Setelah selamat melahirkan anak kedua pada 6 September lalu di sebuah pusat perubatan swasta, pengacara versatil, Jihan Muse, 39, mula memuat naik gambarnya seisi keluarga dengan berpakaian sedondon.
Perkongsian itu telah menarik perhatian rakan artis dan ramai peminatnya yang memuji Jihan semakin berseri-seri dan cantik.
Sebelum ini Jihan lebih selesa menjalani tempoh berpantang dengan tenang tanpa berkongsi gambar anak lelaki keduanya, Ungku Altamis Barr.
Si kecil Altamis juga membesar dengan sihat dan nampak bersemangat tubuhnya. Pada usianya yang telah pun mencecah 3 bulan, ramai yang geram dengan Altamis.
Ads
Malah muka Altamis juga seakan muka daddynya, Ungku Hariz. Kira adillah abang, Ungku Arsalan Haq ikut muka bonda.
Setakat ini perkongsian Jihan itu meraih lebih 67 ribu tanda suka daripada warganet.
Tragedi Zara Qairina: ‘Dia tengok-tengok sekilas, sudah Zara takut’ – rakaman suara terbaru ini sekali lagi meruntun hati rakyat Malaysia. Suara seorang anak yang cuba bersuara dalam ketakutan, kini menjadi bukti betapa pentingnya ibu bapa dan pihak sekolah mendengar rintihan anak sebelum segalanya terlambat.
Menurut laporan Sinar Harian, rakaman berdurasi hampir dua minit ini tular di media sosial selepas insiden menyayat hati yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah. Ia dipercayai merupakan sambungan kepada rakaman suara yang telah tular lebih awal.
Rakaman suara ini memperdengarkan perbualan antara Zara dan ibunya, Puan Noraidah Lamat. Dalam nada sebak dan takut, Zara berkongsi tentang tekanan yang dialaminya di asrama sekolah. Bukan sahaja dirinya, malah rakan baiknya Yasmin juga didakwa menjadi mangsa gangguan oleh sekumpulan pelajar senior.
Zara menceritakan bagaimana mereka sering dipanggil oleh senior dan diberi arahan tanpa pilihan. Malah, dia pernah diberi ‘amaran’ melalui renungan tajam yang cukup membuatkannya berasa terancam secara emosi.
“Hari itu pun dia tengok-tengok Zara sekilas, sudah Zara takut… Apa lagi ini,” luahnya.
Si ibu dengan penuh kasih cuba menenangkan anaknya dan menyarankan agar memberi alasan jika dipanggil lagi. Namun Zara menjawab dengan nada yang sangat menyentuh hati:
“Mak… makin dikata begitu, makinlah dia marah…”
Luahan Allahyarham Zara bukan sekadar kisah sedih, ia adalah isyarat penting bahawa tekanan emosi dan buli psikologi sangat real dalam kalangan anak-anak. Dalam dunia mereka, satu renungan pun boleh memberi kesan mendalam lebih-lebih lagi jika tiada jalan keluar.
Ramai ibu bapa sering menganggap aduan anak sebagai perkara kecil. Namun dari kes ini, kita perlu sedar: anak-anak memerlukan ruang selamat untuk bercerita dan meluah rasa tanpa rasa takut.
Dalam rakaman itu juga disebut nama seorang guru warden, Cikgu Zabidi, menunjukkan bahawa si ibu berusaha mencari jalan menyelesaikan isu ini melalui saluran yang betul. Namun dalam dunia realiti anak-anak, takut kepada senior dan stigma ‘mengadu’ membuatkan ramai anak lebih rela mendiamkan diri daripada bersuara.
Buli emosi seperti ugutan halus, sindiran, dan tekanan psikologi memberi kesan yang jauh lebih besar daripada apa yang kita bayangkan. Ia boleh menyebabkan anak hilang keyakinan, cemas melampau, kemurungan, malah rasa putus harapan.
Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh hanya fokus kepada keputusan peperiksaan atau aktiviti anak di sekolah. Perubahan sikap, anak yang tiba-tiba diam, kerap mengadu ‘tak suka sekolah’, atau takut ke asrama semua itu mungkin petanda awal bahawa sesuatu sedang mengganggu mereka.
Langkah proaktif yang boleh diambil:
✅ Selalu tanya anak bagaimana hari mereka di sekolah ✅ Wujudkan ‘ruang selamat’ untuk anak berkongsi tanpa rasa takut ✅ Peka dengan perubahan emosi atau tingkah laku ✅ Berhubung rapat dengan pihak sekolah atau warden ✅ Ambil serius setiap aduan anak, walaupun nampak remeh
Kami di Pa&Ma mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Zara. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberi tempat dalam kalangan insan beriman. Dan semoga kisah ini menjadi titik mula kepada perubahan lebih baik dalam sistem perlindungan pelajar di sekolah-sekolah seluruh negara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih belum selesai kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dengan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, dan terbaharu melalui Instagram, wanita itu berkongsi tentang kehamilan cahaya mata ketiga.
Usia kandungannya kini sudah mencecah 10 minggu dan dia megakui tidak kuat dan memerlukan sokongan orang-orang sekelilingnya.
“Buat zuriat ibu kandung, kuatlah sayang, kuat seperti kuatnya kamu berpaut di dinding rahim ibu, ibu sayang anak anak ibu, maafkan ibu semua, Humairah, Umar dan baby. Maafkan ibu sayang.”
Tambahnya lagi, dia cuba untuk menjadi kuat tetapi ada harinya kekuatan itu tidak berpihak pada dirinya.
Bercerita tentang pengalaman ketika di mahkamah untuk memperjuangkan haknya, Shuhada tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi tentang kehamilan yang sudah pun mencecah usia 10 minggu.
“Ibu dah cuba kuat, Lillahitaala. Tapi ibu perlukan kekuatan dari keliling ibu. Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depress yang ibu hadap sekarang.”
Tambahnya lagi, dia akan berusaha sepenuh hati untuk terus menjaga anak-anaknya namun mengakui halangan terbesar sekarang adalha kandungan di peringkat awal.
Hal ini tidak membenarkan Shuhada untuk mengambil ubat dari hospital kerana khuatir akan keadaan kandungannya. Katanya, hal ini tidak mudah (berjuang tanpa ubat), tetapi dia akan terus kuat demi anak-anaknya.
Tulisnya lagi, dia ada terbaca tentang kes ibu berpantang yang menikam leher sendiri kerana tekanan.
“Ibu betul-betul takut, iu tanya diri sendiri mampu ke hadap perjalanan ni. Mampu tak kuat sepanjang proses ini. Ibu nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik.
Ibu kena kuat sebab ibu nak lihat anak-anak membesar depan mata ibu dan sama-sama kita susah senang.”
Turut berkongsi dirinya letih menangis sehingga jatuh pengsan. Doktor pula menasihatkan agar dia berbuka puasa untuk tidak membahayakan kandungan.
Tambah Shuhada lagi, dia terima segala yang berlaku. Biarpun susah untuk ditelan kerana dirinya dikhianati, ditipu dan dikasari namun dia sedar perlu kuat untuk berdepan dengan dugaan ini.
Di akhir penulisannya, Shuhada melahirkan rasa syukur kerana dikelilingi orang-orang yang baik dan terus menyokong dirinya dalam apa jua keadaan.
“Terima kasih Allah. Terima kasih semua. Tak dapat ibu balas budi semua selain terus maju ke depan tanpa toleh belakang lagi.
Sempena malam akhir Ramadan ni, ibu berdoa semoga Allah kurniakan pelangi untuk setiap ujian yang ibu lalui, itulah tanda Allah kasihkan ibu.”
Sama-sama kita doakan segala urusan Shuhada dan anak-anak dipermudahkan. Semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik dan Shuhada terus kuat untuk meneruskan kehidupannya.
Hati ibu bapa mana yang tidak hancur apabila melihat wajah si kecil yang ditatang penuh kasih, pulang dalam keadaan penuh lebam. Itulah yang dilalui sebuah keluarga apabila anak lelaki berusia dua tahun dipercayai menjadi mangsa dera pengasuhnya.
Menurut perkongsian di laman Facebook oleh Zehra Zubari, anak saudaranya itu dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat, ceria dan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit. Namun, sekitar jam 9.39 malam, apabila kanak-kanak itu dihantar pulang, wajahnya dipenuhi lebam merah yang jelas menyakitkan hati sesiapa sahaja yang melihat.
“Hancur luluh hati kami sekeluarga. Dia masih kecil, belum pandai bercakap, tapi sudah menerima penderitaan sebegini. Dia hanya mampu sebut ‘akit, akit’ sambil gosok pipinya yang lebam,” luah Zehra penuh sebak.
Sejak kejadian itu, si kecil ini mengalami trauma yang cukup teruk. Dia enggan didukung ahli keluarga, sering mengigau di wad, dan menangis sambil menyebut “No, no, no” seolah-olah masih ketakutan dengan apa yang berlaku.
Lebih memilukan, keluarga mendakwa kanak-kanak itu dibawa keluar oleh pengasuh sekitar jam 12.30 tengah hari dan hanya dihantar pulang hampir 10 jam kemudian dalam keadaan cedera tanpa sebarang rawatan.
Susulan laporan polis, pasangan suami isteri yang menjaga kanak-kanak ini telah ditahan bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengesahkan siasatan dijalankan selepas ibu mangsa membuat laporan pada Jumaat lalu.
Kes penderaan ini benar-benar menguji hati seorang ibu dan ayah. Anak yang ditinggalkan di tangan pengasuh sepatutnya dilindungi, tetapi sebaliknya menjadi mangsa kekejaman.
Oleh itu, Pa&Ma mengingatkan semua ibu bapa agar:
Sentiasa peka dengan keadaan fizikal anak setiap kali pulang dari jagaan.
Percaya pada naluri hati – jika ada yang mencurigakan, segera bertindak.
Pilih pengasuh atau pusat jagaan berdaftar serta dipantau oleh pihak berkuasa.
Jangan teragak-agak memasang CCTV atau membuat pemeriksaan mengejut demi keselamatan anak.
Semoga kejadian ini membuka mata kita semua bahawa amanah menjaga anak bukan perkara kecil. Anak-anak adalah anugerah Allah yang wajib dilindungi dengan penuh kasih sayang, bukan disakiti.
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.