Hari ini impian mak ayah sangat tinggi pada anak-anak. Disebabkan hal ini juga anak-anak seawal usia 4 dan 5 tahun dah mula rasa tekanan. Mereka seolah-olah dah tak ada kebebasan kerana di paksa untuk belajar dan menjadi pandai.
Mungkin zaman dulu anak-anak kecil di usia begini seronok main kejar-kejar dan berada dalam dunia imaginasi mereka. Tapi sekarang apa yang anak kita dapat? Nak salahkan siapa?
Bagaimanapun jika anak kita mampu menghadapi cabaran ini, ia di kira satu bonus. Tapi jika kanak-kanak yang perkembangannya agak lambat mesti akan sentiasa ketinggalan di belakang.
Tidak setakat itu sahaja, kebimbangan ibu bapa sekarang ini juga apabila ada tadika yang telah menetapkan standard untuk anak-anak. Tekanan demi tekanan inilah punca ibu bapa jadi ‘terpaksa’.
Ada tu yang mengharapkan anak boleh baca lancar dan pandai dalam semua aspek. Jika anak tak dapat menguasai, inilah punca ibu bapa jadi nak marah dan lama-kelamaan anak pun boleh stres.
Ads
Persoalannya, berapakah umur yang sesuai untuk mengajar anak membaca?
Berdasarkan perkongsian Afzan Maria Faizul Iqmal dalam facebooknya, dia tidak bersetuju jika kanak-kanak dah dipaksa belajar membaca sebelum usia yang sepatutnya. Kenapa? Baca selanjutnya fakta yang dikongsikannya.
Antara research yang mengatakan reading should start later. Not before 6 1/2 years old. Kajian ini pada tahun 1931. Kita hari ini, tahun 2017. Tang mana yang kita ketinggalan tu?
Ads
Makin melampau pula bila anak 4 tahun dah expect boleh baca! Dan makin melampau bila baru hantar 3 bulan, dah expect boleh membaca. No such thing as short cut in reading! Dan jika sekadar boleh baca buku sekolah sahaja, saya cadangkan anda semak jika anak anda sekadar menghafal. Ambil buku secara rawak, bolehkah mereka membaca?
Jika mereka mula menghasilkan bunyi-bunyi huruf sambil menunjuk kepada huruf atau perkataan yang betul, mereka mungkin dalam proses fonik. Tetapi jika mereka meneka-neka sambil menunjuk kepada huruf atau perkataan yang salah, mungkin kesan hafalan tadi.
Ads
Research mana ya yang kata bawah 4 tahun dah boleh membaca? (Multiple Intelligence Word Smart adalah satu kebolehan extra dan tidak sama dengan orang lain. Rata-rata memulakan proses StoryTelling supaya minat dapat dipupuk.) Cuba share sikit research tu.
(Jangan konfius dengan teknik fonik yang mengajar bunyi. Fonik tidak ada expectation pada anak untuk terus boleh membaca. Fonik mengajar anak teknik mendengar, dan mengamati setiap perkataan yang keluar dari mulut, ada bunyinya. Setiap perkataan ada beberapa gabungan bunyi. Penyediaan foundation kepada bacaan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun, sebelum kelancaran boleh di perolehi. Dan semua proses ini bergantung kepada kesediaan untuk menimba ilmu.)
#sayNOtoearlyreading
#katakanTIDAKpadabacaanawal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah, laju-laju nak ke mana? Dengan zaman yang makin mencabar, anak-anak dipaksa menjadi pintar seawal usia. Ye tak salah. Tapi jika anak hanya pintar akademik itu yang menjadi kerisauan.
Akhlak dan adab kian terhakis. Anak tak mampu kawal emosi bila marah dan cepat tantrum. Anak ada low frustration tolerance. Bila kalah main dengan kawan, cepat nak mengamuk. Bila buat aktiviti yang sedikit mencabar, cepat putus asa.
Anak-anak tak pandai share mainan, tunggu dan dengar arahan semasa dalam kumpulan. Mak, ayah, pendidik, sebelum anak-anak belajar menulis, tangan mereka kena bersedia untuk pegang pensil.
Sebelum anak-anak belajar membaca, otak mereka perlu bersedia untuk mentafsir apa yang mereka lihat. Sebelum anak-anak boleh duduk dengan baik di kerusi dan belajar di meja, “core muscle” dan otot bahu perlu kuat dan steady.
Sebelum anak-anak boleh fokus dan alert semasa belajar, keperluan sensori vestibular dan proprioceptive mereka kena cukup. Semua tu Foundation Skills. Semua tu WAJIB ada sebelum anak ke sekolah.
Apa yang mak/ ayah/ pendidik perlu fokus untuk 5 tahun pertama anak. Sistem sensori yang matang
Kawalan Emosi
Kemahiran Bersosial
Adab & akhlak
Motor kasar
Motor Halus
Komunikasi
Jadi nak tak nak, jom banyakkan aktiviti yang bergerak untuk anak. Tak rugi pun tapi lagi berbaloi-baloi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melatih anak memakai dan menanggalkan baju sendiri bukanlah mudah. Ada anak mula rasa rendah diri bila tidak dapat menyarung baju sendiri. Satu tanggungjawab besar buat dirinya. Sudahnya bila gagal, anak mula malas untuk mencuba.
Berilah galakan untuk anak agar dia rasa bertanggungjawab mengenakan baju di badan sendiri tanda sudah pandai berdikari.
Keseronokan anak dapat membuat pilihan tentang apa yang ingin dipakai, sudah tentu menambahkan keinginan mereka untuk bersiap sendiri. Setiap kali anak ingin bersiap, pastinya mereka akan banyak bertanya mengenai baju warna apa, corak yang bagaimana dan sebagainya.
Mengajar anak berdikari untuk bersiap dan memakai baju sendiri sebenarnya membolehkan perkembangan 5 kemahiran dalam diri mereka, seperti:
* Kemahiran motor halus – pakai zip seluar dan tali kasut
* Kemahiran motor kasar – menyeimbangkan diri pada satu kaki untuk memakai stoking
* Kemahiran kognitif – apabila mengingati susunan pakaian yang perlu dipakai dan kesabaran untuk keseluruhan proses
* Kemahiran bahasa, apabila mempelajari nama-nama untuk pakaian yang berlainan
* Deria berkaitan masa dan acara -apabila mereka mengetahui jenis pakaian sesuai mengikut cuaca dan acara/program
Kemahiran berpakaian mengikut usia
Jadi bila masa sesuai untuk ajar anak bersiap dan pandai pakai baju sendiri
Usia 1 tahun
– Anak akan belajar mengangkat tangan untuk melalui lengan baju dan kaki untuk memakai kasut.
– Si kecil boleh menarik stoking ke atas dan memakai kasut.
– Si kecil boleh menolak tangannya untuk masuk ke bahagian lengan baju serta kaki ketika memakai seluar.
Usia 2 tahun
– Anak anda mungkin sudah mampu untuk membuka zip baju sejuk.
– Si kecil boleh menolak seluarnya ke bawah atau membuka seluar sendiri.
– Boleh mencari lubang lengan (armholes) pada baju.
– Si manja mungkin akan cuba untuk menanggalkan stokingnya sendiri
– Memakai baju atau pakaian tanpa butang menjadi lebih mudah
– Membuka butang yang besar pada pakaian juga semakin mudah dilakukan
Usia 3 tahun
– Anak anda sudah boleh memakai baju sendiri dengan sedikit bantuan
– Si kecil sudah boleh memakai kasut sendiri. Tetapi mungkin pada kaki yang salah!
– Sudah boleh menyarung stoking sendiri dengan sedikit bantuan
– Mampu menanggalkan pakaian dengan sendiri
– Sudah tahu menggunakan zip
– Membutangkan pakaian dengan butang besar
Usia 4 tahun
– Boleh menggunakan pengikat pada kasut atau tali pinggang
– Sudah boleh menggunakan zip
– Menyarung stoking tanpa sebarang bantuan
– Si kecil sudah boleh memakai kasut sendiri tetapi mungkin dengan sedikit bantuan
– Anak anda mampu membezakan depan dan belakang bagi sesuatu pakaian
– Memerlukan sedikit bantuan ketika memakai seluar
Usia 5 tahun
– Si manja sudah mampu bersiap tanpa sebarang bantuan atau pantauan
– Memakai pakaian dengan cara yang betul anak memakai baju sendiri
– Tip mengajar anak memakai baju sendiri
– Terdapat beberapa cara untuk mengajar anak berdikari untuk berpakaian.
Berikut adalah 7 langkah yang perlu dicuba oleh setiap ibu bapa.
Seluar sarung dan pinggang getah
Pilihlah seluar jenis sarung dan menggunakan pinggang getah. Ini membolehkan si kecil belajar untuk menanggalkan seluar apabila perlu. Anda boleh menukar jenis seluar apabila si kecil semakin mahir dalam memakai seluarnya.
Duduk ketika bersiap
Minta si kecil untuk duduk ketika memakai seluar atau menyarung stoking. Ini membolehkan mereka fokus tentang apa yang dilakukan dan menghindari ketidakseimbangan diri.
Menolak tangan sendiri
Jika dahulu anda akan membantu menyarungkan lengan baju, jadi ajarkan anak berdikari dengan menolak tangannya sendiri untuk menyarung lengan baju tersebut. Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan diri si manja.
Butang baju sendiri
Bab ini mungkin sukar dan lebih mencabar kesabaran anda. Tetapi yakinlah ia sesuatu yang berbaloi. Galakkan si kecil untuk mencuba membutangkan bajunya sendiri. Silap? Tidak mengapa, janganlah memarahi mereka, okay? Nanti tantrum pula si kecil.
Pemilihan pakaian
Pada permulaan untuk mengajar anak memakai baju sendiri, anda boleh membantu menghindari kekeliruan mereka dengan menyusun siap pakaian yang perlu dipakai.
Anda mungkin boleh mengatur pakaian mengikut susunan hari dalam almari untuk dipakai mereka kelak.
Mengenal depan dan belakang
Ajari si kecil untuk mengenal yang mana 1 bahagian depan dan belakang pakaian. Tunjukkan mereka tag pakaian yang selalu berada di belakang atau butang yang sentiasa di bahagian depan.
Kasut yang mudah
Memakai kasut adalah antara aspek penting dalam mengajar anak berdikari ketika bersiap. Mulakan dengan kasut yang mudah dipakai seperti kasut sarung. Anda boleh tunjukkan si kecil bagaimana anda memakai kasut dan menggalakkan si kecil mencuba sendiri.
Sentiasa beri galakan
Dalam usaha mengajar anak memakai baju sendiri, ia sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Ia bukanlah semudah untuk ajar anak memakai baju sendiri, ajar hari ini dan esok mereka akan pandai.
Jadi ibu bapa sekalian harus lebih bersabar dan jangan mudah naik angin.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah jika anak usia 2 tahun ke atas suka explore, melompat tu bagus. Cuma anda perlu tahu cara yang betul untuk rangsang perkembangan anak tanpa mengehadkannya. Tak semestinya anak tak duduk diam itu hiperaktif ya!
Sebab itu, menurut Terapis Cara Kerja, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, kemahiran melompat merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Pada usia 2 tahun, kanak-kanak akan boleh mula melompat (kaki terangkat dari lantai, bukan hanya “bounce” tanpa mengangkat kaki).
Kanak-kanak yang lambat menguasai kemahiran melompat, biasanya akan turut berisiko mempunyai kelewatan dalam perkembangan lain termasuk kemahiran motor halus dan kemahiran berkomunikasi.
KEBAIKAN MELOMPAT ATAS TRAMPOLINE
Stimulasi Sensori Vestibular & Proprioception
Bila anak-anak melompat di atas trampoline, daya lonjakan dari trampoline yang anjal akan menyebabkan berlaku tekanan (pressure) pada bahagian sendi-sendi utama kaki dan tulang belakang semasa anak-anak ‘mendarat’ di atas trampoline. Ini adalah stimulasi proprioception. Manakala semasa anak-anak melonjak, daya tujahan yang diberikan oleh keanjalan trampoline akan menyebabkan anak-anak melompat lebih tinggi dan perlu mengawal keseimbangan tubuh dari terjatuh. Ini adalah stimulasi vestibular.
Kredit: Shutterstock
Kesedaran Bahagian Tubuh
Stimulasi proprioception yang berlaku semasa anak-anak melonjak di atas trampoline akan membantu mereka untuk mengenalpasti bahagian tubuh dengan lebih baik. Input sensori yang lebih baik dapat disampaikan kepada tubuh badan. Ini akan membantu anak-anak untuk lebih sedar akan pergerakan tulanh belakang dan sendi utama kaki. Kesedaran ini akan membantu anak-anak untuk kurang hiperaktif, menguatkan ‘core muscles’ serta membantu meningkatkan ‘alertness’ pada persekitarannya.
Mempunyai Kekuatan ‘Core Muscles’ Yang Baik
Ini akan membantu anak-anak untuk mempunyai ‘endurance’ yang lebih panjang kepada aktiviti statik. Aktiviti statik seperti belajar sambil duduk di atas kerusi akan lebih mudah dilakukan bila ‘core muscles’ anak-anak lebih kuat.
Fokus Dan Koordinasi Visual
Apabila anak melompat di atas trampoline sambil memandang anda, atau membaling bola pada target sambil melompat di atas trampoline, atau memandang pada satu poin di dinding, ini akan membantu fokus dan koordinasi visual anak-anak. Perkara ini adalah amat penting bagi membantu anak-anak mempunyai fungsi tubub yang lebih bersedia untuk belajar perkara yang berkaitan dengan visual motor-perseptual seperti MEMBACA dan MENULIS.
Mengurangkan Hiperaktif
Melompat di atas trampoline adalah antara ‘diet sensori’ yang biasa akan diberikan oleh terapis bagi anak-anak yang hiperaktif. Memberikan waktu untuk anak-anak melompat sepuasnya, akan mengurangkan keinginan dan tenaga bagi anak-anak yang sentiasa ingin berlari, dan memanjat ke sana ke mari.
Meningkatkan Kemahiran Memahami Arahan
Melakukan aktiviti melompat di atas trampoline sambil mengajak anak bermain permainan “jump, jump, jump, jump, stop!” akan membantu anak-anak yang sukar mengikut arahan, hiperaktif dan suka melakukan kerja dengan cepat-cepat sehingga kelihatan ‘clumsy’. Ajarkan anak untuk lompat semasa anda sedang menyebut “jump, jump, jump”. Dan minta anak anda berhenti bila anda sebut “stop!”. Jika anak anda sukar mengikut arahan pada awalnya, gunakan bantuan fizikal atau modelkan pada anak anda untuk membantunya faham permainan ini.
Stimulasi Komunikasi Sambil Melompat
Melihat anak-anak yang sentiasa berkembang secara holistik, tidak salah jika anda mahu membantu kesukaran anak anda semasa melakukan aktiviti atas trampoline. Ajak anak anda mengira bilangan lompatannya, ajak anak anda menyebut “jump, jump, stop” bersama semasa bermain permainan “jump, jump, stop” dengannya, pastikan anak anda faham maksud naik dan turun, ajak anak anda tepuk tangan sambil melompat, dan apa sahaja. Gunakan kreativiti anda! Have Fun!
Tapi, jika anak anda belum boleh melompat dengan baik, fokuskan aktiviti atas trampoline untuk membantu anak anda melompat dengan baik dahulu. Kepelbagaian aktiviti tambahan, lakukan bila anak anda sudah semakin menguasai aktiviti melompat di atas trampoline.
Tips Jika Anak Anda Takut
– Ajak anak anda main dahulu permainan kegemarannya di atas trampoline sebelum anda ajak anak anda melompat.
– Anak-anak yang sering takut, biasanya mempunyai anxiety level yang agak tinggi. Melompat di atas trampoline akan membantu meningkatkan keyakinan dirinya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.