Penyanyi popular, Hazama mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu rawatan In vitro fertilization (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.
Menurutnya, demi kesihatan isteri, dia serta isteri tidak terburu-buru untuk mendapatkan cahaya mata malah lebih berserah kepada rezeki dari-Nya.
“Perkara ini akan kami fikirkan semula tahun depan. Tahun ini, kami mahu ‘enjoy’ dahulu. Buat masa sekarang, keadaan masih belum mengizinkan kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.
“Saya dengan kerjaya seni, manakala isteri pula sibuk menguruskan perniagaan Asam Laksa yang semakin mendapat sambutan. Alhamdulillah, rezeki selepas pandemik.
“Tahun depan, umur isteri sudah memasuki 43 tahun. Saya risau juga sebab selalu dengar, mereka yang hamil pada usia melebihi 40 tahun, risikonya agak tinggi,”
Ads
“Kita doakan sahaja yang baik-baik. Kami sudah berusaha dan berdoa, malah pelbagai ikhtiar turut dilakukan, namun rezeki belum menyebelahi saya dan isteri.
“Jika ada, adalah… Tetapi, jika sebaliknya saya reda dengan ketentuan rezeki. Bagi saya, dalam setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Kami cuba seimbangkan perkara itu, selain sentiasa bersyukur.
Ads
“Saya okay sahaja, tiada masalah. Keluarga pun okay, malah mereka tidak memberikan kami tekanan untuk segera menimang cahaya mata. Tekanan itu selalunya datang daripada orang luar,”
Ads
Hazama mendirikan rumah tangga bersama Genervie atau nama sebenarnya, Kam Shi Ling
Pasangan pelakon Korea yang cukup dikenali, Son Ye Jin dan Hyun Bin mengumumkan bakal bergelar ibu dan ayah selepas Ye Jin dilaporkan hamil.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ye Jin sendiri menerusi satu hantaran terbarunya di akaun Instagram miliknya semalam.
Pasangan drama bersiri Korea popular, Crash Landing On You yang cukup dikenali ini mengumumkan bakal menyambut kedatangan orang baru dalam hidup mereka sekaligus mengesahkan kehamilannya.
“Apa khabar semua? Saya baik-baik sahaja. Saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda semua.
“Kami sedang menantikan kedatangan orang baharu dalam keluarga kami. Namun secara jujurnya saya masih lagi bingung.
“Saya merasakan ada perubahan pada badan setiap hari, dalam masa yang sama rasa bimbang dan teruja,” tulisnya berkongsi rasa gembira di Instagram.
Masih dalam tempoh berhati-hati, Ye Jin bagaimana pun menjelaskan dia enggan berkongsi lebih awal kerana mempunyai sebab tertentu.
Pun begitu, dia amat teruja untuk menantikan si comel kesayangan mereka yang dinantikan sekian lama.
“Saya sangat bersyukur tetapi saya perlu berjaga-jaga, jadi saya tidak memberitahu sesiapa pun berita gembira ini.
“Jadi saya ingin berkongsi berita gembira ini bersama peminat dan juga kenalan yang sudah lama menantikan kehamilan ini seperti kami.
“Kami akan berusaha melindungi dan menjaga sebaik mungkin kurniaan yang diberikan pada kami ini. Saya harap anda semua kekal sihat dan hargai orang yang tersayang. Saya doakan anda semua bahagia,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Hyun Bin dan Ye Jin melangsungkan perkahwinan penuh gilang gemilang sekitar Mac lalu.
Usahawan terkenal, Datin Vie Shantie Khan atau lebih mesra disapa Datin Vie memperkenalan anak keduanya dan satu-satunya anak lelaki iaitu Zareef Yusof yang kini berusia 12 tahun.
Memiliki raut wajah kacak persis bapanya iaitu pengarah dan pelakon terkenal, Datuk sri Eizlan Yusof, Zareef Yusof turut mengikut jejak langkah bapanya dalam bidang lakonan. Zareef adalah seorang pelakon kanak-kanak yang kerap menghiasi drama dan telefilem tempatan.
Antara drama yang pernah dilakonkan adalah drama Atin, Atan & Mak Cun (Mak Cun 5), Runi & Solah.
Zareef merupakan satu-satunya anak lelaki Datin Vie bersama bekas suami, Datuk Eizlan Yusof.
Datin Vie sempat memperkenalkan puteranya kepada warga maya dan berharap agar anak lelakinya membesar dengan baik.
“Bersama PEWARIS TUNGGAL (Kalau mumy tak mengandung lagi lerr)”
“Keturunan Italian, Melayu, Pakistan dan Sabahan Perkenalkan anak ke-2 dan satu-satunya anak lelaki saya Zareef Yusof my manja boy. Budak Italian Pakistan yang paling loving ni”
“Harap-harap bila besar nanti still hug and kiss Mumy selalu….. cepat sangat anak-anak membesar, terus terasa kite semakin tua”
Selain Zareef Yusof, Datin Vie dan bekas suami, Datuk Eizlan juga mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Vie Zaara (14) dan Vie Zaalia (9).
Rata-rata warga maya memuji wajah Zareef Yusof persis ibu dan ayahnya.
farahdianaanuar handsome boy 😍
senorita_2121 Ayah dan mak comel combination is perfect👏👏👏
melyana_regar Mashaa Allah Tabarakallah Handsome sangatlah abang Zareef ni😍❤️❤️❤️
Rezeki kita berbeza-beza. Ada yang dikurniakan rezeki untuk punya anak awal, sebaik selepas berkahwin. Namun ada pula sedikit terlambat rezekinya malah perlu melalui sedikit kepayahan dengan menjalani beberapa rawatan demi melihat zuriat darah daging sendiri.
Bagi pemilik jenama Leeyana Rahman, Yana Lee, rezekinya untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan Allah selepas menjalani rawatan IVF, empat tahun selepas berkahwin.
Kata Yana menerusi Live Pa&Ma Gala Moms, kehadiran cahaya mata sulungnya, Tiara Lufya melengkapkan hidupnya dan suami malah menyerikan lagi kehidupan berumah tangga mereka. Satu kegembiraan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms ini juga menyifatkan kejayaannya memperolehi zuriat melalui rawatan IVF itu adalah hasil dari usahanya yang tak pernah putus asa untuk menimang cahaya mata.
” Tahun pertama dan kedua, saya dan suami rasa macam honeymoon, masuk saja tahun keempat kahwin, saya dan suami mula dah rasa ‘flat’. Lagi pula ramai sangat yang asyik bertanya. Orang lain mungkin ambil berat pada saya, adakala saya mula rasa ‘down’ dan sensitif. Jadi saya nekad untuk buat IVF.
” Bila disahkan mengandung, saya rasa Allah masih sayangkan saya, Allah makbulkan impian saya untuk punya zuriat. Lagi pula dapat gembirakan hati suami, hanya Allah sahaja yang tahu,” luah Yana berkongsi.
Tiga bulan penuh kenangan
Melalui rawatan IVF nyata tidak mudah. Tidak juga mudah buat Yana yang jadualnya begitu padat dengan empayar perniagaannya yang semakin memuncak di kala itu.
“Ramai yang buat IVF tapi gagal, ada yang buat sekali sahaja tapi berjaya, ada orang buat sekali je terus berjaya. Macam saya alhamdulillah saya buat sekali je terus berjaya.
“Saya rasa sangat happy dan bersyukur tapi taping seornok dapat happy kan suami. Memang pasangan berkahwin nak kan zuriat dan saya rasa happy bila disahkan mengandung. Tak terluah dengan kata-kata masa tu.
“Masa saya buat IVF tu suami paksa saya left semua grup whatapps kerja yang ada dan dia minta saya bed rest sahaja sepanjang tiga bulan tu.
“Dari segi pemakanan pula memang saya ambil makanan yang betul-betul sihat saja. Contoh pagi saya ambil avokado dengan madu, kudap-kudapan pula saya suka ambil jenis kekacang macam badam dan lain-lain yang baik untuk kekuatan rahim. Setiap malam pula suami akan buatkan jus buah untuk saya yang dicampurkan dengan oren, epal, strawberi, kurma dan madu.
“Sepanjang waktu itu, kami suami isteri memang banyakkan bersedekah bukan sahaja dekat anak yatim tapi kami bagi makan haiwan supaya rezeki kami dipermudahkan.
Amal doa dari awal kehamilan
Rupanya bukan hanya rawatan IVF bahkan Yana juga tidak pernah putus harapan dan berdoa setiap hari untuk memperoleh zuriat. Bahkan ada doa dan amalan yang dilakukannya.
“Dalam pada itu saya juga amalkan doa ini.
Ya Allah janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri, Sesungguhnya Engkaulah waris yang paling baik.
“Inilah doa yang saya selalu amalkan sejak dari sebelum hamil lagi sampailah saya selamat melahirkan anak,” kongsi Yana lagi.
Kata Yana, walau kita belum direzekikan untuk punya zuriat lagi, jangan pernah putus asa dan sentiasalah berikhtiar dan berdoa kepada Allah.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yaana.lee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
'Panggil nama pun tak respons' Azmi Saat risau anak usia 2 tahun belum bertutur lagi menyentuh hati ramai ibu bapa. Ketahui kisah penuh dan kepentingan intervensi awal untuk perkembangan pertuturan anak.