Isteri kepada pelawak terkenal, Achey iaitu Anne memaklumkan bakal menjalani pembedahan untuk membuang salah satu tiub Fallopianya hari ini di salah sebuah hospital swasta di ibu negara.
Setelah hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti ini masih belum dikurniakan cahaya mata dan mengambil keputusan untuk melakukan In vitro fertilisation (IVF) namun mempunyai masalah pada tiub Fallopianya.
Menurut Anne, doktor mengesahkan tiub fallopian mempunyai masalah dan memerlukan pembedahan segera.
“Selepas doktor check telo saya dan achey tak ada masalah…lepastu saya buat HSG cek pula…Tetapi Selepas doktor scan untuk melihat keadaan Follopian Tube, Doktor suggest untuk remove Follopian tube…sebab ada masalah blocked pada tube”
Tambahnya lagi dia bersetuju untuk membuat salah satu tuib fallopian demi untuk menimang cahaya mata.
Ads
“Saya relakan sebab dah lama kami menanti untuk mendapatkan cahaya mata”
Anne turut memohon maaf kepada semua dan meminta untuk mendoakan pembedahan hari ini berjalan lancar.
“Saya mintak maaf pada semua andai kata, saya ada salah dan silap ya….Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar…Aminn”
“Sedih..berpisah dengan suami sebab dia ada #muzikallawaksuperstar3 tak dapat temankan saya….saya pulak 1 time admit wad dan buat operation”
Ads
“18/08/2022 saya admit wad dan 19/08/2022 pagi ini saya menjalani operation…Pada semua doakan saya ya. Doa yang baik-baik ya…”
Rata-rata wargamaya dan rakan selebriti mendoakan urusan Anne dipermudahkan dan selamat menjalani pembedahan tersebut.
Pengambilan vitamin pramatal ketika hamil sangat mustahak.Tapi ramai yang takut nak makan kerana katanya ibu boleh jadi gemuk, salah tu!
Pengambilan vitamin ini penting dan menjadi kemestian kepada bakal-bakal ibu pengambilan vitamin pranatal penting dan menjadi kemestian kepada bakal-bakal ibu. Wanita mengandung memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa untuk memastikan keperluan ibu hamil dan janin dipenuhi.
Supplemen yang bersesuaian di awal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan risiko spina bifida dan juga kecacatan tiub neural. Asid folik juga disarankan diambil seawal 3 bulan pra-kehamilan apabila seorang wanita merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin lengkap seperti Obimin salah satu supplemen yang penting untuk wanita hamil. Perlu diingatkan multivitamin yang sesuai untuk wanita mangandung adalah yang tidak mengandungi Vitamin A atau retinol.
VITAMIN PRANATAL
Amalan diet seimbang sememangnya amat mustahak dan wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau prenatal vitamin ini juga penting untuk menampung nutrien penting yang diperlukan oleh si manja. Vitamin pranatal seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya dibekalkan kepada bakal ibu oleh doktor mengikut keperluan kehamilan masing-masing.
ASID FOLIK PENTING UNTUK PERKEMBANGAN JANIN Asid folik adalah salah satu vitamin pranatal dicadangkan pengambilannya tiga bulan sebelum hamil dan diteruskan semasa dan selepas hamil (ketika menyusu bayi). Ia adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Dalam bentuk semulajadi dinamakan folat, ia terkandung banyak dalam sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan kekacang.
Asid folik membantu mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Ketika ini adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada kuantiti yang ditetapkan.
IA TIDAK MENYEBABKAN KEGEMUKAN & BAYI BESAR!
Wanita hamil melalui proses perubahan fizikal dan hormon yang kadang kala menyebabkan perubahan dari ketahanan fizikal dan emosi. Pengambilan vitamin pranatal adalah hanya sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat penting untuk wanita hamil. Tanggapan pengambilan vitamin hanya menggemukkan dan menyebabkan saiz bayi besar apabila dilahirkan adalah salah! Jangan pula ada yang culas mengambilnya!
HATI-HATI, BUKAN SEMUA SUPLEMEN VITAMIN BOLEH DIAMBIIL IBU HAMIL!
Biar pun tubuh wanita hamil memerlukan pelbagai zat tambahan untuk menampung perkembangan janin, namun terdapat beberapa jenis supplemen yang dilarang dan tidak digalakkan pengambilannya sepanjang tempoh kehamilan.
Antara vitamin dan suplemen yang berbahaya tersebut ialah vitamin A atau retinol kerana ia kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan juga keracunan hati. GLA atau Gamma Linolecic Acid yang biasa terdapat dari sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhautiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.
WAKTU PENGAMBILAN PALING SESUAI
Bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin dan suplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu. Kebanyakan suplemen dan vitamin digalakkan untuk diambil selapas makan pada waktu pagi.
Cara ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya dari fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatkan tenaga sepanjang hari. Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang disarankan ialah sebelum makan kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.
Pengambilan air dan diet seimbang kepada wanita hamil amat penting kepada ibu hamil. Pengambilan vitamin ini adalah penting ketika hamil untuk memastikan kesihatan wanita hamil dan kandungan berada pada tahap optimum.
Pengambilan makanan seimbang dan air yang cukup adalah kunci utama kepada kesihatan. Jangan bertindak sendiri, dapatkan nasihat dari pakar farmasi atau doktor sebelum mengambil supplemen atau vitamin dan dapatkan maklumat berkaitan secukupnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai fikir bila mengandung kena banyak rehat, tak boleh aktif sangat sebab takut jejaskan kandungan. Tapi sebenarnya, kalau ibu tu aktif dan rajin bersenam masa hamil, ia boleh bantu mudahkan proses bersalin nanti. Tak percaya? Teruskan baca!
Pilih Senaman Ikut Kemampuan Badan Senaman masa mengandung bukan ikut suka-suka ya. Paling penting, kena pilih jenis senaman yang sesuai dengan badan sendiri dan dilakukan di bawah pengawasan instructor yang bertauliah.
Nak Mula Tapi Tak Tahu Macam Mana? Kalau rasa keliru nak pilih senaman mana sesuai, jangan risau. Ada banyak jenis senaman yang sebenarnya sangat baik untuk ibu hamil dan mungkin tak pernah pun terlintas dalam fikiran kita.
Konsisten Itu Kunci! Senaman ni bukan saja bantu ibu kekal aktif, tapi juga sangat membantu untuk bersalin nanti. Cari senaman yang best dan menyeronokkan supaya kita lebih disiplin nak buat. Minimum, buatlah tiga kali seminggu okay!
1. Berlari: Pecutkan Jantung, Tapi Ikut Tenaga Sendiri Berlari ni antara senaman paling cepat naikkan denyutan jantung. Tapi jangan terus lari laju kalau baru mula. Mulakan dengan berjalan dulu, pastu baru naikkan tahap bila badan dah ready.
2. Berenang: Rasa Macam Terapung Je! Berenang sangat best untuk ibu hamil sebab ia libatkan pergerakan tangan dan kaki, dan bantu paru-paru serta jantung. Lagi besar kandungan, lagi rasa ringan dalam air. Win-win!
3. Yoga & Pilates: Tenang, Lentur & Siap Sedia Untuk Bersalin Yoga bukan sekadar regangan ya. Ia bantu ajar teknik pernafasan dan bantu tubuh lebih fleksibel untuk bersalin nanti. Tapi pastikan kelas tu bersama instructor bertauliah. Pilates pula fokus pada otot-otot tertentu dan bantu kita kekal tenang walau dalam situasi mencabar.
4. Aerobik & Tarian: Gerak-Gerakkan Badan Dengan Cara Fun! Nak feel good dan sihat? Cuba aerobik impak rendah atau menari ikut lagu kegemaran! Tapi elakkan step yang terlalu ganas atau boleh buat hilang keseimbangan. Tarian pun sebenarnya terapi emosi yang best untuk ibu hamil.
5. Lantai Pelvis Pun Kena Jaga Ramai tak sedar pentingnya senaman lantai pelvis. Ia boleh elak masalah terkencing bila batuk, bersin atau gelak. Kunci dia? Kena buat dengan konsisten.
6. Senaman Beban: Untuk Ibu Yang Dah Biasa Aktif Kalau sebelum ni memang dah biasa buat senaman berat, boleh teruskan tapi dengan berhati-hati. Guna beban ringan saja sekadar untuk maintain kekuatan otot. Jangan paksa badan, just slow and steady.
Kenapa Perlu Bersusah Payah Bersenam Masa Mengandung? Sebab senaman bantu kukuhkan otot, tingkatkan tenaga, jaga emosi, bantu tidur lebih lena dan paling penting, bersedia mental & fizikal untuk proses kelahiran. Tapi ingat, ikut perubahan trimester. Senaman mesti disesuaikan ikut peringkat kehamilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sumbing (klef) bibir dan lelangit adalah pembentukan struktur bibir dan lelangit tidak normal serta tidak bercantum dengan normal semasa pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu.
Secara umumnya, klef boleh berlaku secara tersendiri atau dikaitkan dengan pelbagai sindrom.
Selalunya kanak kanak yang mana klef tidak dikaitkan dengan sebarang sindrom (isolated), mereka ini mempunyai tahap IQ yang sama dengan kanak-kanak normal yang lain dan tidak perlu dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).
Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Marzida Abd Latib, berkata pelbagai faktor dalaman atau genetik dan persekitaran dikatakan menjadi penyebab terjadinya klef.
“Ada pelbagai jenis klef bibir dan lelangit dengan pelbagai tahap sumbing dialami dan tiada satu klef pun yang seiras walaupun dari segi klasifikasi ia mungkin sama kategori.
“Ini menyebabkan rawatan klef selalunya bergantung pada ciri unik bentuk dan strukturnya, permasalahan dan keperluan pesakit itu sendiri,” katanya.
Kecacatan gagal dikesan
Walaupun pembentukan struktur bibir dan lelangit berlaku pada pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu, ia hanya boleh dikesan melalui ultrasonografi apabila kandungan berusia dalam lingkungan 20 minggu.
Dalam klef lelangit jenis submucous, ada masanya bayi ini tidak dapat didiagnosis sejak lahir kerana struktur lelangit nampak sempurna.
Ini menyebabkan golongan ini akan datang lambat berjumpa pakar apabila menyedari suara dan pertuturan sengau dan tidak sempurna.
Sumbing bibir dan lelangit memerlukan rawatan berpanjangan iaitu daripada bayi hingga dewasa dengan membabitkan pelbagai pakar seperti pakar sakit puan.
Mereka juga dirujuk kepada pakar pembedahan plastik, pakar pergigian atau maksilofasial.
Pakar telinga, telinga, hidung dan tekak (ENT), pakar pemakanan, pakar pertuturan, pakar kanak-kanak, pakar bius, jururawat terlatih, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai kumpulan sokongan yang lain.
Rujuk segera jika ada tanda awal
“Kita menyarankan, bayi yang baharu dilahirkan dan didapati mempunyai klef, mestilah dirujuk segera kepada pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif.
“Pakar bedah plastik selalunya menjadi moderator yang akan menyusun atur keperluan kanak-kanak klef ini, merujuk dan berbincang dengan kepakaran masing-masing untuk rawatan menyeluruh,” katanya.
Sebelum merancang pembedahan klef, doktor akan memastikan pesakit sihat untuk pembedahan dan dirujuk ke pakar bius.
Sekiranya bayi klef ini mengalami permasalahan lain seperti fungsi jantung atau paru-paru tidak normal keadaan itu perlu diatasi diatasi terlebih dulu dan pembedahan plastik surgeri terpaksa ditangguhkan.
Keseluruhan rawatan berpanjangan sehingga pesakit berumur dalam lingkungan 20-an dan pesakit klef yang datang pada peringkat dewasa, pendekatan bagi pesakit sebegini sedikit berbeza.
Info
* Peringkat pembedahan:
– Dilakukan seawal mungkin apabila kandungan haemoglobin dalam darah mencecah 10 gram
– Berat bayi lima kilogram
– Umur bayi mencecah 10 minggu.
– Bayi berumur dalam lingkungan 9 -12 bulan.
Rawatan susulan:
– Terapi pertuturan
– Rawatan gigi
– Rawatan tampalan gusi
– Pembedahan hidung dan tulang muka
– Pembedahan lain sekiranya perlu.
* Lebih kerap berlaku dalam kalangan bayi lelaki berbanding perempuan
– Nisbah sebanyak 2 (lelaki) :1 (perempuan)
Masalah klef:
* Masalah pemakanan*
* Masalah pendengaran
* Masalah pertuturan dan bahasa
* Masalah gigi dan orthodontik
* Masalah estetik muka terutama bahagian muka tengah
* Masalah kurang keyakinan diri terutama apabila meningkat remaja.
* Masalah saluran pernafasan**
* Masalah pemakanan tidak begitu serius, melainkan bayi mengalami sindrom yang menyukarkannya untuk makan.