Bukan ujian yang mudah untuk dilalui semua namun bagi pelakon, Siti Elizad dia dia reda dan tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat selepas dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF).
Bahkan kata Elizad menerusi perkongsiannya di Harian Metro, dia lebih dulu mahu menjaga kesihatan mentalnya memandangkan usianya kini hampir mencecah usia 40 tahun. Malah dia kini reda dengan ketentuan itu.
“Saya tidak mahu terlalu fikir soal untuk dapatkan anak kerana tidak mahu dapat ‘anxiety’ pula nanti.
“Saya juga sudah reda kerana usia pun sudah nak masuk 40-an,” katanya.
Ads
Tambah pelakon jelita ini, doktor ada menawarkan untuk menjalani IVF buat kali ketiga namun dia tidak bercadang untuk melakukan rawatan berkenaan buat masa ini kerana mahu kembali berlakon.
Bahkan kata Elizad lagi, sehingga kini dia dan suami tidak pernah terfikir soal mengambil anak angkat kerana suaminya sudah punya zuriat menerusi perkahwinan terdahulunya. Tambah pula dengan anak-anak buah yang ramai memeriahkan kehidupan mereka.
“Saya dan suami serahkan soal anak kepada aturan Allah SWT.
“Kalau ada rezeki nanti adalah.
Ads
“Setakat ini, tiada perancangan untuk ambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu.
“Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 namun mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Ads
Kemudian, Siti Elizad juga menjalani rawatan IVF buat kali kedua pada Mac lalu namun gagal.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kesan dedah anak dengan lagu hiburan, bila jadi ‘inner voice’ susah nak didik ilmu ilmiah. Dalam era digital yang serba moden ini, anak-anak kita terdedah kepada pelbagai bentuk hiburan dari pelbagai medium. Antara yang paling mudah diakses dan popular adalah lagu hiburan.
Lagu hiburan yang dimainkan di radio, televisyen, atau aplikasi penstriman boleh memberikan kesan mendalam kepada perkembangan anak-anak. Satu fenomena yang semakin mendapat perhatian adalah bagaimana lagu-lagu ini boleh menjadi ‘inner voice’ atau suara dalaman yang mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku mereka.
Berikut perkongsian daripada Dr Taufiq Razif Doktor Taufiq Razif merupakan pendidik ilmu kekeluargaan.
“Saya rasa antara dosa terbesar pada anak-anak saya dulu adalah saya lupa nak cakna konten CD, video, kaset dan siaran radio kereta saya.”
Ramai ibu bapa anggap apabila dedahkan anak dengan lagu-lagu hiburan untuk halwa telinga di dalam kereta adalah biasa sahaja.
Namun siapa sangka bahawa ia sebenarnya akan memberi aura yang tidak baik untuk pertumbesaran anak yang dipanggil ‘Inner Voice’.
Begitulah yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif mengenai impak pendedahan ini kepada kanak-kanak yang masih kecil.
Saya tak perasan benda ini hinggalah satu hari saya dengar anak saya bersiul lagu yang entah apa-apa.
Kalau tak silap lagu cintan-cintun gitulah. Padahal sebelum ini bagi saya lagu itu biasa saja tapi entah kenapa bila ianya keluar daripada mulut anak saya sendiri, saya rasa bersalah gila!
Anak orang lain mengaji, anak kita menyanyi lagu merapu! Uih sentap weh bila teringat balik benda ini.
Rupanya lagu yang kita expose anak kita itu akan jadi ‘inner voice’ anak-anak kita. Benda itu akan bergema dalam minda anak kita dan boleh kekal masuk ke subconscious mind anak kita sampai bila-bila!
ANAK KITA BERSIUL LAGU ITU BUKAN SEBAB DIA CUBA INGAT BALIK LAGU ITU TAPI SEBAB IRAMA LAGU ITU BERGEMA DALAM MINDA DAN HATI DIA!
Bayangkan kalau saya dengarkan ayat Al Quran ke, ceramah agama ke, hadis ke ataupun siaran yang ilmiah mesti itulah nanti yang akan bergema dan menjad ‘inner voice’ anak anak saya.
Saya tak nak mak-mak semua pun buat silap yang sama seperti saya. Boleh ke mulai hari ini mak-mak semua muat turun video ceramah, mengaji dan setidaknya video dokumentari untuk anak-anak semua?
Boleh ke? Sebab otak anak-anaki ni lagi-lagi yang berumur 6 tahun ke bawah umpama span. Dia akan serap semua yang dia dengar dan boleh kekal dalam otaknya sampai bila bila!
Pelakon Anzalna Nasir hanya mampu ketawa bila mana anaknya memecahkan televisyen di rumah mereka baru-baru ini.
Menerusi Insta Storynya, ibu kepada dua cahaya mata ini memuat naik beberapa video mengenai kisah anak keduanya yang memecahkan televisyen di rumah mereka.
Menerusi perkongsian Anzalna, si comel Emirhan memecahkan televisyen di rumah menggunakan kayu permainannya.
Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah respon suami isteri itu yang hanya mampu tertawa selepas mengetahui tentang perkara tersebut.
“Emirhan you pecahkan tv ke?,” tanya Anzalna lembut.
Malah Anzalna juga turut tertawa melihat telatah anak kecilnya itu yang kini semakin membesar.
Menerusi satu video yang dikongsikan, Emirhan yang kini berusia dua tahun mengaku akan perbuatannya apabila disoal oleh Anzalna. Memang comel.
Terdahulu, Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Eidress dan Emirhan.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Rumah tangga penyanyi, Adira Suhaimi dan suami, Datuk Seri Adnan Abu menemui noktah selepas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat. Ikatan perkahwinan pasangan ini terlerai selepas sembilan tahun hidup bersama.
Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang selepas penyanyi berkenaan memfailkan penceraian kerana mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinannya.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan penceraian kerana mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinannya.
Bagaimanapun, Adnan tidak bersetuju dengan permohonan dibuat isteri keduanya itu dan ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.
Untuk rekod, Adira memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah ini pada 1 April 2019 namun menarik semula permohonan itu bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak
Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun manakala perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Perceraian ibu bapa boleh memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak, dan kesan tersebut berbeza-beza bergantung pada usia anak, kepribadian, dan situasi keluarga.
Berikut adalah beberapa kesan umum yang mungkin dihadapi oleh anak-anak apabila ibu bapa mereka bercerai:
Emosi Yang Terganggu
Anak-anak boleh merasa sedih, marah, kecewa, atau bingung mengenai perceraian. Mereka mungkin juga berasa bersalah, dengan fikiran yang salah paham bahawa mereka mungkin menjadi penyebab perceraian tersebut.
Masalah Tingkah Laku
Beberapa anak mungkin menunjukkan masalah tingkah laku sebagai reaksi terhadap perceraian. Ini boleh termasuk pergaduhan, melanggar peraturan, atau menarik diri dari aktiviti sosial dan sekolah.
Gangguan emosi dan perubahan dalam rutin harian boleh menyebabkan penurunan prestasi akademik. Anak-anak mungkin mendapati sukar untuk memberi tumpuan pada pengajian mereka.
Perubahan dalam Hubungan Keluarga
Anak-anak mungkin merasa tertekan antara dua ibu bapa, terutama jika terdapat konflik berterusan atau persaingan untuk kasih sayang dan perhatian anak-anak.
Isu Kepercayaan dan Komitmen
Pengalaman perceraian ibu bapa boleh mempengaruhi pandangan anak-anak terhadap hubungan dan kepercayaan. Ini mungkin mempengaruhi kemampuan mereka untuk membina atau memelihara hubungan pada masa depan.
Masalah Kesihatan Mental
Anak-anak yang mengalami perceraian ibu bapa berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan, dan rendah diri.
Adaptasi dengan Perubahan
Anak-anak perlu menyesuaikan diri dengan banyak perubahan, seperti berpindah rumah, berubah sekolah, atau hidup dengan satu ibu bapa atau dalam susun atur keluarga yang baru.
Penting untuk ibu bapa untuk menyokong anak-anak mereka sepanjang proses perceraian dengan menjaga komunikasi yang baik, memberi banyak sokongan emosi, dan jika perlu, mencari bantuan daripada profesional seperti kaunselor atau terapis.
Ini dapat membantu mengurangkan kesan negatif perceraian pada anak-anak dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!