“Saya dan suami tidak mandul kerana lepas dua tahun kahwin, kami berjumpa pakar dan pemeriksaan lanjut menunjukkan kami tidak mempunyai sebarang masalah pada sistem pembiakan.
Setelah sekian lama berdepan tohmahan orang sekeliling dan dituduh mandul, kini seorang peniaga makanan, Norehan Sulaiman, 42, bersyukur apabila dikurniakan zuriat pertama selepas 23 tahun mendirikan rumah tangga.
“Namun pada masa itu kami belum ada rezeki nak timang anak sendiri. Macam-macam orang cakap tuduh kami mandul.
Ads
“Tak sangka umur dah 41 tahun baru hamil dan sekarang umur anak baharu masuk empat bulan selepas saya bersalin 8 April lalu secara pembedahan,”
“Dahulu saya tidak mampu untuk memahami cerita yang dikongsi rakan berkaitan kehamilan, tetapi kini saya dapat merasai pengalaman ‘mabuk’, lesu dan tidak ada selera makan,”
Ujar Norehan, sebelum ini ketika perkahwinan mereka menganjak 10 tahun ini, dia dan suami mengambil dua anak angkat lelaki serta perempuan sebagai penyeri hidup yang kini berusia 13 dan 14 tahun.
Ads
“Saya dan suami sangat gembira kerana kedua-dua anak angkat sangat akrab dengan adik mereka, Aisy Mateen Mikhael Sohimy,”
Kisah pilu yang menimpa seorang bayi lelaki ini wajar menjadi peringatan besar buat semua ibu bapa. Apa yang disangka sebagai sakit biasa rupa-rupanya berpunca daripada sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran jangkitan HIV bayi yang dipercayai datang daripada pembantu rumah sendiri.
Pada awalnya, ibu bapa hanya melihat anak mereka semakin kerap sakit, berat badan merosot dan lebih meragam daripada biasa. Tiada siapa menyangka simptom ringan itu akhirnya membawa kepada diagnosis yang amat mengejutkan.
Selepas si ibu kembali bekerja, mereka mengambil pembantu rumah tinggal (live-in) melalui agensi yang dipercayai. Bayi dijaga sepenuh masa, dan segala rutin berjalan seperti biasa pada awalnya.
Namun selepas beberapa bulan, keadaan semakin merisaukan:
Bimbang keadaan makin teruk, ibu membawa bayinya ke hospital. Pemeriksaan mendapati si kecil mempunyai limfadenopati, lalu ujian darah lengkap dijalankan. Hasilnya amat mengejutkan, bayi itu positif HIV.
Lebih memilukan, keputusan ujian kedua-dua ibu bapa pula negatif. Dari situ bermulalah pencarian punca sebenar jangkitan HIV bayi tersebut.
Pemeriksaan susulan dilakukan ke atas pembantu rumah yang menjaga bayi itu, dan hasilnya mendapati dia positif HIV. Doktor kemudian menyambungkan fakta berikut:
➡️ Pembantu rumah positif HIV.
➡️ Bayi ada tabiat suka mencakar muka dan tangan orang lain dengan kukunya yang panjang.
➡️ Pembantu rumah pernah dicakar sehingga berdarah, begitu juga bayi yang sering menggaru wajahnya sendiri hingga luka.
Keadaan ini membuka ruang kepada perpindahan darah secara mikro melalui luka terbuka. Pakar menjelaskan bahawa situasi ini boleh terjadi dalam keadaan tertentu, seakan-akan berkongsi bilah cukur tanpa sedar.
Inilah yang dipercayai menjadi punca jangkitan tragis yang berlaku kepada bayi tersebut.
Kes ini sangat jarang berlaku, namun ia membawa beberapa peringatan penting yang tidak boleh diambil ringan. Pencegahan asas mampu mengurangkan risiko jangkitan HIV bayi dan penyakit lain yang boleh merebak melalui luka terbuka.
1. Jangan 100% bergantung pada laporan kesihatan agensi
Ada agensi yang tidak menjalankan pemeriksaan menyeluruh atau tidak menyampaikan maklumat sebenar demi keuntungan.
➡️ Mama papa berhak meminta rekod kesihatan terkini pembantu rumah.
2. Sentiasa pantau keadaan fizikal & tingkah laku bayi
Sakit berulang, berat badan merosot dan bengkak luar biasa bukan tanda biasa.
➡️ Buat pemeriksaan segera jika simptom tidak sembuh atau berlarutan.
3. Potong kuku bayi secara rutin
Kuku panjang boleh menyebabkan luka terbuka, seterusnya menjadi laluan jangkitan.
➡️ Jika bayi suka mencakar, pakaikan sarung tangan terutama ketika bersama penjaga.
4. Jaga kebersihan & keselamatan penjaga
Mereka yang menjaga bayi perlu sihat, bersih dan memaklumkan jika mempunyai masalah kesihatan yang boleh menimbulkan risiko.
Lebih menyayat hati, bayi yang masih kecil dan tidak memahami apa-apa kini perlu menjalani rawatan HIV sepanjang hidupnya. Jangkitan HIV bayi bukan sahaja memberi impak kepada kesihatannya, tetapi juga risiko stigma sosial ketika membesar kelak.
Semuanya mungkin dapat dielakkan jika langkah pencegahan asas memantau kesihatan penjaga, memotong kuku bayi dan berhati-hati dengan kecederaan kecil diambil serius sejak awal lagi.
Semoga kisah ini membuka mata setiap ibu bapa tentang betapa pentingnya memilih penjaga yang benar-benar selamat, bersih dan bertanggungjawab. Mama papa adalah benteng utama keselamatan anak walaupun ketika kita tiada bersama mereka.
5 tanda ini bukan false alarm atau isyarat bersalin yang palsu lagi. Apabila ia muncul, ia bermakna anda akan bersalin tidak lama lagi!
Tanda bersalin setiap wanita tidak sama, bahkan tanda bersalin bagi setiap kelahiran untuk seseorang wanita itu juga berbeza! Sungguhpun anda tahu tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang diberikan oleh doktor, tetapi tidak mustahil jika anda bersalin lebih awal ataupun lewat daripada tarikh yang diberikan.
5 petanda ini perlu diperhatikan selalu. Jika berlaku ia bermakna waktu bersalin anda sudah hampir.
#1 Kontraksi
Tatkala kontraksi berlaku, abdomen anda akan rasa keras. Semasa antara kontraksi pula, uterus akan rasa relaks dan abdomen jadi lembut. Walau bagaimanapun, rasa kontraksi bagi setiap wanita tidak sama.
Lazimnya, anda akan mula rasa kejang perut dan tidak selesa serta sakit belakang sewaktu hampir bersalin. Kontraksi sebenar berbeza dengan yang palsu, di mana semasa kontraksi sebenar, anda akan rasa kontraksi tanpa henti walaupun semasa anda berubah posisi atau cuba untuk bertenang. Anda juga akan rasa kontraksi lebih kerap dan lebih sakit.
#2 Rasa ringan
Ini bukan bermakna anda rasa berat badan anda semakin ringan! Sebaliknya, proses di mana kepala bayi turun ke bawah dan berada tetap pada posisi pelvis anda dinamakan ringan. Anda mungkin akan mengalami tanda ini beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin. Juga, anda akan rasa lebih kerap kencing ketika ini kerana uterus berada atas pundi kencing.
#3 Mudah membuang air besar
Bukan sahaja otot pada uterus yang sedang bersedia untuk bersalin, otot-otot pada badan lain pun sama. Pergerakan usus anda juga longgar, jadi mudah untuk anda membuang air besar. Ini petanda baik kerana waktu bersalin anda makin hampir!
#4 Air ketuban pecah
Tanda bersalin yang paling kerap diperkatakan. Untuk mengenali air ketuban, selalunya ia tidak berbau dan jernih. Proses kelahiran hanya terjadi jika air ketuban anda pecah disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
#5 Rembesan mukus
Rembesan mukus berkumpul di serviks semasa anda hamil. Namun, apabila serviks mula terbuka dengan lebih luas, rembesan mukus yang jernih, berlendir dan sedikit berdarah akan keluar pada faraj anda. Anda mungkin akan bersalin selepas seminggu atau dua minggu rembesan mukus keluar.
“Ramai yang doakan bidadari kecil mama nie. Terima kasih aunty, terima kasih uncle. Semoga Allah angkat salah satu doa-doa uncle dan aunty untuk Maryam Nur Jannah”.
Itu harapan yang diharapkan oleh Shiera Adam untuk anaknya yang belum pun mencecah usia dua bulan tetapi telah diuji dengan ujian cukup besar sekali.
Bagi pasangan suami isteri, Shiera Adam dan suaminya Muhammad Jazmi kedua-duanya mengharapkan ada keajaiban dari Allah menghilangkan segala sakit buat Maryam yang disahkan menghidap kanser neuroblastoma iaitu ketumbuhan yang paling kerap ditemui dalam kalangan bayi dan anak kecil.
Kanser neuroblastoma ketika usia 37 hari
Namun, tiada siapa yang mampu melawan takdir. Kebahagiaan dan kegembiraan dengan kehadiran cahaya mata sulung ini bertukar berita menyedihkan setelah Maryam didiagnos dengan kanser tersebut ketika usianya 37 hari dan ketumbuhan itu turut mempengaruhi organ hatinya yang kini dah bengkak 9cm.
Menurut Shiera anaknya terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan susulan walaupun baru beberapa hari pulang ke rumah kerana perutnya mula kembung.
“Biarpun Maryam belum mengerti apa-apa lagi, namun semangat yang ditunjukkan Maryam begitu kuat sekali.
“Bila mama tengok ramai yang sakit sama macam awak tewas, makin mama yakin anak mama ni 1 dalam 1000. Yang kuat semangatnya. Yang hebat seperti namanya. Yang akan sembuh dan membesar dengan sihat macam baby baby lain.
“Mama redha dan mama tawakal. Mama yakin Maryam akan sihat dan akan panggil mama “mama”. Fight sayang!”, kongsinya.
Berikutan itu, dalam perkongsian Shiera di Facebook dan Twitter ramai yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan Maryam kuat dan sembuh serta membawa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarganya.
Biarpun dugaan ini sungguh besar buat pasangan suami isteri ini, mereka sentiasa positif Allah yang mengetahui segala-galanya.