Pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan (KKM).
Mengulas lanjut, katanya pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan kawasan tertutup kini adalah atas pilihan sendiri.
Ads
Begitupun, jelas Khairy, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka untuk memasuki premis mereka atau sebaliknya.
Pengumuman terbaharu itu hadir selepas empat bulan kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan.
Semalam viral kes penderaan di sebuah taska di Melaka. Taska tersebut ialah taska PPKK Bijak Bistari di Taman Tasek Utama Melaka. Video yang berdurasi 2 minit lebih itu mencetuskan kemarahan netizen apabila secara terang-terangan guru tersebut memukul kanak-kanak itu.
Setelah video tersebut viral, ibu mangsa tampil meluahkan perasaan apabila anak mereka diperlakukan sebegitu. Mereka memberikan kepercayaan untuk menjaga anak dengan baik namun sebaliknya yang berlaku. Rupanya bukan sekali mereka dipukul, malah kejadian ini sudah berulang kali terjadi.
Assalamualaikum….berkenaan dengan kes dera anak saya tu…terus terang saya kata kan….saya langsung tak boleh terima apa yang die dah buat pada anak saya..saya tak sangka orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar).
Kami bukan dari keluarga yang senang..yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak RM380 mengharapkan penjagaan yang setimpal dengan harga…bukan dengan cara macam ni..terus terang saya cakap, sepanjang hantar anak ke situ, cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya…sampai anak tak nak sekolah saya fikir positive je…rupanye ini lah sebab anak saya tak nak ke sekolah.
Dia ade juga cerita teacher pukul dina..tapi cerita tu sebelum-sebelum kejadian…saya tak percaya cakap anak…dia siap tunjuk kan teacher pukul macam mana…saya suami isteri masih berfikiran positive..biar kan je ape yang dina cakap.. setiap kali bukak FB penuh cerita pasal dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya..hati masih belum boleh terima ape yang terjadi sekarang ni.
Hari ni 14.8.2018 genap anak ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun…perancangan awal nak sambut birthday dia kat sekolah dengan kawan-kawan..bila dah jadi macam ni…memang tak buatlah…ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama dia dah merasai benda macam ni…tadi sebelum dia tido..saya ada cakap dengan dia…dina nak sekolah baru tak??? Seronok dia bila dengar ummi dia nak carikan sekolah baru..mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ…tapi saya harap sangat-sangat, sekolah baru nanti tolong lah jaga anak saya betul-betul…jangan lah benda ni berulang lagi..kasihan lah budak-budak yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa.
Apa-apa pun saya berterima kasih kepada tuan yang merakam dan pengurus sekolah kerana bertindak cepat..puan dah melakukan yang terbaik untuk anak-anak yang teraniaya ni…terima kasih sangat-sangat.
Akhir skali saya nak wish pada anak saya Dina Hanania Binti Shahrulzaman SELAMAT HARI JADI yang ke 3 tahun…semoga kamu jadi anak yang solehah, berbakti pada ibu bapa, cemerlang dalam hidup dan semoga kamu dibawah lindungan tuhan ye nak.
Kepada si pelaku…saya tak kan maafkan awak sampai bila-bila…dan saya harap nasib anak saya dan yang lain-lain akan terbela nanti..tak lupa juga terima kasih Sarjan dari IPK kerana bersungguh-sungguh untuk membela nasib anak-anak kami.
Bagi yang mempunyai bantal busuk, anak pantung busuk ataupun kain busuk sememangnya menjadikan barangan ini seperti sahabat baik. Mana tak nya, kemana-mana pergi pasti diangkutnya sekali. Senang kata, memang tak boleh hidup, tak boleh tidur tanpa bantal busuk disisi. Parah!
Bukan hanya kanak-kanak yang mempunyai bantal busuk ini bahkan orang dewasa turut tidak terkecuali memilikinya. Ada yang sampai 20 tahun menyimpan bantal busuk dan tidak pernah dibasuh.
Orang yang memiliki bantal busuk kebiasaanya tidak akan membenarkan orang lain memegang bantal busuknya. Kejadian itu berlaku kepada seorang kanak-kanak di Korea yang menangis dan menjerit meminta ibunya mengeluarkan bantal busuk daripada mesin basuh.
Dia meminta ibunya mengeluarkan bantal busuk miliknya dengan menunjukan isyarat tangan “Stop” sambil menunjuk ke arah bantal busuk di dalam mesin basuh tersebut. Video tersebut dirakam oleh ibunya dan mendapat tontonan sebanyak 41,449 setakat ini.
Seeloknya, bantal busuk ataupun soft toys busuk anak-anak perlu dibasuh. Kenapa? Kerana disitulah tempat yang paling mudah untuk kuman membiak jika dibiarkan tidak dibasuh.
Anak kecil terutamanya bayi sering memasukkan jari atau alat permainan ke dalam mulut. Jika alat permainan dan permukaan tempat si kecil bermain tidak bersih, bakteria dan virus pasti mudah berpindah kepada bayi.
Perkara ini sering diambil ringan oleh para ibu bapa. Alat permainan yang kotor boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan virus pada kanak-kanak.
Membersihkan alat permainan seharusnya dijadikan rutin kepada para ibu bapa sama seperti membasuh kereta mahupun mop lantai rumah.
Berapa Kerap Anda Perlu Membersihkan Alat Permainan Si Kecil?
– Ia terpulang kepada ibu bapa berapa kerap alat permainan itu hendak dibasuh. Anda tidak perlu menyusahkan diri membersihkannya setiap hari. Namun, adalah baik jika alat permainan anak anda dibersihkan pada masa yang tertentu seperti;
– Apabila alat permainan kelihatan kotor (contoh: makanan tumpah pada alat permainan, atau dibawa main keluar rumah)
– Anak anda baru sembuh daripada sebarang jangkitan seperti selsema atau cirit birit. Dikhuatiri alat permainannya masih dicemari dengan bakteria/virus yang menyebabkan anak anda sakit
– Kanak-kanak lain memasukkan alat permainan anak anda ke dalam mulut mereka
– Setiap hujung minggu/bulan
Kaedah Membasuh Alat Permainan
Alat permainan keras (diperbuat daripada plastik)
Kaedah 1
– Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
– Bilas dengan air bersih
– Keringkan dan lap dengan wet wipe tissue
Kaedah 2
– Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
– Rendam di dalam *air yang dicampur peluntur selama 10-20 minit
– Bilas dengan air bersih dan keringkan
Alat permainan yang mempunyai bateri/diperbuat daripada kayu atau besi/permainan bersaiz besar
– Lap permukaan luar menggunakan span sabun
– Kemudian lap menggunakan kain lembap yang telah direndam *air yang dicampur peluntur dan keringkan
*Cara mudah sediakan air campuran peluntur: Campurkan 1 sudu (15 ml) peluntur untuk setiap 1 liter air.
Peluntur yang telah dicampurkan air pada jumlah yang betul adalah selamat untuk digunakan sebagai cecair pembersih alat permainan. Klorin pada peluntur akan tersejat dengan cepat semasa dikeringkan.
Alat permainan lembut/kapas/kain
Sebilangan alat permainan boleh sahaja dibasuh menggunakan mesin basuh.
Sekiranya ia tidak sesuai dibasuh menggunakan mesin, rendam dengan air sabun, bilas dan keringkan di bawah cahaya matahari.
Permainan yang sukar dibersihkan atau terlalu kotor eloklah dibuang sahaja untuk mengelak pembiakan kuman.
Membiasakan si kecil mempunyai bantal atau selimut busuk juga sebaiknya tidak perlu diamalkan. Ini kerana, kotoran bakteria akan berkumpul pada bantal dan selimut dan ia sebenarnya boleh mengundang jangkitan. Untuk anak yang mempunyai bantal/selimut busuk, basuhlah sekali-sekala terutamanya apabila ia kelihatan kotor.
Tip Lain Menjaga Kebersihan Alat Permainan
Simpan permainan di dalam bekas tertutup yang bersih setiap kali selepas main
Sebaiknya, setiap anak mempunyai permainan sendiri. Kurangkan berkongsi permainan terutamanya patung mainan fabrik
Permainan yang tidak boleh dibasuh seperti plastisin perlu diganti apabila ia sudah lama digunakan kerana bakteria pasti sudah berkumpul di dalamnya
Kotak pasir perlu diganti secara berkala dan ditutup jika tidak digunakan untuk mengelakkan haiwan liar mengotorkan pasir tersebut
Sekiranya ada permainan yang kelihatan kotor, jangan campurkan bersama permainan bersih. Asingkan ia sebelum dibasuh
Jadikan aktiviti membersihkan alat permainan sebagai salah satu rutin kerja rumah. Ibu bapa perlu bijak dan prihatin terhadap kesihatan anak-anak. Kesihatan keluarga bermula daripada persekitan rumah yang bersih.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Chef selebriti, Chef Wan berkongsi aktiviti hujung minggu yang dilakukan olehnya. Menurutnya, dia akan memastikan barang-barang yang tidak lagi dipakai disedekahkan kepada ahli keluarga terdekat termasuklah gelang emas pemberianya buat arwah emak semasa hidup.
Tambahnya lagi, sedekah yang paling baik adalah sedekah kepada ahli keluarga terdekat terlebih dahulu.
“Selepas solat subuh saya menghabiskan masa sejam untuk mengemas almari pakaian saya. Meninggalkan semua baju rasmi panjang saya, baju t polo dan seluar. saya memutuskan untuk memberikan kepada adik-beradik dan anak saudara saya semua barangan yang saya keluarkan dari almari saya.”
“Saya melakukan pembersihan ini hampir setiap 6 bulan supaya ia tidak kelihatan terlalu sesak. Biasanya yang saya hilangkan adalah yang saya jarang menggunakannya walaupun ia baru dan yang pernah saya gunakan dan sekarang rasa dah ” basi” dan perlu menggantikannya.”
“Sangat bagus untuk dapat memberikan mereka tanpa rasa terlalu terikat dengan semua pakaian ini pada masa yang sama memikirkan jika sebahagian daripada rezeki kita juga boleh jadi rezeki kepada Ahliahli keluarga kita yang lain, WHY NOT?”
“Sekurang-kurangnya ia tidak menjadi sia-sia. Terdapat begitu banyak cara untuk bersedekah dan mendekati orang lain. Keluarga mesti diutamakan.”
Menurut Chef Wan lagi, dia sanggup untuk menambah duit sendiri asalkan adik beradik perempuanya gembira dengan hadiah darinya.
“Saya beritahu semua 3 adik perempuan saya beberapa hari lepas. Semua barang kemas arwah ibu saya yang pernah saya beli dahulu tidak akan digunakan oleh mereka jika saya kongsikan kepada mereka. Emas orang lama-lama ni generasi sekarang tak nak guna dah. .”
“Saya tanya mereka minggu depan saya bawa kamu semua ke Habib. Kamu semua pilih gelang emas kamu masing-masing. Timbang segala emas lama , di nilai tolak balik segala harga apa yang u all pilih untuk hari raya ini.”
“Kata la mana yg kurang e.g 10K ke 20K ke biar kan saya tambah as a gift to all my sisters. Semua setuju. Kami akan mengadakan kenduri tahlil tidak lama lagi di rumah negara saya di Sg Koyan Raub jadi saya akan membawa semua ini”
“Its might be not everyone taste but they can also give it away to their anak2 jiran for e.g yg boleh mengunakan pakaian ini. Bukan daripada mereka yang sudah tua.”
“Sometime masa beli tu pun sebab terpaksa guna untuk di TV tu lepas tu mata tak berkenan lagi boleh jadi. Macam ni la selera kita yang berubah ubah-ubah.”
Ia juga cara yang baik untuk menambah almari pakaian baharu anda untuk tahun ini juga.”
“Sesekali bila travel tu kena juga ada abit of retail therapy as it help the mind to feel happy juga. Fesyen dan selera baju kita pulak dah macam-macam ” pak cik2″ tua these days tak tahu anak2 buah yang muda2 ni berminat nak guna.”
Nur Syuhada Naquiyyah, seorang ibu tunggal, berkongsi kisah hidup bersama dua anak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas meninggalkan rumah demi mencari kehidupan lebih baik.