Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mencuri tumpuan apabila tampil lebih langsing selepas melahirkan anak kedua. Perubahan itu dapat dilihat menerusi beberapa gambar terbaru dimuat naik di instagramnya pada 1 Syawal baru-baru ini.
Penampilan terbaru Siti itu sekaligus membuatkan ramai pihak khusus peminat beliau teruja dengan gayanya memandangkan penyanyi kesayangan ramai itu baru saja melahirkan anak kedua pada 17 April lalu.
Kebanyakan peminat Siti meluahkan rasa gembira dan ada yang meminta beliau berkongsi tips. Mereka beranggapan mungkin Siti bersedia untuk membuat ‘comeback’ selepas ini.
“Siti Nurhaliza is back guys, cepat dia kurus”
“Macam zaman anak dara dulu, slimnya TokTi”
Ads
“Cantiknya tokti kurus-kurus ni mesti nak buat comeback,” tulis peminatnya.
Sementara itu, Siti turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjaganya sepanjang dalam pantang serta anak lelakinya, Muhammad Afwa.
Dalam tempoh berpantang itu, Siti cukup menghargai Kak Susy dan Kak Yeni yang begitu baik sekali menjaganya selepas melahirkan Muhammad Afwa secara pembedahan sehingga kembali sihat dan bertenaga.
Alhamdullillah, service sangat baik & kak @susy.dinda.940 menjaga saya dari pantang melahirkan Aafiyah sampailah Afwa.. Dah macam keluarga kami.. inshaaallah semoga Allah SWT berkati setiap seorang dari kita semua yang sentiasa berbuat baik & mendapat pahala dibulan yang Mulia ini.
Kredit: Instagram ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap rezeki, setiap anugerah dalam hidup adalah atas ehsan Allah SWT. Itulah yang penyanyi popular, Datin Alyah pegang dalam setiap langkahnya. Tanpa perancangan, tanpa jangkaan, tetapi penuh dengan doa agar Allah berikan yang terbaik untuknya.
Dalam perkongsian ini, Datin Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 44, menjelaskan bagaimana Zara hadir dalam hidupnya bukan dari rumah kebajikan atau anak yatim, tetapi darah daging sendiri, anak saudara yang kini menjadi sebahagian dari hidup mereka.
Namun, membesarkan anak angkat bukan sekadar memenuhi kehendak hati. Ia adalah amanah besar, tanggungjawab yang perlu disertai dengan restu dan petunjuk daripada Allah.
Baca perkongsian penuh Datin Alyah tentang perjalanan indahnya bersama Zara, termasuk soal ibu susuan dan ikatan kekeluargaan yang terjalin. Semoga dapat memberi manfaat buat mereka yang sedang mempertimbangkan untuk menerima amanah seumpama ini.
Apa yg ada pada saya semuanya atas ehsan Allah swt Alhamdulillah.Tak Terfikir pon,Merancang jauh skali.Apa yg saya selalu pinta dlm doa yg terbaik dari Allah swt buat saya.sbb saya adalah hamba yg lemah lagi lugu dalam melihat masa depan saya sendiri
Kami tak ambik Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim.Jadi minta Maaf banyak mana yang Dm atau txt saya tanya kat mana saya dapat Zara dan mcm mana nak ambik anak angkat yang comel-comel
Nasihat saya tentang yg nak ambik anak angkat ni.klu bole Jgn ikut apa orang kata atau apa rasa hati yg kita nak.Sbb yg kita nak jaga ni ialah jiwa Dan nyawa,Besar tanggungjwb ni dan tak mudah.
Jadi sebelum apa apa keputusan nak dibuat mohonlah pada yg maha kuasa juga pengendali sekelian Alam ini.Dan dgn sesungguhnya dia maha mengetahui dan perancang terhebat
Zara dgn saya bukan orang lain dia adalah anak sedara saya sendiri.
Sepekara lagi kami dah susukan zara.Jadi antara zara dan tokram (nama panggilan untuk Datuk Ramli MS) mempunyai hak seperti bapak dan anak kandung.
Harap sgt lepas apa yg saya text ni dapatlah memberi jawpan kepada pihak2 yang sering Dm atau txt saya berkenaan hal ibu susu juga ya.
Terima kasih atas keperihatinan(betui kan ayat ni?)semua. Terima kasih atas doa kalian ya. Kami juga doakan yg baik baik buat kalian.
“Lepas Subuh, dia dah siap elok. Pakai baju cantik, wangi sangat… padahal nak ikut kawan gali parit je…”
Kata-kata pilu ini diluahkan oleh seorang ibu, Nazihah Mahtar, 43, yang masih sukar menerima kenyataan kehilangan anak bongsunya, Muhammad Azam Asmawei, 14 tahun, dalam satu kejadian tragis pagi Selasa lalu.
Dalam insiden kira-kira jam 11.30 pagi di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang, Azam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dihempap sebatang pokok kelapa sawit reput semasa membantu rakannya menggali parit di kawasan tali air berhampiran kebun sawit.
Menurut ibu mangsa, keluarga mereka baru sahaja berpindah ke kampung ini selepas Aidilfitri lalu, meninggalkan kehidupan lama di Port Dickson demi memulakan lembaran baharu. Namun siapa sangka, di tempat baru inilah hatinya hancur luluh buat selama-lamanya.
Malam sebelum kejadian, Nazihah mengajak anak bongsunya keluar makan di gerai. Namun Azam hanya mahu makan roti canai yang dibelikan ibunya. Pagi esoknya, dia bangun awal, bersiap kemas dan wangi seperti hendak ke majlis, bukan ke kebun.
“Dari jam 6.30 pagi dia dah tunggu kawannya datang ambil naik motor. Elok betul dia siap. Saya pelik juga, tapi dia memang anak yang suka kemas dan ringan tulang,” cerita si ibu sambil menyeka air mata.
Azam adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Menurut ibunya, dialah satu-satunya anak yang paling rajin membantu keluarga. Sama ada di rumah atau di bengkel ayahnya di Kampung Parit Panjang, Azam tidak pernah bersungut.
“Kadang-kadang dia tolong ayah bancuh cat. Kadang tolong jaga adik saudara. Pendek kata, semua kerja dia nak bantu. Dia tak pernah mengeluh,” kata Nazihah dalam nada sebak.
Rakannya, Muhammad Hairey Rosli, 18, yang turut berada di lokasi kejadian, meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan pemergian Azam.
“Saya dah anggap dia macam adik sendiri. Kami rapat sangat. Hari tu dia tolong gali parit, ini kali kedua dia ikut. Saya dah pesan suruh hati-hati sebab nampak pokok sawit tu macam reput. Tapi tak sangka… waktu dia nak rehat atas jambatan tu, pokok tu tumbang terus hempap dia,” katanya dengan suara bergetar.
Hairey menjerit minta tolong, berlari mendapatkan penduduk kampung. Namun segalanya sudah terlambat. Azam ditemui berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas dari Klinik Kesihatan Benut.
Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Jenazah Azam dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bunian malam hari yang sama.
Pa&Ma yakin, Azam sedang berlari riang di taman syurga, bebas daripada kesakitan dan dunia yang penuh ujian ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak ramai yang menyedari hakikat ini, tetapi ia benar-benar berlaku. Maklum sajalah semua orang ‘berkepit’ dengan telefon bimbit hatta ke tandas pun dibawanya. Dalam tidak sedar, kita meletakkan telefon bimbit itu di carta teratas, mengatasi yang lain-lain.
Rumah tangga juga boleh terkesan kerana ada masanya si isteri merasakan sang suami terlalu asyik membelek dan menatap telefon bimbit, melebihi dirinya. Biar jadi telefon bimbit lagi bagus, selalu dibelek suami! Begitulah perkongsian menarik dari pengguna akaun Facebook, Firdaus Shakirin ini, yang mengatakan banyak rumah tangga hilang serinya sebab handphone.
“Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang rasa “diduakan” suami dengan benda tu”
Banyak Rumahtangga Hilang Serinya Sebab Handphone
Semakin jauh hubungan dalam rumahtangga bukan sebab perempuan ketiga tetapi sebab handphone.
Tetapi realitinya itulah, demi sesuap nasi katanya. Maka kena pegang handphone 24 jam. Anak-anak pun tengok dan kesannya boleh mak ayah teka tak?
Zaman sekarang ni, tak perlu orang ketiga untuk meretakkan atau merenggangkan hubungan suami isteri, cukup dengan benda yang ada di hujung jari kita tu.
Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang “di duakan” suami dengan benda tu.
Isteri sambut suami balik kerja, tapi suami masuk umah sambil mengadap handphone. Duduk kat ruang tamu, mata tengok handphone. Mandi, solat, kemudian pegang handphone. Waktu makan, handphone dibawa ke meja, tangan kanan makan, tangan kiri pegang handphone.
“Abang, kerja ok tak hari ni?”
‘OK’ tapi mata masih kat hadphone. Isteri mulanya datang nak bersembang, tapi terus blah sebab mood nak bersembang hilang. Suami tak layan, jawab sepatah-patah. Suami sibuk dengan handphone.
Ajak isteri keluar makan, sampai je kedai, tangan pegang handphone. Ajak isteri pergi melancong, jalan-jalan, sampai je kat destinasi, tangan pegang handphone. Ajak anak main kat playground, sampai je sana, tangan pegang handphone. Ajak isteri bershopping, beli barang dapur, tapi sambil tolak troli pun pegang handphone.
Handphone… handphone… handphone!
Jadi Jarang Berkomunikasi
Banyak rumahtangga yang hilang “serinya” disebabkan handphone. Hubungan yang dekat menjadi jauh. Masing-masing kurang berhubung, jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Gelak tawa pun dah semakin tiada dalam rumah tu.
Tolong sedar sebelum terlambat. Handphone ni nothing, media sosial ni nothing, up to date or ketinggalan ke belakang untuk benda yang viral juga nothing. Semua itu adalah perkara yang kita tak perlu risaukan.
Yang kita perlu bagi perhatian, yang perlu kita risaukan ialah hubungan kita dengan pasangan, hubungan kita dengan anak-anak, hala tuju rumahtangga kita dan haluan hidup kita.
Untuk apa kita berkahwin, apa tujuan perkahwinan itu. Untuk apa kita jadi suami, apa fungsi seorang suami. Untuk apa kita jadi ayah, apa fungsi seorang ayah.
Ingat balik tujuan hidup kita, apa dan siapa yang kita nak jadi. Adakah kita sanggup kehilangan anak bini hanya disebabkan handphone?
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Kadang-kadang isteri ni tak minta lebih, cukuplah suami berikan sikit perhatian ketika mereka ajak bersembang. Lagipun bukan selalu nak berjumpa dan dapat masa yang berkualiti untuk berborak sama, terutamanya jika kedua-dua bekerja. Semoga dengan perkongsian dari Firdaus Shakirin ini dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada kita semua untuk memperbaiki komunikasi antara satu sama lain.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...