Sesi persekolahan yang bermula hari ini membuatkan mak ayah mula kelam kabut mempersiapkan anak-anak seawal pagi. Walau dalam memikirkan pelbagai risiko, namun dengan niat yang satu demi perkembangan dan pendidikan anak kecil kita, semuanya menjadi satu harapan dan doa dari mak ayah.
Selebriti tanah air juga tidak terkecuali berdepan hal yang sama, rasa sedih campur berdebar namun gembira melihat anak yang kini sudah semakin membesar dan pandai berdikari.
Melewati Instagram hari ini, beberapa selebriti turut sama berkongsi perasaan mereka ketika menghantar anak ke sekolah. Jom intai apa kata mereka.
Alif Satar
Penyanyi, pengacara dan pelakon, Alif Satar mengakui sebak dan begitu emosi ketika menghantar anaknya ke sekolah pagi tadi.
Namun dalam rasa tidak keruan, Alif turut mendoakan perjalanan anaknya dan semua dipermudahkan.
Faezah Elai
Lain pula kisahnya dengan Faezah Elai yang bertungkus lumus seawal pagi demi mempersiapkan yang terbaik buat dua anaknya ke sekolah. Pengorbanan seorang ibu.
Tomok
Doa seorang bapa! Tomok juga tidak ketinggalan berkongsi sekeping gambar dua anaknya, Arrian dan Andra yang tampil segak sebelum ke sekolah pagi tadi.
“Semoga segalanya di permudahkan buat anak anak ayah dan ibu…amin,” katanya berkongsi.
Diana Amir “Semoga dalam peliharaan Allah selalu, Khawlah Al Azwar.” Begitu kongsi ibu kepada tiga orang cahaya mata, Diana Amir ketika berkongsi kisah anak sulungnya yang kini sudah pun bersekolah.
Jelas tergambar wajah penuh semangat dan ceria Khawlah hendak ke sekolah. Comel!
Liza Hanim
Anak keempat pasangan selebriti Liza Hanim dan suaminya, Shah Indigo juga kini sudah melangkah ke Darjah 1. Hampir tidak percaya bila mana anaknya, Mohamed Ibrahim kini sudah pun melangkah ke persekolahan sebenar.
Siap tak pandang mama kata Liza Hanim di Instagramnya. Comel!
Bermacam gaya dan gelagat anak-anak selebriti kita ke sekolah. Namun semuanya sudah pastinya diiringi dengan doa yang tak pernah padam dari ibu dan ayah. Semoga yang terbaik buat semua.
Selamat bersekolah anak anak 2015! Semoga menjadi insan yang cemerlang dalam pelajaran, berbakti kepada ibu bapa keluarga dan masyarakat, beriman dan berjaya dunia akhirat!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Mia Ahmad terharu selepas mendapat kejutan Hari Ibu daripada suami, Mohd Izham Tarmizi, pemain bola sepak terkenal.
Menurutnya, Dia sama sekali tidak terlintas dan terfikir untuk menerima apa-apa hadiah di hari istimewa ini.
“Tak expect pun apa apa for mother’s day ni.”
Kata Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 34, kalau dahulu tak buat sambutan hari penting memang boleh merajuk tetapi sekarang dia lebih matang.
“Dulu ya, tak celebrate hari penting memang kita merajukkk apa punya perangai la.Banyak tepengaruh dengan fairy tale!”
Menerusi hantaran tersebut, Mia memuat naik video suaminya sedang membawa hadiah, bunga serta kek sambutan Hari Ibu.
Tambah pelakon drama Hati Perempuan itu, baginya kasih sayang bukan tentang kebendaan tetapi kalau niat nak gembirakan pasangan tak ada salahnya.
“Kasih sayang tu bukan terukur dari berapa banyak celebration dan gift yang kita dapat, tapi tak salah pun kalau niat nak buat pasangan happy.”
Mia sempat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu hebat di seluruh dunia dan dia turut mengucapkan terima kasih buat suami tercinta.
“To all the great mothers all over the world… HAPPY MOTHER’S DAY!”
“Thank you imamku. Bila tak expect tapi orang celebrate menitik air mata kita.. Emo pula”
Sebagai info, Mia mendirikan rumah tangga bersama Izham pada 13 Januari 2017.
Pasangan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata, Safy Issa, 4, dan Iris kini berusia dua tahun.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berdasarkan data dari Numbeo.com, Malaysia masih lagi dikategorikan sebagai antara negara yang memiliki kos sara hidup terendah di dunia. Jika anda tinggal di ibu negara Kuala Lumpur, kos sara hidup di sini berada pada ranking ke-222 daripada keseluruhan 354 buah bandar dalam indeks Numbeo.com.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berkeluarga ramai, semestinya kos yang diperlukan akan menjadi lebih besar. Tambahan lagi, jika seseorang individu tersebut memiliki pendapatan yang tidak seberapa setiap bulan. Secara realitinya, kos bagi membesarkan seorang anak di Malaysia bukanlah satu kos yang kecil.
Kami kongsikan di bawah ini berkenaan dapatan kajian anggaran kos membesarkan seorang anak di Malaysia daripada bermulanya fasa kehamilan sehinggalah anak tersebut mencapai umur sekurang-kurangnya 23 tahun.
Jika anda melihat kepada infografik di atas, kami telah memberikan anggaran jumlah terendah keseluruhan kos yang diperlukan untuk anda membesarkan seorang anak. Kami memberikan dua pilihan anggaran kos, sama ada anda memilih untuk menggunakan kemudahan kerajaan yang bersubsidi atau memilih menggunakan perkhidmatan swasta.
Kehamilan dan keperluan bayi
Kos kehamilan yang diperlukan antara kedua-dua fasiliti kerajaan dan swasta sememangnya mempunyai perbezaan yang agak besar. Jika anda mendaftarkan diri di klinik atau hospital kerajaan, anda hanya memerlukan kos sekitar RM200 hingga RM300 sahaja termasuklah caj wad harian. Manakala bagi hospital atau pusat perubatan swasta, anda boleh mendapatkan perkhidmatan serendah RM4,000 sehingga RM20,000 bergantung kepada jenis hospital dan pilihan pakej anda.
Umum mengetahui, bermula 1 Januari 2020, kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi bayi dalam kereta bagi meminimumkan kadar kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak akibat impak kemalangan. Oleh itu, kami telah memasukkan harga kerusi bayi ini sebagai antara kos wajib yang perlu dibelanjakan oleh golongan ibu bapa atau penjaga untuk anak-anak mereka. RM150 adalah anggaran terendah yang kami berikan kerana kami tidak mahu mencadangkan kerusi bayi yang lebih murah daripada harga tersebut. Soal keselamatan kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi! Kerusi bayi yang terlalu murah belum tentu selamat digunakan.
Kos persekolahan kanak-kanak
Bagi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah milik kerajaan, yuran yang dikenakan untuk tempoh setahun pembelajaran boleh dikatakan agak rendah. Walau bagaimanapun, kos bagi mempersiapkan anak ke sekolah seperti alat tulis, buku-buku, uniform sekolah, dan belanja harian, perlu diambil kira. Manakala bagi sekolah-sekolah milikan swasta sama ada sekolah rendah atau menengah, kos tahunan akan meningkat sekali ganda daripada kos keseluruhan tahunan sekolah kerajaan. Ini kerana, anda perlu membuat pembayaran kos operasi sekolah tersebut dan pelbagai jenis yuran-yuran lain yang tidak terdapat di sekolah kerajaan.
Pembiayaan ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi
Bagi anak-anak yang memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat asasi Universiti Awam atau matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kos tahunan juga boleh dikatakan agak rendah kecuali kos pendaftaran pengajian. Ini kerana yuran pengajian telah diberikan subsidi dan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM350 bagi yuran pengajian dan RM360 bagi yuran penginapan setiap semester. Pelajar yang mendaftar di asasi
Universiti Awam juga akan diberikan elaun sebanyak RM1,250 setiap semester bagi mereka yang layak. Antara Universiti Awam yang menawarkan program asasi ini ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Jika anda memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta atau IPTS sebagai destinasi pengajian tinggi pertama untuk anak anda, kos tahunan yang diperlukan adalah sebanyak tiga kali ganda daripada kos pengajian di Pusat Asasi Universiti Awam atau Kolej Matrikulasi KPM.
Bagi pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, kos yang diperlukan bagi pengajian di Universiti Awam adalah sekitar RM20,400 bagi tempoh setahun. Ini bergantung kepada yuran pengajian setiap semester sama ada kurang atau lebih daripada jumlah RM1,000 bagi setiap semester. Manakala bagi IPTS, ia bergantung kepada jenis IPTS itu sendiri. Bagi IPTS yang berstatus tinggi dan lebih berprestij seperti Taylor’s University atau INTI University, kosnya adalah lebih tinggi berbanding universiti atau kolej universiti swasta biasa. Jika anak anda mendaftarkan diri ke universiti-universiti luar negara yang mempunyai kampus cawangan di Malaysia, kosnya akan menjadi lebih tinggi. Bagi mereka yang mungkin masih tidak tahu, Malaysia merupakan rumah kepada beberapa kampus cawangan universiti luar negara yang ternama. Antaranya termasuklah University of Reading dan Newcastle University (UK) di Johor Bahru, Heriot Watt University (UK) di Putrajaya, Monash University (Australia) di Subang, University of Nottingham (UK) di Semenyih dan Xiamen University (China) di Sepang.
Cadangan bagi mereka yang ingin mengurangkan kos
Terdapat beberapa perkara yang mungkin anda boleh ikuti bagi mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung dalam membesarkan anak anda. Antaranya adalah:
Bagi kelengkapan bayi seperti baby walker dan buaian, anda mungkin boleh mendapatkannya melalui pembelian secara second-hand atau meminjamnya daripada saudara mara anda sendiri
Bagi mereka yang tinggal di kawasan Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), anda boleh menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma yang disediakan oleh DBKL
Selain itu, bagi anak-anak yang kerap menggunakan perkhidmatan LRT, MRT atau mana-mana kemudahan pengangkutan awam yang diselia oleh RapidKL, anda boleh memohon Pas Pelajar untuk kegunaan anak anda
Bagi anak anda yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, pilihlah pusat pengajian yang menyediakan kemudahan biasiswa dan pinjaman pelajaran seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)
Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar, kos yang diperlukan sememangnya lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar. Namun, kerajaan juga menyediakan beberapa inisiatif tertentu terutamanya kepada golongan bersasar seperti B40 dan M40 bagi mengurangkan beban tanggungan menyara keluarga. Gunakan kesempatan ini secara maksimum kerana kemudahan dan inisiatif yang diberikan ini sememangnya untuk kesejahteraan rakyat.
Berapa ramai pasangan yang menjalani kehidupan berumahtangga yang muram dan suram. Dia bangun tidur, aku pun bangun tidur juga. Anak-anak pun turut sama bangun tidur. Aku makan, dia pun makan, anak-anak pun sama makan juga.
Dia keluar bekerja, aku pun ada kerja juga. Anak-anak pun kerjanya di sekolah. Begitulah rutin hidup yang membosankan. Semua ini gara-gara takut dan ‘lari’ daripada MENGHADAPI PERBEZAAN!
Inilah realiti rumahtangga pada hari ini. Bersuara, bergaduh. Bila diam, memendam rasa dan dendam. Apabila diperhalusi secara tulus dan telus, masalahnya bukan perbezaan pendekatan lagi, tetapi kerana telah merebak kepada perbezaan KEYAKINAN!
Percayalah, jika hanya berbeza cara, mudah dibawa bincang, boleh dirungkai dan mudah memaafkan lalu boleh dilupakan.
Tetapi jika yang berbeza itu HATI, maka sukarlah untuk didamaikan kerana ia sudah meretakkan cinta. Untuk sama-sama mencinta, tidak cukup dengan hidup bersama kerana, ‘MARRIAGE IS LOVING TOGETHER, NOT JUST LIVING TOGETHER”.
Tip untuk kekal bahagia suami isteri: Selalu buat pasangan rasa dihargai. Kata-kata seperti
“terima kasih” “saya minta maaf” “saya sayang awak”
Jangan pernah lupa untuk diucapkan, kalau boleh setiap hari. Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu.
Tapi percayalah kata-kata keramat ni sangat bernilai untuk mengharmonikan dan membahagiakan, in shaa Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.