tapi tak bawa bekal makanan dan botol air”.

“Saya, saya, saya!” habis pakat angkat tangan. 😅

“Awak ambil nugget saya satu ya. Saya ada 3 nugget,” kata seorang murid lelaki.

“Nanti makan roti kita. Kita ada dua roti”.

“Nanti makan nasi dengan kita ya”.

“Awak minum air kotak saya ya. Saya ada botol air dah ni”.

Lelaki perempuan, pakat berebut nak kongsi makanan. Aku biarkan sahaja sesama mereka berinteraksi. Memandang dengan penuh kebahagiaan.

Inilah dia kemenjadian murid. Satu ilmu yang tidak diajar dalam buku teks, namun berguna sepanjang hayat.

Tahniah ibubapa yang mendidik anak-anak di rumah untuk sentiasa hormat, cakna, dan mengambil berat sesama manusia.

Sesungguhnya insan itu ramai, namun sifat keinsanan makin hilang. Kita pupuk semula sifat ini dan terapkan dalam jiwa anak-anak kita.

Begitulah.

Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN