Penyampai radio Sinar, Siti Elizad akui sedih dan tertekan kerana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman, mereka masih tidak dikurniakan cahaya mata.
Kata Elizad, rasa sedih itu kadangkala tidak dapat ditanggungnya dan ia perlu diluahkan menerusi tangisan.
“Orang tak tahu sebenarnya saya selalu menangis dalam bilik air seorang diri kerana terlalu sedih memikirkan nasib saya masih belum hamil.
“Saya sedih dan kadang-kadang tertanya juga, kenapa Allah dah bagi semua nikmat dan rezeki kepada saya tetapi rezeki cahaya mata sahaja belum saya nikmati.
Ads
“Namun saya bersyukur kerana suami sangat memberikan sokongan padu kepada saya supaya tidak terlalu bersedih dan tertekan memikirkannya,” katanya kepada Gempak.
Elizad yang juga merupakan pengacara Mingguan Wanita itu berkata, ia dugaan besar dan berat buat dirinya kerana keinginan untuk mempunyai zuriat sendiri itu sudah lama diimpikan.
Ads
IVF ikhtiar terakhir
Namun, Elizad berkata dia dan suami bakal menjalani proses IVF untuk langkah terakhir mendapatkan zuriat.
“Sejak tahun lalu sebenarnya kami sudah mula mendapatkan rawatan dan mencuba makan pelbagai ubat tapi hasilnya masih sama.
Ads
“Setelah pelbagai usaha dilakukan, kini saya sudah bersedia untuk melakukan proses IVF dalam usaha untuk mendapatkan zuriat,” katanya lagi.
Elizad berkahwin dengan Shamsul pada 11 Januari 2015 yang merupakan duda anak dua.
Sumber: Gempak & ig Siti Elizad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak ibu-ibu dengar mengenai urutan perineum? Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum ini mampu mengurangkan koyakan pada bahagian vagina kita semasa bersalin sekaligus mengurangkan risiko ‘kena gunting’ oleh doktor.
Kebanyakan wanita yang mengamalkan urutan ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal
Anda boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan semulajadi.
Antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu.
Anda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa. Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini dapat memudahkan proses bersalin dalam masa yang sama dapat elakkan bahagian faraj kita digunting oleh doktor. Sekali lagi, selamat melahirkan anak-anak hebat, semoga semuanya mudah dan menjadi pengalaman berharga buat ibu- ibu semua.
Sumber: ibudoakan.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata penjagaan mulut dan gigi anak kurang penting untuk mama papa fikirkan. Masalah mulut dan gigi sebenarnya jika tidak dibendung sejak kecil akan mendedahkan anak-anak dengan risiko penyakit kronik.
Ya ini bukan main-main. Menurut Dr Ezairy M Salleh, Doktor Telinga, Hidung & Tekak (ENT) dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, mendedah anak dengan makanan manis akan menyebabkan risiko penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.
Jadi selain mengehadkan anak dengan makanan manis, ada perkara lain yang mama papa wajib ambil tahu akan bahaya jenis pemakanan seperti ini.
PENJAGAAN MULUT & GIGI
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, hakikatnya, kesemua masalah yang melibatkan penjagaan mulut dan gigi mampu untuk diselesai dan ditangani dengan baik jika langkah pencegahan dapat dilakukan lebih awal pada peringkat di dalam rumah lagi.
Beberapa punca masalah penjagaan gigi dan dalam mulut yang berlaku adalah disebabkan oleh beberapa keadaan.
Kurang kesedaran di kalangan ibu bapa
Ini yang biasa berlaku. Pemupukan akan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan di dalam mulut seharusnya disemai sejak awal usia lagi. Ini penting bagi memastikan anak-anak kita dibesarkan dengan cara dan budaya yang sihat. Apabila mereka masuk ke alam persekolahan dan remaja, kesemua perkara yang telah dilatih semenjak kecil dapat dilaksanakan tanpa sebarang paksaan dan masalah.
Karenah anak-anak
“Anak saya ini susahlah, doktor. Setiap kali nak suruh gosok gigi mesti menjerit-jerit, menangis-nangis. Tak kan setiap pagi nak macam itu?” Ini merupakan antara kata-kata daripada ibu bapa yang sering diperolehi apabila soalan diajukan kepada mereka. Takut kepada rengekan dan kerenah anak-anak bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penjagaan di dalam mulut mereka.
Tidak semestinya ia perlukan paksaan. Ibu bapa boleh mempelbagaikan teknik dan cara agar anak-anak tidak merasakan bahawa itu ialah satu tindakan yang terbeban. Jadikan amalan memberus gigi dan lain-lain dalam penjagaan mulut ini sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan. Rajin beli berus gigi baru untuk anak-anak contohnya, ajak mereka gosok gigi bersama-sama dan berbagai-bagai lagi cara untuk memupuk minat dan keseronokan di kalangan anak-anak kita.
Tiada temu janji bersama doktor
Ini tidak bermakna ibu bapa perlu membawa anak-anak berjumpa doktor setiap minggu atau setiap bulan. Sebagai ibu bapa, kita harus pastikan bahawa kesihatan dalam mulut anak-anak berada di dalam keadaan yang baik. Seminggu sekali cuba periksa dalam mulut anak.
Lihat kalau ada gigi yang rosak, jika ada ulser yang menyebabkan anak kurang makan, dan lain-lain lagi. Sekiranya ibu bapa dapat mengesan kesemua perkara ini dengan lebih awal, maka pemeriksaan dan rawatan awal daripada doktor adalah amat membantu.
GALAKKAN ANAK SECARA POSITIF
Kurangkan makanan ringan
Ini penting kerana pelbagai jenis makanan ringan yang ada di pasaran seperti manisan dan gula-gula bukan sahaja boleh menyebabkan anak-anak kita mendapat nutrien yang tidak sepatutnya, bahkan ia juga boleh mendatangkan kerosakan gigi kepada anak-anak.
Bersihkan mulut sekerap mungkin
Perkara ini sering ditekankan kepada setiap pesakit. Rajin bersihkan mulut seperti berkumur sebelum dan selepas makan. Memberus gigi pastinya lebih baik. Ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya karies gigi dan pengumpulan sisa makanan pada tonsil yang seterusnya boleh menyebabkan jangkitan.
Dapatkan pemeriksaan doktor
Jangan bertangguh apabila anda dapati anak-anak anda mengalami sebarang masalah di dalam mulut. Kerosakan pada gigi contohnya boleh menyebabkan jangkitan pada ruang sekitarnya dan seterusnya boleh juga menyebabkan jangkitan seperti pengumpulan nanah. Rawatan seperti ubat antibiotik adalah perlu apabila keadaan ini berlaku. Sekiranya rujukan untuk berjumpa doktor lewat untuk dilakukan, jangkitan yang berlaku amat sukar untuk ditangani dan pembedahan untuk mengeluarkan nanah adakalanya terpaksa dilakukan. Oleh itu, jangan bertangguh. Jumpa doktor jika anda ada sebarang masalah.
Benar bukan anak-anak dan golongan muda ini sangat suka kepada makanan dan minuman manis? Bagi kanak-kanak, adalah amat sukar untuk mengelakkan kesemua jenis makanan yang manis.
Masalah gigi rosak dan lain-lain banyak berpunca daripada amalan seperti ini. Maka, sedarlah dan hati-hati. Kalau bukan kita yang mahu berubah, siapa? Sayangi anak-anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Otak wanita ibarat ‘roti jala,’ sebab itu bila tidur pun masih berfikir. Dalam kajian yang dilakukan oleh University of Pennsylvania menjelaskan otak lelaki dan otak wanita sangat berbeza.
Lelaki boleh untuk tidak melakukan apa-apa dan masih tenang. Perempuan tidak boleh tidak melakukan apa-apa kerana ia menyebabkan perempuan menjadi resah, dan ketika melihat lelaki tidak melakukan apa-apa, perempuan sering mempunyai persoalan “kenapa lelaki macam ni eh”.
Sebenarnya, otak lelaki terdiri daripada kotak-kotak kecil, yang tidak berhubung sesamanya. Kotak ini independent dan tidak bersandar dengan kotak-kotak lain. Dalam erti kata mudah, ada compartment khas untuk setiap perkara. Contoh, lelaki ada kotak untuk kereta, kotak untuk wang, kotak untuk pekerjaan, untuk anak-anak, kotak untuk isteri, kotak untuk ibu bapa dan lain-lain.
Ketika seseorang lelaki membincangkan subjek tertentu, mereka akan pergi specifically ke kotak yang sesuai, membukanya, membincangkan hanya isi kotak itu dan kemudian setelah selesai, mereka akan menutup semula kotak tersebut dengan harapan tidak menyentuh atau mengganggu kotak lain.
BERBEZA DENGAN WANITA. OTAK WANITA TERDIRI DARIPADA KOTAK BERTALI YANG BESAR DAN SEMUANYA TERHUBUNG DENGAN SATU SAMA LAIN DENGAN IKATAN YANG TEGUH, ALA MACAM ROTI JALA, BERSERAT DAN BERHUBUNG DAN KESEMUA KOTAK DI HUBUNGKAN DENGAN ‘EMOSI’… INI ADALAH SALAH SATU SEBAB MENGAPA WANITA CENDERUNG BEREMOSI, MENGKAITKAN SATU PERKARA DENGAN PERKARA LAIN DAN MENGINGATI BANYAK PERKARA.
Selain itu, wanita juga tak boleh duduk diam, kerana ikatan yang ada pada kotak-kotak ini. Walaupun hakikatnya wanita ada “kotak diam”, namun ia terikat dengan kotak-kotak lain yang tak reti duduk diam.
Anyways, tahu tak kotak kegemaran lelaki yang menjadi kebencian perempuan tu apa?
A BOX OF NOTHING.
Kotak yang tak ada apa di dalamnya. Yes. Nothing. Percaya atau tidak, kadang-kadang kaum lelaki ini memang tak da apa yang di fikirkan dalam fikiran mereka, just nothing. Jadi jangan marah bila anda tanya
“How was your day today,”
Dia jawab “okay”.
Sepatah sahaja walaupun sehari ada 9 jam di tempat kerja. Paling win, kalau kita jumpa kawan lelaki yang dah 5 tahun tak jumpa, dan kita tanya
“How was your life”
Dia jawab “okay lah”
Lima tahun kehidupan disimpulkan dengan sepatah perkataan. Inilah istimewanya ciptaan tuhan. Lelaki diciptakan lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Namun, wanita diciptakan untuk lebih multitask dalam melakukan sesuatu. Embrace the differences!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...