Siapa yang pernah melupakan kisah Kak Kek atau Catriona Ross yang pernah berdepan detik sukar ketika kemalangan ngeri yang menimpanya pada tahun 2007.
Ketika usianya baru 27 tahun dan masih belum berkahwin ketika itu, dia diramal oleh doktor tidak boleh hamil dan mempunyai anak. Satu tamparan yang maha hebat untuk dirinya.
Menerusi program bual bicara Astro Gempak, Sembang Tepi Kak Gee yang bersiaran di Astro Ria, Catriona menceritakan semula kisah hidupnya yang gelap dikala itu.
Akibat kemalangan itu, Catriona mengalami kecederaan teruk termasuk patah kaki, retak tulang rusuk dan beberapa kecederaan lain.
Dia yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menemani kawannya.
” Kejadian berlaku pada April 2007. Saya ingat lagi waktu itu saya tidur. Sedar-sedar saya sudah tercampak keluar dan berada di atas jalan raya.
“Saya nampak kereta kami jauh dan kecil sangat. Saya hanya dengar kawan saya minta maaf.
Apabila saya bangun, saya pandang bawah. Saya nampak kaki sudah patah. Saya terus pengsan,” kongsinya memulakan cerita.
Ads
Kata Catriona, keadaan dirinya di ketika itu teramatlah teruk. Malah dia hanya sedar sebaik menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital 14 tahun lalu.
Tamparan paling hebat padanya bila mana doktor pakar memaklumkan kesan jangka panjang yang dia berkemungkinan tidak dapat menimang cahaya mata.
“Ada pakar beritahu saya terhempap tulang punggung. Saya tidak dapat hamil kalau menikah. Itu merupakan satu tamparan hebat buat saya.
“Tapi saya tak benci dan marahkannya. Saya tahu saya kena fight sebab saya percaya Allah maha berkuasa,”kongsinya lagi.
Ads
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini di ketika itu tidak lagi menoleh dan terus bangkit untuk pulih.
“Ada pelawat yang datang tanya, kenapa boleh jadi teruk macam ni. Saya tak mintakan, jadi saya jadi jujur kepada diri sendiri, saya fokus macam mana nak pulih.
“Saya kena jadi duta pada diri sendiri. Tak apa ini ujian Allah, jika saya tak kuat, body akan ikut saya.
“Saya tak mahu hidup saya berakhir seperti itu pada usia 27 tahun. Jadi saya pusingkan yang negatif jadi positif,” luahnya lagi.
Kekuatan yang dibawanya bukan sedikit. Berkat kesungguhan hatinya, dia pulih daripada kecederaan kesan kemalangan termasuklah boleh berjalan seperti biasa walaupun pada awalnya dia begitu trauma dengan apa yang berlaku.
Bercerita kisah hidupnya, ibu cantik ini nyata amat bersyukur bila mana Allah memberinya rezeki untuk menikmati kehidupan berumahtangga dua tahun selepas kejadian itu bersama penerbit dan pengarah televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin.
Kini mereka cukup bahagia dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan yang mana salah seorangnya adalah anak istimewa, autisme.
Kisah perjuangan yang sudah semestinya menjadi inspirasi buat kita. Apa yang penting kita jangan mudah menyerah kalah dengan nasib dan berdoalah sentiasa padaNya!
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Astro Gempak & @catrionabrianross
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari demi hari kita terlalu taksub dengan kerja dan tanggungjawab kita pada syarikat. Benar ia satu amanah untuk kita melakukan yang terbaik dengan mencari rezeki yang halal, namun memperuntukkan masa untuk anak-anak dan pasangan juga adalah satu amanah terbesar buat diri kita. Jadi jangan terlalu alpa, cuba sebaik mungkin untuk memperuntukkan waktu bersama insan tersayang.
Berkongsi sebuah video sambil bermain bersama anak-anak dan isteri di sebuah taman tema, Ustaz Ebit Lew turut menyampaikan amanat ini buat semua.
“Rindu best syukur dapat bersama bidadari tercinta dan anak-anak berjalan. Bagi anak-anak love = time. Beri masa bersama lagi hati jadi cinta dan semakin dekat. Sayu bila anak kata. Yeye ayah dah balik. Semua nak berebut nak duduk sebelah ayah.”
“Dapat peluk keluarga rahmat, pahala dan kebaikan..beri masa untuk keluarga dikira sedekah pahala. Walau senyum dan menggembirakan mereka.”
“Rindu ayah. Ayah pun rindu anak-anak semua,” kongsinya di instagram miliknya.
Jasa isteri tak terbayar
Benar isteri kita melakukan tugasnya 24 jam sehari. Di pejabat dengan tugasan yang digalas dan balik ke rumah pula menyambung tugasan sebagai isteri dan anak-anak pada keluarga. Tidak pernah habis.
Selain berkongsi video penuh kegembiraan di Legoland Malaysia, Ustaz Ebit Lew tidak terkecuali mengucapkan terima kasihnya kepada bidadari hatinya, isteri tercinta yang sentiasa menyokongnya setiap masa. Malah menjadi tunjang utamanya dalam menguruskan anak-anak dan keluarga dikala beliau terpaksa bekerja setiap hari.
“Pegang tangan bidadari sejuk jer hati. Indahnya dunia kerana ada bidadari menemani disisi. Kasihan pada bidadadi yang 24 jam tak sempat rehat sangat jaga suami jer. Jaga anak-anak lagi. Bidadari yang tiada gaji dan elaun. Jika ada pasti tak terbayar. Terlalu besar pengorbanan seorang isteri.
Tak sempat nak sakit. Tiada cuti. Diri sendiri belum terurus sibuk urus rumahtangga. Semuanya kerana cinta dan sayang. Amanah Allah. Ikhlasnya dan suci hatinya.
“Terima kasih bidadari abang. Menghargainya membuat rezeki dan bahagia. Itulah rezeki. Bahagia. Saat hati ada rasa syukur dan sejuk hati bersama bidadari dan anak-anak.”
Semoga ucapan dan tanda terima kasih ini akan dijadikan inspirasi buat semua di luar sana. Hargai masa kita bersama pasangan dan anak-anak yang amat memerlukan kita. Jangan sesekali diabaikan. Cuba luangkan masa sebaiknya. Tolak tepi kerja, tolak gajet dan berilah masa pada anak-anak!
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina.
Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Tinggal sehari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allah itu adil! Di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang Dia akan bagi pada seseorang itu. Hal ini dikongsi oleh pengguna Facebook Ruz Dyah, di mana dia berkongsi kemampuan anaknya untuk menulis tulisan jawi dengan sempurna dan kemas walaupun keadaan fizikal anaknya tidak begitu sempurna.
Menurutnya, anaknya yang bernama Muhammad Alif Firdaus itu menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa iaitu salah satu penyakit kulit yang serius. Penyakit tersebut membuatkan jari jemari anaknya itu tidak terbentuk dengan sempurna di samping keadaan kulitnya yang mengelupas kemerah-merahan.
Kekurangan bukan penghalang
Alhamdulillah, dah masuk darjah 3 hero umi dan papa, cepat je masa berlalu. Syukur pada Mu ya Allah, Kau permudahkan segala urusan kami, walaupun terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi.
Semangat adik yang terlalu kuat kadang-kadang membuatkn umi rasa terharu. Walaupun adik tak macam kanak-kanak lain tapi adik mampu berdikari, tak pernah merungut dan tetap bersemangat untuk mendapatkan ilmu.
Umi bangga dengan kekuatan yang Allah berikan pada adik, anugerah yang tak ternilai buat umi dan papa. Semoga tahun baru ni semangat adik bertambah kuat, ceria dan sentiasa tersenyum. Umi papa sayang adik dunia akhirat.
Menurut coretan si ibu, anaknya begitu semangat untuk menempuhi zaman bersekolah walau banyak dugaan yang menimpa mereka.
Kekuatan yang ada pada diri Aliff menjadi pembakar semangat buah ibu dan bapa untuk terus memberi sokongan penuh buat anaknya itu. Malah, anaknya itu sentiasa ceria dan tidak pernah merungut walaupun dia tidak seperti rakan-rakannya yang lain.
Tulisan kemas dan tersusun
Walaupun jari jemari adik tak sempurna seperti kanak-kanak lain tapi tulisan adik tetap cantik dan kemas, kalah abang dan kakak. Tulisan umi pun takleh secantik tulisan adik tau. Kalau ikutkan memang susah adik nak menulis disebabkan jari jemari adik yang dah melekat antara satu sama lain tapi adik tetap semangat. Semoga adik sntiasa dibawah lindungan Allah.
Bagaimanapun, anaknya tidak pernah mengalah untuk menjadi seperti kanak-kanak normal yang lain. Dia turut meluahkan rasa bangga dengan kelebihan anaknya yang mampu menulis ayat Al-Quran dengan baik walau dengan tangan tidak sempurna.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.