Pelakon, Hairul Azreen Idris meluahkan kata-kata nasihat buat anak sulungnya Yusuf Iskandar, 2 tahun melalui instagram The Yusuf Iskandar.
Selepas kelahiran cahaya mata keduanya, baby Alisa Aisyah dua hari lepas Hairul meluahkan kata-kata nasihat agar Yusuf suatu hari nanti dapat melindungi ibu dan juga adik perempua Yusuf dengan baik.
Yusuf nanti bila dah boleh baca, Daddy just nak pesan Yusuf sebagai abg yang sulung, Yusuf kena jaga adik kena jaga mommy, jaga si gemok Jibu dengar cakap mommy!
Sebab kalau apa2 jadi kat daddy Yusuf kena ambil tanggungjawab itu, bila Yusuf rasa takut/sedih/tak tau nak buat apa, ada masalah , doa banyak2 pada Allah sebab itu yang kami selalu buat,
Ads
Sentiasa sebut benda yg baik2 sebab kata2 itu adalah doa yang melantun, bak kata mommy jangan mudah give up , cuba yang terbaik, yang kita mampu sbb the best never rest.
Gambar ni pada 25/5/2019 hari ke dua selepas adik Alisa lahir, masa ni first time Yusuf jumpa adik. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,kebahagiaan & umur yang panjang Amin
Dua hari lepas, Hairul telah mengumumkan kelahiran cahaya mata keduanya di instagram secara umum.
Ads
Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira,Di bulan ramadhan ni isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen, petang tadi 5.59pm ,
Dua2 anak Daddy lahir hari Jumaat, Thank you Mommy @haniszalikha. Thank you sayang Thank you my bam bam
Rata-rata netizen sebak membaca perkongsian tersebut. Mereka berpendapat bahawa Yusuf akan memahami apa yang ingin disampaikan suatu hari nanti dan mereka turut mendoakan Yusuf menjadi anak yang baik.
Sebelum ini kisah mengenai Ainul Mardhiah, seorang bayi perempuan yang menghidap kanser pada mulut mengundang rasa simpati bagi sesiapa saja yang melihatnya.
Sejak kisahnya jadi viral, seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang baik-baik untuk anak syurga ini terus kuat dan sihat.
Berkat keprihatinan orang ramai, bayi berusia lapan bulan itu menerima pelbagai sumbangan sehingga ada yang sanggup membantu Ainul Mardhiah mendapat rawatan terbaik d luar negara.
Terbaru, bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi perkembangan anaknya dan memberitahu sedang menunggu maklum balas bagi menjalani rawatan daripada pihak di sebuah hospital di United Kingdom.Tiada yang mustahil bagi Allah SWT
Menurut Ahmad Safiuddin, salah seorang kenalannya di sana telah membawa laporan kesihatan Ainul untuk diberikan kepada pakar perubatan kanser di hospital tersebut.
“Kenalan di sana dah bawa medical report ainul kepada pakar perubatan kanser di sana. Harap mereka boleh lakukan sesuatu!” katanya.
Tambah Ahmad Safiuddin, dia akan mencari pelbagai alternatif bagi menyembuhkan penyakit Ainul selagi Yang Maha Kuasa memberi peluang anaknya untuk terus bernafas.
“Selagi Allah izinkan Ainul bernafas, selagi itu walid akan cari jalan untuk merawat Ainul.
“Doakan supaya Allah mengizinkan Ainul pergi ke sana. Hanya Allah penentu segalanya,” ujarnya.
Allahuakhbar Rezeki Ainul Tak Putus
Kerja Allah, rahsia Allah, mungkin ini lah yang selama ini orang nasihat pada walid supaya terus bersabar berbakti untuk anak dan Allah akan beri rezeki yang tidak dijangka-jangka.
Selama ini walid tidak pernah mempertikaikan kenapa Allah jadikan kakak begini, tapi walid selalu minta supaya apa pun Allah nak beri, mudah-mudahan Allah beri sekali walid dan mama kekuatan untuk tempuhi hari mendatang. Tak sangka, satu malaysia sedang bercerita pasal kakak.
Ainul Mardhiah, kini walid dan mama tahu kenapa kamu dilahirkan di atas muka bumi ini, kamu wujud di muka bumi ini dengan membawa mesej dari Tuhan bahawa setiap perkara yang Allah jadikan bukan perkara yang sia-sia.
Semoga adik Ainul dan keluarganya terus kuat dalam menghadapi dugaan ini sementara menunggu rawatan yang akan menyusul selanjutnya.
Rentetan isu pengambilan vaksin yang hangat diperkatakan sekarang, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi respon mengenai kewajipan mengambil vaksin mengikut jadual imunisasi kebangsaan daripada perspektif Islam.
Berikut artikel yang dikongsikan di laman web rasmi Pejabat Mufti Persekutuan, penggunaan vaksin bagi menambah imunisasi badan adalah diharuskan oleh syarak.
Namun menurut Mufti, kesan gerakan anti-vaksin dalam masyarakat Malaysia sebenarnya semakin parah dan membimbangkan.
Penolakan pengambilan vaksin meningkat
Dalam artikel tersebut memberitahu bahawa gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pihak KKM melalui pemantauan yang dilakukan mendapati gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat daripada 637 kes pada tahun 2013 kepada 1,603 kes pada tahun 2016.
Kesan daripada penolakan tersebut, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak sekali!
Dalam masa yang sama, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak, contohnya kes penyakit demam campak, daripada 195 kes pada tahun 2013 kepada 1,934 kes pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 891.8% bagi tempoh 5 tahun! Dalam jumlah tersebut, kes demam campak yang tiada imunisasi meningkat daripada 125 kes pada tahun 2013 kepada 1,467 kes pada tahun 2018.
Begitu juga menurut Kementerian Kesihatan, pada tahun 2018, terdapat enam rekod kematian demam campak di mana semuanya akibat tiada imunisasi, lima kes kematian berpunca daripada difteria dan empar daripadanya akibat tiada imunisasi, manakala 22 kematian akibat batuk kokol, di mana 19 kes daripadanya akibat tiada imunisasi.
Bagi anda yang masih belum jelas mengenai apa itu imunisasi dan vaksin, Mufti turut menerangkannya dalam artikel tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) mendefinisikan “imunisasi” sebagai proses di mana seseorang itu dijadikan imun atau tahan penyakit berjangkit, biasanya melalui pengambilan vaksin. Vaksin merangsang sistem imun badan sendiri untuk melindungi seseorang itu daripada jangkitan berikutnya atau sebarang jenis penyakit.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.
Tiada Sumber Meragukan
Vaksin terhasil daripada pembiakan organisma hidup. Sesetengah organisma tersebut adalah penyebab penyakit berbahaya. Oleh itu, penghasilan vaksin dijalankan dalam keadaan yang dikawalselia dengan rapi. Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada peraturan kebangsaan dan antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Secara amnya, penghasilan vaksin melibatkan empat langkah asas:
Mungkin ada dalam kalangan anti-vaksin yang menganggap vaksin tidak ‘mujarab’ untuk mencegah penyakit. Tapi, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melalui vaksin:
Selain itu, pengambilan vaksin juga dapat melindungi kita serta orang lain dalam masyarakat (imuniti kumpulan). Apabila sebahagian besar masyarakat telah dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit cegahan vaksin, bakteria/virus penyebab penyakit tersebut sukar mencari seseorang yang boleh dijangkiti.
Dalam artikel berkenaan, Mufti juga berpesan kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam tidak sepatutnya menolak vaksin.
Memandang kajian mengenai vaksin sudah menempuh ratusan eksperimen dan puluhan tahun pengalaman, sehingga menghasilkan penawar dan pencegahan antara yang terbaik dalam sejarah perubatan manusia, maka tidak sepatutnya kita sebagai orang Islam menolak pemberian vaksin ini atas alasan yang tidak kukuh sehingga menyebabkan kerosakan dan penyakit kembali merebak dalam masyarakat kita.
“Jaga diri sendiri dulu, baru boleh jaga bayi dengan baik.”
Itulah nasihat jujur dan penuh kasih sayang yang dikongsikan oleh selebriti dan ibu kepada dua cahaya mata, Nina Ismail Sabri, buat semua mama yang sedang melalui fasa berpantang dan menyusu bayi.
Dalam satu perkongsian di platform Threads, Nina membuka cerita tentang kelahiran anaknya, Jeanelle. Bukan pengalaman yang mudah beliau melalui proses bersalin yang panjang sebelum akhirnya perlu menjalani pembedahan kecemasan.
“She came out late evening. I had nothing to give, susu tak keluar & I was dead tired.”
Malam pertama selepas bersalin, Nina berhadapan dengan keadaan badan terlalu letih, susu belum keluar, dan bayi perlukan susu. Dalam keletihan yang amat sangat, beliau membuat keputusan untuk meminta jururawat memberi susu formula (FM) kepada anaknya.
“I told the nurse please bagi FM & don’t disturb me coz I wanna sleep. So I signed some form, and they gave her FM using a cup. I slept the whole night.”
Keputusan itu bukan mudah. Namun ia perlu demi memastikan dirinya mendapat rehat yang cukup kerana Nina tahu, untuk menjaga anak, ibu juga perlu dijaga terlebih dahulu.
Apa yang mengejutkan dan menggembirakan, keesokan paginya badan Nina mula menghasilkan kolostrum, susu awal yang sangat penting untuk bayi.
“I believe because I had enough rest & sleep. You gotta take care of urself too in order to take care of ur baby ok.”
Perkongsian Nina ini nyata memberi kelegaan kepada ramai ibu yang sering rasa bersalah jika tidak dapat menyusukan bayi sejak hari pertama.
Realitinya, tidak semua ibu terus dapat menyusu dengan lancar. Tubuh memerlukan masa untuk pulih, dan tekanan hanya akan melambatkan proses tersebut.
Nina membuktikan bahawa tiada salahnya untuk minta bantuan. Susu formula bukan musuh, dan memberi anak FM sementara badan ibu pulih bukan bermakna ibu gagal.
Di Pa&Ma, kami percaya perkongsian ikhlas seperti Nina ini sangat penting untuk membuka mata masyarakat bahawa tiada satu pun ‘cara paling sempurna’ menjadi ibu. Yang paling utama ialah bayi cukup makan, dijaga dengan kasih sayang, dan ibu pula tidak terbeban.
💗 Rehat itu perlu. 💗 Ibu juga manusia, bukan robot. 💗 Asalkan bayi cukup makan dan ibu cukup tenang itu sudah memadai.
Buat semua mama di luar sana jangan takut untuk minta bantuan. Jangan malu untuk berehat. Dan jangan pernah rasa diri kurang baik hanya kerana anda memilih untuk jaga diri sendiri terlebih dahulu.
Kerana bila ibu tenang, anak pun akan membesar dalam suasana yang penuh kasih dan ketenangan. 🌷
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.