Scha Kongsi Tipnya Bawa Lara Jumpa Doktor Gigi. Biasakan Dari Awal, Jangan Paksa Anak

Share

Anak-anak antara pengalaman yang paling menakutkan buat mereka adalah masa makan ubat atau jumpa doktor. Namun sebagai ibu bapa, kena pandai ambil hati dan sentiasa berikan kata-kata positif supaya anak tak fobia hadapi situasi tersebut.

Tindakan Awal Ashaari dan isterinya Scha AlYahya bawa Lara Alana berjumpa doktor gigi buat pertama kalinya mendapat pujian ramai.

Menurut Scha, setiap kanak-kanak ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Dalam hal ini Lara lemah dengan doktor.

“Walaupun Lara ni seorang yang mudah mesra tapi bila jumpa doktor dia agak takut terutama bila nampak ada pelbagai peralatan.

“Jadi bila dah umur 4 tahun ni, kenalah juga biasakan jumpa doktor gigi. Ini penting untuk pupuk rasa yakin dalam diri Lara,” katanya di Instagram.

Bagi memberi keselesaan kepada Lara, Scha dan Awal pilih klinik gigi yang mesra kanak-kanak terutama yang pertama kali datang.

“Pada awalnya Lara ok, tapi bila sampai dan lihat pelbagai peralatan dia dah mula takut dan menangis.

“Ikut kata doktor, ini perkara biasa buat kanak-kanak yang baru pertama kali datang untuk pemeriksaan gigi dan tak biasa lagi sesuaikan diri.

“Lagipun budak-budak tak suka bila orang letakkan benda dalam mulut dan perlu dibaringkan di kerusi khas. Jadi doktor cadangkan biasakan dulu dengan perkenalkan peralatan pergigian pada anak dan lama-kelamaan dah tiada masalah.

“Nak tak nak mummy perlu jadi model untuk Lara perhatikan dulu dan untuk temujanji seterusnya daddy pula. Harap lepas ni Lara dah ok berani,” kongsi Scha.

Kata scha lagi, biasanya Lara akan tengok dulu orang lain buat, baru dia akan ikut. Harap lepas ni dah tak ada masalah baginya untuk jumpa doktor gigi.

Sumber: ig laraalanaa

 

IKLAN