Hana-chan yang tinggal di Fukuoka, Jepun kelihatan seperti kanak-kanak lain yang berusia 5 tahun. Dia pergi ke sekolah pada siang hari dan membuat kerja rumahnya pada waktu malam.

Sayu, Anak 5 Tahun Pandai Masak & Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

Bagaimanapun, tidak seperti rakan-rakannya, Hana-Chan adalah seorang kanak-kanak berdikari yang membantu menjaga keluarganya.

Rutin paginya tidak hanya menyiapkan diri dan bersarapan. Dia juga memberi makan anjing peliharaan, berjalan-jalan dengan anjingnya, dan belajar alat musik piano sebelum dia pergi ke prasekolah.

Sayu, Anak 5 Tahun Pandai Masak & Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

Sebaik sahaja dia pulang ke rumah selepas sekolah, Hana-Chan melakukan kerja rumah seperti membasuh baju, melipat baju, membersihkan tab mandi dan rumah, dan juga memasak makan malam untuk ayahnya.

Sayu, Anak 5 Tahun Pandai Masak & Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

Dia sangat mahir membuat Miso sup, resipi milik neneknya dan diajar kepadanya.

Sayu, Anak 5 Tahun Pandai Masak & Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

Ibu Hidap Barah Payudara

IKLAN

Sayu, Anak 5 Tahun Pandai Masak & Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

Ibu Hana penghidap barah payudara sejak 20011. Selepas itu ibu dan bapa Hana mendirikan rumahtangga. Ibu Hana, Chie tidak menyangka dia mengandungkan Hana kerana kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan.

Sayu, Anak 5 Tahun Pandai Masak & Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

Sebelum ibu Hana meninggal, dia menulis sesuatu di blognya. Dia suka menulis tentang perasaanya terhadap keluarga terutama kepada Hana-chan.

Chie menulis “Memiliki anak perempuan adalah keajaiban dalam hidup, saya sayangkan Hana lebih daripada nyawa saya sendiri”

Kanser Kembali Menyerang Chie

Chie tak pernah terfikir kansernya akan kembali menyerang. Chie mengalami episod hitam dalam hidup apabila kansernya semakin merebak di dalam badan dan ketika itu Hana berusia 9 bulan.

IKLAN

Sayu, Anak 5 Tahun Pandai Masak & Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

Walaupun sedang bertarung dengan maut, Chie masih tetap aktif menulis di blog. Antara penulisannya;

“Tak kira sama ada saya ada kanser atau tidak, saya tahu saya akan mati dulu sebelum anak saya. Tak mengapa. Tapi saya tak mahu mati sia-sia. Saya akan didik Hana sebaiknya.”

Sejak itu, Chie berubah. Dia tahu masanya semakin singkat jadi dia mengajar Hana sesuatu yang bermakna untuk hidupnya.

Sayu, Anak 5 Tahun Pandai Masak & Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

“Saya mahu Hana boleh buat semua benda dengan sendiri. Saya mahu dia berdikari dan pandai menjaga diri sendiri. Suatu hari nanti, saya akan pergi meninggalkanya. Dia harus bersedia.”

Chie mula fikir yang dia perlu ajar Hana untuk lakukan kerja rumah dan memasak. Kemahiran memasak penting untuk anaknya. Walaupun berpendidikan tapi kalau Hana tak pandai menjaga diri sendiri semua itu tak bermakna.

IKLAN

Chie mahu anaknya tetap boleh berdikari walaupun dimana berada. Sebaik sahaja Hana berusia 4 tahun, dia sudah mampu memegang pisau. Chie kemudian memberikan anaknya apron dan mula belajar memasak.

Ibu Hana Meninggal Dunia

Namun, pada 2018 Chie akhirnya pergi buat selama-lamanya. Dia meninggalkan suami & anaknya Hana namun semangat dan didikan Chie tetap mengalir dalam darah Hana.

Sayu, Anak 5 Tahun Pandai Masak & Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

Ketika Hana berusia 5 tahun, dia sudah pandai melakukan segala-galanya. Dia mula mengingati semua yang diajar oleh ibunya dan dia pandai mengemas rumah.

Hana Mampu Menguruskan Diri & Keluarga

Hana mengatakan – “Ada benda saya nak bagitahu ibu, saya dah pandai masak bento. Terkejut tak? saya tak menangis lagi. Saya tengah cuba sehabis baik, ibu”

Sayu, Anak 5 Tahun Pandai Masak & Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

Kisah sedih ini meruntun hati ramai. Banyak pengajaran yang boleh diambil oleh ibu bapa menerusi kisah ibu dan anak ini. Walaupun masih kecil, Hana berjaya dididik oleh Chie dengan baik.

Sumber: GOOD TIMES

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI