Sebijik Kakak Lara! Awal ‘Reveal’ Muka Baby Baru, Comel Sangat-Sangat

Share

Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari telah mendedahkan wajah puteri keduanya secara EXCLUSIVE dalam episod istimewa rancangan SCHAWAL BABY BOOM di Astro Ria/Ria HD. Puteri keduanya selamat dilahirkan pada 12 Februari yang lalu di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Baca: “Susah Tak Ada Gajet” Akhirnya Dr Halina Bagi Gajet Pada Anak, Tapi Kena Sign Surat Perjanjian Dahulu!

Melalui perkongsian dalam episod 6 ini, tarikh lahir bagi puteri keduanya di pilih sendiri oleh Awal iaitu pada 12.2.21. Sememangnya 12.2.21 adalah tarikh yang sangat cantik dan mudah diingati.

Sewaktu kunjungan Scha dan Awal ke hospital, doktor memaklumkan bahawa Scha terpaksa bersalin secara pembedahan kerana kedudukan bayinya yang songsang. Berbaki 10 hari lagi membuatkan Awal lebih gementar dari tarikh jangkaan sebenar bersalin.

Tarikh 11.2.2021

Scha dan Awal tiba di hospital awal sehari untuk persiapan bersalin pada keesokannya.

12.2.2021

Scha dan awal sempat bermaaf-maafan sebelum ke dewan bersalin. Seawal pagi lagi Scha sudah bersiap sedia.

Menurut Scha dia sangat nervous tambahan pula teringatkan anak sulungnya, Lara di rumah.

“Terima kasih sebab 9 bulan ni you korbankan hidup you. Memang teruk sebab you alahan teruk” – Awal

Tambah Scha lagi “Awal pandai jaga Scha, banyak cool dan pregnancy yang kedua banyak mematangkan kita”

Alhamdulillah, Scha selamat melahirkan bayi seberat 3.2kg pada 12.2.2021.

Awal kelihatan sebak dan tidak dapat mengawal perasaanya. Dia berbisik kepada Scha “Anak kita baby girl”

Memang sangat comel! Sebijik muka kakaknya Lara Alanaa sewaktu bayi.

Awal masih tidak mendedahkan nama penuh puteri keduanya dan hanya gelaran baby L sahaja yang digunakan setakat ini.

Menurut awal, dia sangat bersyukur atas kelahiran puterinya yang kedua “Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.”

Baca: Bagi Bayi Tengok Cermin, Nampak Simple Tapi Bagus Untuk Stimulasi Anak

Bagi yang terlepas menonton SCHAWAL BABY BOOM 2021 boleh tonton episod ulangan pada Ahad ini, jam 12.00pm okay! Rugi tak tengok moment exclusive ini hanya di Astro Ria/Ria HD. 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN