Semestinya ibu-ibu ada pengalaman ni kan? Anak nak tidur, mesti nak kita ada sebelahnya. Selain tu ada juga yang perlu bantal busuk, kain, hisap jari, gentel baju, gosok telinga dan macam-macam lagi.

Istimewanya juga anak kita ni, bukan itu saja yang boleh buat mereka lena, ada juga nak pegang telinga ibu, pegang jari, main rambut dan sebagainya sebagai ubat penenang sebelum lena dibuai mimpi

Disebabkan ini, ada sesetengah ibu rasa rimas tapi momen inilah yang buatkan si anak lebih rapat. Jangan risau, anak-anak bila mereka besar, secara automatiknya tabiat ini mereka tinggalkan.

ARTIKEL MENARIK [Masak Nasi Cepat Basi, Dalam Rumah Tak Selesa & Anak Kerap Menangis, Bacalah Ayat 9 Surah Yasin]

Tunggulah bila mereka besar, apabila anda ceritakan tabiat masa kecilnya pasti mereka tersenyum malu.

Nak tahu bahagian anggota badan ibu yang anak suka-suka, di sini ada beberapa contoh.

Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari, Telinga, Rambut Ibu. Itu Ibarat Penenangnya!

  1. PERUT

Bahagian ini paling disukai anak lelaki, tidak kira ketika hendak tidur atau menyusu. Kalau hendak tidur dia mesti mahu pegang, picit dan tepuk perut kita hingga lena.

IKLAN

Ada juga anak yang suka pegang perut kerana suka-suka. Sedang sibuk main, dia akan lari sekejap mencari perut si ibu. Kalau dapat picit sekejap pun jadilah.

Dia biasanya akan beri pujian supaya diberikan peluang pegang perut kita. “Perut mama geramlah, nak cubit” atau “Perut mama besar best-lah, nanti makan banyak lagi!”

Nampak mesra hubungan anak dan ibu. Tetapi hati-hati jangan dibiasakan sangat, nanti ke mana-mana pun mahu pegang perut saja. Nanti, susah hendak kawal tabiat tu. Jangan sampai depan tetamu pun anak lari dan tarik baju kerana mahu cari perut.

  1. SIKU

Orang kata bahagian ini lebih disukai anak nombor tiga? Betul ke?

Anak kita bukan setakat gentel siku, kadang-kadang dikoreknya siku sampai merah dan sakit. Kalau dilarang menggentel, digentelnya siku adik beradik pula! Apabila adik beradik pula menolak, gentel siku sendirilah jawabnya.

IKLAN

Ibu bapa dengan anak yang sukakan siku tidak perlu risau apabila terpaksa meninggalkan anak dengan orang lain. Jenis ini senang fijaga, kalau hendak tidur boleh pinjam mana-mana siku berhampiran! Tapi pastikan siku tidak sekeras tapak kaki, nanti anak reject!

  1. DAGU

Kalau perasan, anak kita biasa sukakan dagu si ayah yang berjanggut. Bukan setakat gentel, dipusing-pusing dan ditariknya sampai ayah menjerit.

Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari, Telinga, Rambut Ibu. Itu Ibarat Penenangnya!

  1. TELINGA

Mungkin disebabkan bahagian ini lembut tidak bertulang dan sejuk, anak tertarik menggentel telinga. Anak biasanya akan gentel telinga sendiri sama ada ketika menyusu atau duduk sendirian hingga tertidur.

Melihat anak gentel telinga sudah pasti satu cabar bagi ibu yang kaki geli. Jadi, kenalah tahan geli hingga anak tidur! Tabiat ini bagaimanapun akan hilang apabila usia anak bertambah! Ketika itu, anak akan cari bahagian lain pula untuk digentelkan.

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK [Anggaplah Anak Tak Duduk Diam Rezeki Ibu Ayah. Maksudnya Otak & Badan Anak Sihat!]

  1. JARI

Bahagian ini paling popular. Mungkin agak normal kerana rata-rata anak suka pegang jari ibunya atau hisap jari sendiri.

Ada kes tertentu, anak suka menggentel celahan jari atau kulit hingga sampai kemerah-merahan. Malah, ada anak suka bermain dengan ibu jari, dan kalau terlampau geram, terus saja digigitnya

6. RAMBUT

Anak yang suka mengusap rambut ibu, terutama ketika tidur memang nampak comel dan romantik. Selain usap rambut, mereka juga suka kalau rambut itu dilayurkan ke wajah mereka. Cara ini boleh membuatkan dia tidur lebih mudah.

Sumber: bumbumcak

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI