Perkahwinan yang dibina oleh pasangan ini berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila suaminya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disahkan meninggal dunia.
Lebih memilukan apabila wanita ini berkongsi cerita dimana ahli keluarga suaminya dahulu pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ibu bapa suami ketika suami beliau masih kecil dan sekarang kejadian tersebut berulang kembali ketika anaknya masih kecil dan beliau hamil anak kedua empat bulan.
Syurga Saya Meninggal Di Tempat Kejadian
Pangilan Terakhir Arwah
Sepatutnya Kita Pegi Sama-Sama, Tapi Awak Tak Balik
Lindungilah Aku & Zuriat Dalam Kandungan
Ads
Selalu Kalau Ayra Tak Dapat Tidur, Laki Aku Tepuk-Tepuk Dia
Peristiwa 30 Tahun Lalu Terjadi Lagi
Ads
Bulan 10 InsyaAllah Akan Melahirkan Zuriat Suamiku
Tinggal Saya, Ayra & Anak Dalam Kandungan
Saya Tak Minta Lebih, Cukuplah Anak Ini Seiras Papanya
Ads
Nanti Kita Jumpa
Letak Baju Bau Awak Dekat Ayra, Lena Dia Tidur
Kau Berilah Senyuman Di Bibirku, Supaya Suamiku Dapat Pergi Dengan Tenang
Lahirkan bayi usia 59 tahun kerana kesepian, itulah keputusan besar yang dibuat oleh seorang wanita selepas rasa sunyi mula menguasai kehidupannya. Walaupun menyedari risiko kehamilan pada usia lanjut, naluri seorang ibu dan keinginan untuk mengisi kekosongan emosi mendorong wanita ini untuk nekad mengandung melalui kaedah persenyawaan in vitro (IVF).
Menurut laporan South China Morning Post, wanita dikenali sebagai Zou itu selamat melahirkan seorang bayi lelaki melalui pembedahan Caesarean pada 9 Januari lalu di Hospital No 1 Rakyat Zhangjiagang, Jiangsu timur. Bayi tersebut dilahirkan dengan berat 2.2 kilogram dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Zou sebenarnya sudah mempunyai seorang anak perempuan dewasa yang kini menetap di luar negara. Namun, selepas anaknya membina kehidupan sendiri jauh daripada keluarga, suasana rumah yang dulunya meriah berubah menjadi sunyi. Perasaan kesepian itu semakin dirasai apabila usia meningkat dan rutin harian semakin terbatas.
Dua tahun lalu, Zou dan suaminya mula terfikir untuk mempunyai seorang lagi anak. Bukan kerana tekanan masyarakat, tetapi kerana keinginan untuk kembali merasai kehangatan sebuah keluarga kecil dan mengisi kekosongan emosi yang sekian lama terpendam. Keputusan untuk melahirkan bayi usia 59 tahun bukan sesuatu yang dibuat secara terburu-buru, sebaliknya lahir daripada pertimbangan emosi yang mendalam.
Menyedari faktor usia yang sudah lanjut, Zou mengambil langkah awal dengan menyesuaikan tahap kesihatan fizikal dan mentalnya sebelum mencuba untuk hamil. Beliau menjalani pemeriksaan kesihatan berkala dan mendapatkan pandangan pakar perubatan sebelum membuat keputusan muktamad.
Difahamkan, beliau berjaya mengandung hasil bantuan teknologi IVF tahun lalu. Sepanjang tempoh kehamilan, Zou berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan memandangkan kehamilan pada usia lewat mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi berbanding kehamilan biasa.
Pakar obstetrik kanan hospital berkenaan, Dr Guo Huiping menjelaskan bahawa kehamilan pada usia lanjut meningkatkan risiko komplikasi kehamilan serta masalah kesihatan kepada ibu dan bayi. Menurut beliau, kes melahirkan bayi usia 59 tahun memerlukan perhatian khusus dan kawalan perubatan yang sangat ketat.
“Sepanjang kehamilan, Zou berdepan pelbagai cabaran termasuk tekanan darah tidak stabil, masalah albumin, asid urik, fungsi buah pinggang serta kaki yang bengkak,” jelas beliau.
Atas faktor keselamatan, doktor memutuskan untuk menjalankan pembedahan Caesarean ketika usia kandungan mencecah 33 minggu dan lima hari bagi mengelakkan risiko lebih besar kepada ibu dan bayi.
Saat bayi lelaki itu dilahirkan, segala kesakitan dan kebimbangan seolah-olah terubat. Mendengar tangisan bayi buat pertama kali menjadi detik yang tidak dapat dilupakan buat Zou.
“Melihat bayi dan mendengar tangisannya, saya sangat teruja. Saya tidak menyangka impian saya akan menjadi kenyataan,” katanya penuh emosi.
Menurut laporan media tempatan, Zou turut mencatat rekod sebagai wanita tertua yang hamil dan melahirkan anak di bandar tersebut, sekali gus menjadikan kisah melahirkan bayi usia 59 tahun ini tumpuan ramai.
Kisah ini membuka mata masyarakat bahawa keinginan untuk menjadi ibu bukan sekadar soal usia, tetapi turut berkait rapat dengan emosi, kesepian dan naluri semula jadi seorang wanita. Namun dalam masa sama, ia menjadi peringatan bahawa keputusan melahirkan bayi usia 59 tahun memerlukan pertimbangan teliti, sokongan perubatan yang rapi serta persediaan mental dan fizikal yang kukuh.
Bagi ibu bapa yang semakin berusia, sokongan emosi daripada anak-anak amat penting. Sesibuk mana sekalipun kehidupan, hubungan dan perhatian terhadap ibu bapa tidak seharusnya terputus. Kerana bagi seorang ibu, naluri dan kasih sayang itu tidak pernah pudar walau usia terus bertambah.
Siapapun tak mampu untuk menerima hakikat bila anak yang dihantar ke taska dalam keadaan sihat tetapi lemah tidak bermaya ketika mengambilnya ketika waktu pulang. Namun inilah ketentuan yang terpaksa di lalui pasangan suami isteri ini.
Muhammad Aakif Iskandar Meor Ikhram, bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taska di Bandar Seri Botani semalam disahkan meninggal dunia akibat masalah paru-paru berair.
Hal ini disahkan sendiri oleh pihak polis. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superitendan Mazuki Mat berkata, keputusan itu diperolehi selepas bedah siasat selesai sekitar jam 12 30 tengahari semalam.
Muhammad Aakif Iskandar Meor Ikhram sebelum ini menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, selepas didapati dalam keadaan lemah ketika dalam jagaan sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Bandar Seri Botani.
“Anak Saya Dalam Keadaan Sihat”
Menurut bapanya, Meor Ikram Addnan, 32, anak bongsunya itu baru sebulan dihantar ke taska berkenaan selepas isterinya, Ismahani Zainal Abidin, 30, selesai berpantang.
“Sebelum hantar anak ke taska Jumaat lalu, anak ketiga saya berada dalam keadaan sihat, namun hidungnya sedikit berair akibat selesema.
Saya menerima panggilan daripada pihak taska sekitar jam 6 petang yang memaklumkan keadaan anak saya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
Saya sempat bertanyakan pengasuh macam mana anak boleh jadi sampai macam ini, tetapi kami tidak menerima sebarang jawapan,” katanya lagi yang cukup terkilan dengan semua yang terjadi.
Muhammad Aakif Iskandar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Larang, Ipoh selepas solat Zuhur semalam.
Sebanyak 73 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan tiga taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam Parlimen Kubang Pasu ditutup bermula hari ini. (29 Julai)
Pengarah Kemas Negeri Kedah, Noor Azman Abd Rahman berkata, penutupan itu dilakukan susulan kluster baharu PUI Sivagangga yang dikesan di daerah itu.
Menurutnya, arahan penutupan itu merupakan langkah awal bagi pencegahan penularan Covid-19 di peringkat jabatan.
“Seramai 1,605 pelajar tabika dan 62 pelajar taska Kemas terlibat dengan penutupan ini. Semua premis akan ditutup selama 14 hari atau sehingga kita menerima arahan dan nasihat selanjutnya daripada Pejabat Kesihatan,” katanya ketika dihubungi.
Noor Azman berkata, pelajar yang datang ke tabika dan taska pada hari ini telah diminta pulang ke rumah masing-masing.
“Pada masa sama, penutupan sementara ini bagi membolehkan proses pembersihan dan nyah kuman dilakukan di semua tadika dan taska mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan,” katanya.
Menurutnya, antara tabika yang ditutup adalah Tabika Kemas Kampung Natoi, Pekan Jitra, Kampung Bemban dan Kampung Tebing yang dikhuatiri mempunyai rekod kontak rapat dengan kluster tersebut.
“Kontak rapat itu melibatkan waris pelajar yang disaring berhubung kluster berkenaan iaitu dari sebuah kedai makan di Napoh,” katanya.
Tambahnya, Tabika Kemas Kampung Tebing terletak paling hampir dengan kedai makan tersebut, iaitu kira-kira 500 meter sahaja.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat kluster baharu dikenalpasti di Kedah iaitu Kluster PUI Sivagangga, India.
Kes indeks berkenaan membabitkan seorang pemilik kedai makan dan empat kes positif dalam kluster terbabit ialah pekerja kedai itu.
Premis berkenaan sudah ditutup bagi menjalani proses pembersihan dan nyah kuman.