Nampak cantik, nak cuci baju pun senang. Campak saja masuk dalam mesin basuh. Hakikatnya sabun candy viral yang cantik dan bersaiz kecil ini amat berbahaya terutama kepada anak kecil.

Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, sabun candy viral ini amat berbahaya malah beracun yang membolehkan gangguan kepada saluran pernafasan.

Ikuti perkongsian beliau.

“Anak makan apa? Makan sabun candy viral?”

Pertama kali dengar sebenarnya. Lepas buat carian Google terus keluar imej macam ni. Pergh patutlah budak sanggup makan sabun ni. Memang sebiji macam gula-gula!

Masa maknya di dapyr, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar.

Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.

Sebiji Macam Gula-Gula! Bahaya Sabun Candy Viral Pada Anak Kecil. Sila Jauhkan!

Cepat-cepat sabun dicuci dari muka dan mulut anak. Kebetulan seorang diri di rumah, semuanya kena hadap sendirian.

Berlari terus mak ni buat panggilan telefon pada suami. Syukur suami memang nak dekat sampai ke rumah.

IKLAN

Bila kami buat panggilan ke Pusat Racun Negara, kandungan sabun Candy Viral ni ialah bahan pencuci dan sabun (katerogi bahan kimi ionic and non ionic)

Yang merisaukan ialah ‘half-life’ kandungan sabun ini tak tahu berapa lama.

Maksudnya kalau anak dah termakan sabun ni, kita tak tahu sabun tu akan kekal berapa lama dalam badan anak.

Selain itu sabun ini boleh menyebabkan:
– Hakisan pada lapisan mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.

– Kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk.

– Pengsan atau hilang kesedaran.

Selama saya jadi doktor kanak-kanak, berkali-kali saya lihat anak terminum sabun pencuci tapi kali ini saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ni.

IKLAN

Sebiji Macam Gula-Gula! Bahaya Sabun Candy Viral Pada Anak Kecil. Sila Jauhkan!

Nasihat saya,

* Simpanlah sabun ini ditempat yang selamat dan jauh dari jangkauan kanak-kanak.

* Kalau anak tertelan bahan pencuci jangan paksa dia muntah.

* Kalau paksa dia muntahkan sabun tu anak boleh tersedak. Bila tersedak sabun tu boleh masuk ke paru-paru anak pula. Lagi bahaya.

* Basuh mulut anak dengan air berkali-kali.

* Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci tu.

IKLAN

* Bawa segera ke hospital.

Bantu saya sebarkan ilmu ini pada mak ayah yang lain. Kadang-kadang kita terlepas pandang isu macam ni tapi anak kita yang menjadi mangsa.

Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang

Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/

“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI