Bagi pasangan suami isteri pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga. Namun tidak semuanya diberi rezeki awal. Ada yang menunggu beberapa tahun sebelum hadirnya zuriat.

Seperti perkongsian suami isteri ini yang juga dianggap cat parents di Facebook, penantian selama 8 tahun berakhir dengan kehadiran anak. Mereka sangat bersyukur dan berterima kasih kerana doa dari orang ramai juga salah satu asbabnya.

Penantian 8 tahun berakhir

MenerusiFacebook dikenali sebagai Mawar Merah, dia menjelaskan bahawa setelah 8 tahun penantian akhirnya mereka dikurniakan cahaya mata.

Kongsinya, sebelum ini dia pernah membuat satu posting meminta doa rakan-rakan Facebook untuk mereka dikurniakan anak. Posting itu mendapat 11,000 tanda likes dan 1,000 komen daripada warganet yang mendoakan agar mereka diberi peluang untuk dikurniakan anak.

Sebelum Ni Gambar Raya Dengan Kucing. Berkat Doa, Berakhir Penantian 8 Tahun

Masih ingat tak posting saya tahun lepas? Alhamdulillah berkat 11k doa kawan-kawan, tahun ni Allah beri kami rezeki yang lama kami nantikan. Berakhir sudah penantian 8 tahun kami, saya doakan pada cat parents yang masih menanti cahaya mata ada rezeki tak lama lagi.

IKLAN

Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu ada segelintir individu yang gelak apabila melihat mereka melakukan sesi bergambar bersama si bulus. Namun, sebenarnya, pasangan suami isteri ini menganggap kucing tercinta seperti anak sendiri.

Sebelum Ni Gambar Raya Dengan Kucing. Berkat Doa, Berakhir Penantian 8 Tahun

Orang tengok kami photoshoot bawak kucing orang gelak kan. Kalau lah orang faham kami dah anggap kucing-kucing kami macam anak sendiri mesti orang tak gelak kan kami. Doakan kami dikurniakan zuriat tak lama lagi. 7 tahun dah tunggu.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respon daripada warganet dan masing-masing mengucapkan tahniah kerana impian untuk memeluk anak sendiri dimakbulkan oleh Allah SWT.

IKLAN

“Tahniah saya ucapkan..Orang yang tak lalui memang tak kan faham.. Gelak kan kita bila kita anggap kucing seperti anak sendiri. Saya baru kehilangan kesayangan saya. Tuhan je yang tau sedih.. Rindukan dia… Ada gak yang gelak jaga hati bila tengok mata saya bengkak.. Nangis siang malam. Mereka belum laluinya.. Biarkan.”

“Alhamdullilah.. Tahniah ya Mawar Merah .. Sesungguh dalam rezeki si bulus ada rezeki kita… Hanya cepat dan lambat… Allah nak menguji hambanya… Semoga semuanya dilindungi Allah swt.. Aamin”

“Tahniah.. berkat kesabaran yang mahal. Semoga terus bercinta sampai syurga. Kekal bahagia sampai akhir hayat.”

IKLAN

Kredit: FB Mawar Merah

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Sebelum Ni Gambar Raya Dengan Kucing. Berkat Doa, Berakhir Penantian 8 Tahun

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI