Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mencuri tumpuan apabila tampil lebih langsing selepas melahirkan anak kedua. Perubahan itu dapat dilihat menerusi beberapa gambar terbaru dimuat naik di instagramnya pada 1 Syawal baru-baru ini.
Penampilan terbaru Siti itu sekaligus membuatkan ramai pihak khusus peminat beliau teruja dengan gayanya memandangkan penyanyi kesayangan ramai itu baru saja melahirkan anak kedua pada 17 April lalu.
Kebanyakan peminat Siti meluahkan rasa gembira dan ada yang meminta beliau berkongsi tips. Mereka beranggapan mungkin Siti bersedia untuk membuat ‘comeback’ selepas ini.
“Siti Nurhaliza is back guys, cepat dia kurus”
“Macam zaman anak dara dulu, slimnya TokTi”
Ads
“Cantiknya tokti kurus-kurus ni mesti nak buat comeback,” tulis peminatnya.
Sementara itu, Siti turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjaganya sepanjang dalam pantang serta anak lelakinya, Muhammad Afwa.
Dalam tempoh berpantang itu, Siti cukup menghargai Kak Susy dan Kak Yeni yang begitu baik sekali menjaganya selepas melahirkan Muhammad Afwa secara pembedahan sehingga kembali sihat dan bertenaga.
Alhamdullillah, service sangat baik & kak @susy.dinda.940 menjaga saya dari pantang melahirkan Aafiyah sampailah Afwa.. Dah macam keluarga kami.. inshaaallah semoga Allah SWT berkati setiap seorang dari kita semua yang sentiasa berbuat baik & mendapat pahala dibulan yang Mulia ini.
Kredit: Instagram ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang sudah kita ketahui, hati seorang wanita ni lembut. Mudah terasa dan kecil hati kalau orang bercakap tentang dirinya. Apa lagi jika yang berkata-kata tu adalah orang yang mereka sayangi. Suami misalnya, jagalah tutur kata anda di depan isteri. Janganlah disebut perkara yang bukan-bukan sehingga mengguris perasaan mereka.
Sebagai suami yang bertimbang rasa dan romantis, biasanya mereka lebih peka dengan perasaan si isteri. Dalam perkahwinan, ada beberapa perkara yang tidak boleh suami sebutkan pada isteri. Memang pantang!
Sesetengahnya kedengaran remeh, tetapi jika dikatakan pada isteri akan sangat mengguris perasaannya. Kadang-kadang mungkin suami terleka, tidak menyangka hal itu boleh membuatkan isteri berjauh hati. Dipetik dari laman Facebook Feminine Firmatika HQ, mereka berkongsi 9 ayat yang JANGAN LAGI DISEBUT depan isteri.
Suami, JANGAN LAGI Sebut 9 Ayat Ini Pada Isteri Anda, Atau Habislah…
1. “Cuba bawa bertenang. Rilek!” Ini ayat pertama yang para suami suka sangat sebut bila isteri mula membebel atau tak boleh bawa bertenang. Dan ini adalah ayat yang paling salah!
Apabila isteri marah tentang sesuatu, ayat suruh mereka bertenang tak akan membantu. Ia buat mereka rasa lebih tertekan dan anda tak nak mendengar apa kata-kata mereka.
Apa patut anda sebut: Sebaiknya anda tanya dia apa yang merungsingkan itu dan selesaikan masalah bersama-sama.
2. “Period ke? Patutlah!” Helo, isteri bukan asyik nak marah atau membebel ketika datang bulan saja tau! Ha ini yang buat isteri mula mengamuk bila suami sebut ayat ini.
Ada banyak sebab mengapa isteri marah – mungkin anda menyakitkan hati mereka, anda annoying atau sebagainya, dan period bukan sebab utama isteri marah.
Jadi, berhenti sebut ayat ini dan berhenti ingat anda tak melakukan sebarang kesalahan yang boleh buat isteri mengamuk.
3. “Apa masalah awak ini?” Ayat yang cukup tajam untuk si isteri. Tunggulah bebelan sepanjang siri Harry Potter pula akan keluar pula, ya!
Menyoal apa masalah isteri akan menyebabkan mereka anggap mereka “satu masalah” yang tak boleh dikawal.
Ayat ini tak cukup empati dan rasa belas kasihan pada isteri.
Apa patut anda sebut: Cuba soal dengan lembut dan tertib tentang isu yang dihadapi mereka. Tanya bagaimana anda boleh membantu menyelesaikan masalah itu.
4. ” Dulu ex abang pandai masak ini.” Ex dan kisah dulu-dulu jangan pernah diungkit semula kalau tak mahu pinggan terbang, ya!
Apa patut anda sebut: Pujilah masakan isteri itu, dia sudah berusaha tau!
5. “Rimaslah! Awak asyik membebel saja!” Lagi anda kata anda rimas, lagi isteri akan membebel. Kan saya sudah cakap, ada sebab kenapa isteri membebel.
Ia mungkin ada permintaannya tak ditunaikan, atau anda tak meringankan beban dia langsung!
Cuba ambil alternatif bijak dengan mencari punca kenapa isteri membebel dan selesaikannya.
6. “Tengok perempuan itu, lawa!” Isteri mana yang tak cemburu kalau suami puji wanita lain. Suami pun janganlah gatal nak puji wanita lain depan isteri kalau tak mahu isteri tarik muka dan merajuk pula.
Tapi, biasalah lelaki kan… mata kena cuci juga. Cuba kurangkan kalau tak mahu bergaduh!
Tip: Kalau kantoi isteri anda nampak anda tengok perempuan lain, cakap “Abang bersyukur isteri abang tak macam dia itu. Seksi sangat!”
Ehem, rahsia kita okay?
Apa yang penting, sama-samalah kita suami isteri menjaga tutur kata masing-masing.
Ia demi perkahwinan bahagia hingga ke anak cucu kita juga. Bukan untuk orang lain.
Bolehlah jadi rujukan para suami. Mungkin ada ayat lain yang akan buat si isteri terasa hati, tetapi ini adalah yang paling asas. Apa-apa pun, dalam hidup berumah tangga haruslah saling menghormati dan menjaga hati antara satu sama lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik tragedi yang mengorbankan nyawa dan merentap hati banyak pihak, terselit satu kisah kecil kisah seorang ayah yang hampir memandu bas tersebut, tetapi memilih untuk pulang ke Kuala Lumpur demi anak-anak.
Pemandu bas yang sepatutnya memandu bas yang disewa khas oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkejut kerana bas berkenaan mengalami kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pagi Isnin.
Mat Seman Che Lah tidak mengambil tugasan berkenaan kerana mahu menghantar anak-anak pulang ke Kuala Lumpur selepas menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung.
Anaknya, Noraini Mat Seman berkata, bapanya ada menerima permintaan pihak pengurusan bas supaya menghantar pelajar berkenaan.
“Abah menolak kerana mahu menghantar saya pulang ke Kuala Lumpur dengan kereta malam tadi.”
“Kawan abah yang selalu bersamanya pula perlu menghadiri kenduri,” katanya.
Jelas Noraini lagi, bapanya yang juga bekas pemandu bas sekolah merupakan pemandu kedua bas berkenaan dan sudah lama bekerja dengan syarikat itu.
Dalam pada itu, Syarikat Kenari Utara menafikan menggunakan khidmat pemandu lori sebagai pemandu gantian untuk bas Noreen Group yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, sehingga meragut 15 nyawa, hari ini.
Pegawai Operasinya, Mohd. Nazri Nawi berkata, pihaknya menggunakan khidmat seorang pemandu berpengalaman berusia sekitar 52 tahun dari sebuah syarikat pengendali bas ekspres lain sebagai pemandu kedua.
Mohd. Nazri berkata, kedua-dua pemandu mempunyai rekod bersih dan telah dipastikan bebas daripada penggunaan bahan terlarang semasa menjalankan tugas mereka.
Katanya, Hospital Gerik memaklumkan pemandu utama yang merupakan kakitangan Syarikat Kenari Utara mengalami patah tangan namun pemandu kedua dikatakan mengalami kecederaan yang agak kritikal.
Sumber: Sinar Harian & Utusan Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak perlu banyak, ada seutas emas pun dah boleh jadi penyeri kalau kita pakai kan? Cuma emas ni kalau dipakai kerap akan membuatkan warna menjadi kusam sikit. Bila dah nampak kurang seri tu, biasanya kita akan bawa ke kedai untuk bersihkan.
Sebenarnya ada cara mudah untuk bersihkan emas dan buat ia berkilat seperti baru semula. Paling penting cara ini selamat dan berkesan tanpa bahan kimia. Rahsianya cuma beberapa uncang teh saja.
Tip ini dikongsikan oleh Anis KakNik dan tak susah pun untuk dibuat;
“Cara cuci emas selamat dan berkesan, tanpa bahan kimia..”
Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah 2-3 uncang teh, berus gigi dan air suam.
2. Masukkan emas di dalam rendaman teh selama 30 minit atau lebih.
3. Gosok emas dengan berus gigi.
Bila dah bersihkan, terus nampak macam emas baru keluar kedai! Memang berkilat dan cantik. Selain cara ini, ada juga beberapa cara lain yang biasanya dibuat seperti emas dibersihkan dengan ubat gigi, air asam jawa atau pencuci pinggan. Mommies boleh pilih cara yang paling sesuai, jom kita cuci barang kemas kita!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.