“Sebelum Selamat Dilahirkan, 3 Kali Isteri Saya Bleeding.” Suami Kongsi Pengorbanan Ummi Lahirkan Ayra

Share

Betullah orang kata, perjuangan seorang ibu yang mengandung dan melahirkan anak bukan suatu perkara yang mudah. Besar sangat pengorbanannya untuk memastikan zuriat yang dikandung dapat dilahirkan dengan selamat.

Walaupun ada sesetengah kes berisiko untuk wanita tersebut, namun demi untuk melihat anak dilahirkan selamat semuanya dilalui dengan cekal dan tabah.

Bagi suami pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari mengakui isterinya mengalami pendarahan sebanyak tiga kali ketika sedang hamil anak pertama mereka.

Menerusi entri di Instagram (IG), Izzar menjelaskan pengalaman yang dilaluinya itu sangat mencabar kerana risau sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya.

“Placenta previa (PP) merupakan komplikasi obstetrik dimana berlakunya pendarahan yang tak sakit/painless semasa hujung-hujung mengandung (3rd trimester) sebab placenta/uri tu terletak di bukaan serviks.

“Exact reason ia berlaku still unknown. Tapi kalau dah kena tu, redha la ye. Alhamdulillah, dengan teknologi ultrasound sekarang, PP dapat dikesan dari awal kandungan lagi.

“Tu pun kalau pergi regular routine checkup kat klinik. Kalau malas nak pi checkup klinik, nak kesan macam mana. Wife saya bleeding sebanyak tiga kali masa mengandung haritu.

“Ulang alik la kami ke Hospital Serdang tu. Sekali admit, stay sampai 5-6 hari. Balik rumah kena bed rest dalam bilik je. Tak boleh bergerak banyak. Mencabar gak sebab aku pun tak boleh ke mana-mana. So berkubangla wife saya dalam bilik berbulan sehingga bersalin.


“Komplikasi PP ni memang banyak. Komplikasi kepada ibu dan komplikasi kepada baby. Ada komplikasi biasa-biasa dan komplikasi yang mengancam nyawa. Masa wife saya didiagnose PP, kitorang memang risau gila wei fikir pasal komplikasi tu semua.

“In the end, we decided to proceed doing all of our followups and appointments kat Hospital Serdang. Awat pi hospital gomen je wei? Koman betui. Haa, tu next time saya cerita kenapa. Yang penting, wife saya selamat melahirkan dan baby Ayra kami selamat dilahirkan dengan sempurna sifat serta dagu terbelah macam mummy n daddy dia.

“Walaupun wife saya sebenarnya masuk emergency cesar sebab pendarahan yang teruk. Horror bro masa tu. Alhamdulillah semua selamat. and thanks isteriku kerana melalui semua dugaan ni dengan tabah dan cemerlang. Ayra n I love you,” tulisnya.

Ummi dan Izzar telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah, yang dilahirkan pada 22 Ogos lalu.

 

IKLAN