Kehamilan

“Sebelum Ni Fobia Nak Tengok UPT.” Air Mata Gembira Isteri Selepas 9 Tahun Tunggu

Share

Penantian selama 9 tahun untuk menimang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga berakhir dengan air mata kegembiraan buat seorang isteri selepas melihat sendiri alat ujian kehamilan (UPT) yang menunjukkan dua garis.

Ucapan syukur dan air mata saat mendapat perkhabaran gembira ini benar-benar membuatkan sesiapa yang melihat video ini mengalir air mata.

Menerusi Instagram Dr Thokha, beliau berkongsi momen-momen indah pasangan suami isteri ini yang dah lama mengimpikan anak sejak di awal perkahwinan.

Namun, selepas hampir 10 tahun baru dikhabarkan dengan kehadiran zuriat sebagai penghuni pertama rahim si isteri.

 Takut untuk tengok keputusan UPT

Paling sebak apabila si isteri seolah takut untuk melihat UPT itu kerana sebelum ini, tiap kali lambat datang bulan, bila buat pemeriksaan, hanya menunjukkan satu garis saja.

Bagaimanapun, Dr Thokha tetap meminta si isteri untuk melihatnya sambil memberitahu apa saja keputusan yang ditunjukkan pada UPT terimalah dengan reda. Seolah mimpi jadi kenyataan, akhirnya berita ditunggu selama ini dimakbulkan Allah.

Sebak saat melihat suami memeluk erat isterinya sambil menangis bersama. Mereka tidak meletakkan harapan tinggi pun sebelum ini. Cuma sebagai ikhtiar terakhir jika diizinkan Allah. Bukan itu je, Dr Thokha pun turut sebak melihat reaksi suami isteri ini.

Masih ada peluang hamil

Menurut Dr Thokha lagi, melalui rawatan yang dilakukannya, masih ada 16 telur lagi yang sihat. Jika ada rezeki pasangan suami isteri masih berpeluang lagi untuk tambah zuriat.

Kadang kita tak sangka, di awal Allah uji, tapi pengakhirannya tetap ada rezeki yang tak dijangka. Percayalah Allah uji hamba-Nya sebab dia tahu kita boleh hadapi biarpun diri rasa tak mampu.

Semoga perjalanan kehamilan ibu dipermudahkan sehingga hari kelahiran dan bayi dalam kandungan dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Amin..

Kredit: Dr Thokha

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN