Lama tak dengar berita mengenai buah hati rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah. Selepas mengalami saat kritikal sehingga walid dan mamanya memohon doa orang ramai Ogos lalu, kini dengan izinNya Ainul kembali sihat dan ceria seperti sediakala.
Walaupun diuji sakit sejak dari awal lahir, ternyata semangat Ainul cukup kuat. Malah walid dan mamanya juga mengakui semangat dalam diri Ainul itu buatkan diri mereka juga tak putus asa untuk terus beri rawatan terbaik untuk anak sulung mereka.
Berikut antara perkongsian walid Ainul, Ahmad Safiuddin di Facebooknya.
Assalamualaikum, maaf lama dah saya tak update.
Ainul dah sihat semula. Sihat macam selalu. Hampir sebulan dia di ICU haritu, dalam tempoh tu, 2 kali dia lalui fasa kritikal.
Ads
Ainul ni memang Allah SWT jadikan dia anak yang kuat semangat. Banyak perkara besar yang dia dah lalui sepanjang usianya 4 tahun ini. Semua ini atas izin dan kehendakNya.
Saya sentiasa doa Ainul kekal sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa. Dan saya turut doakan untuk anak anak lain yang sama keadaannya seperti Ainul ini diberikan kesihatan, kebaikan, dan urusan ibu bapa mereka dipermudahkan dan dicukupkan segala rezeki.
Beruntung kita ada anak begini. Mana tahu, di padang mahsyar nanti anak ini lah yang akan jadi saksi depan Allah SWT yang kita pernah menjaga kebajikan dan bertanggungjawab terhadap mereka dengan ikhas dan penuh kasih sayang.
Ads
Mereka ini lah yang akan tarik tangan kita nanti. InshaAllah.
P/s : gambar ni diambil selepas seminggu Ainul discharge. Bawak Ainul berjumpa Tuan Guru Ustaz Zulkifli di madrasahnya dan minta beliau doakan Ainul.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Pada tarikh 5 Julai 2014 perginya anak kedua pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin ke rahmatullah setelah bergelut dengan kanser Burkitt Lymphoma. Sebagai ibu, Linda sangat kental dan kuat menghadapi kenyataan anak kesayangannya ini sudah tiada lagi.
Rezaimen atau nama manjanya Memen anak paling aktif, paling ceria dan paling sihat antara semua anak-anaknya. Tak pernah sakit malah tak pernah masuk hospital. Arwah cergas berbola sepak, bahkan kuat bersukan.
Tiada kelainan yang dilihat pada anaknya itu sehingga Memen beberapa kali mengadu sakit perut beberapa kali, sehingga satu tahap Memen kelihatan tidak boleh lagi bertahan dengan kesakitan itu. Di hospital, prosedur endnoskopi dilakukan anus dan mulut tidak menemui puncanya. Hingga Linda bertindak membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut atas nasihat doktor. Sakit perut yang disangka angkara angin oleh beberapa doktor sebelum ini akhirnya membongkar tentang ketumbuhan seberat satu kilogram di dalam perut anaknya hasil daripada MRI.
Setelah Memen dimasukkan ke sebuah hospital universiti, satu pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan itu. Pembedahan yang memakan masa sembilan jam itu mendapati ada gelembung yang masih aktif dan berpotensi untuk membesar dan menjadi ketumbuhan baru. Dan satu lagi yang merubah kehidupan Memen apabila doktor mengkhabarkan yang usus Memen terpaksa diletakkan di luar dan najis perlu dikeluarkan menerusi menerusi beg stoma sehingga usus besar sudah sembuh dan boleh disambung semula dalam jangka masa setahun.
Menerima kenyataan ini dan ingin berhadapan dengan Memen dan menceritakan segalanya memerlukan kekuatan jiwa. Ternyata ibu ini amat tabah, walau pun air mata sentiasa bergenang, tidak pernah Linda biarkan dirinya kelihatan sedih di hadapan Memen. Dia tahu dia adalah tunjang kekuatan untuk Memen dan tidak boleh menunjukkan kesedihan, dia perlu berikan semangat untuk Memen.
Linda tidak putus harapan dan terus berusaha untuk Memen. Dia tidak yakin anaknya itu boleh melalui proses kemoterapi yang sangat pedih jadi dia memilih untuk melakukan pelbagai rawatan dilakukan seperti berjumpa ustaz, perubatan Cina, herba, air rebusan akar kayu sehingga bertemu dengan seorang profesor pakar kanser yang memberikan harapan dengan sejenis pil khas berharga RM27,000. Bersama dengan bekas suami, Linda mengambil keputusan membeli pil yang sangat mahal harganya itu untuk Memen.
Sehabis ubat itu selepas 44 hari , Memen sakit kembali dan Linda merayu rawatan kemoterapi untuk Memen. Rentetan rawatan kemoterapi kali pertama ini menyebabkan kompilkasi buah pinggang kepada Memen hinggalah ke hari pemergiannya pada 7 Ramadan tanggal 5 Julai 2014 yang merubah kehidupan Linda yang semakin tabah menghadapi kehilangan anaknya itu.
Ingin tahu bagaimana Linda melalui kehilangan yang amat hebat ini? Ikuti temu ramah Pa&Ma bersama Linda Rafar dalam rancangan Pa&Ma bertajuk “Wira Kecil Berjiwa Besar” pada Selasa, 17 Julai 2018 jam 12 tengah hari.
Betullah orang kata, sebelum anak dapat kaki ibu bapa mudah lagi nak kawal dan tak penat nak berkejar. Selepas usia setahun, siap sedialah dengan ketangkasan kaki dan tangan anak.
Ini kerana, dalam usia setahun hingga umurnya 3 tahun, tahap ‘explore’ anak lebih sedikit. Banyak perkara baru dia mahu belajar dan sentiasa memerlukan perhatian ibu bapa untuk memantau.
Begitu jugalah anak kepada pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya. Sejak Fatima dah laju berjalan, setiap pergerakannya cukup pantas.
Melalui video yang dikongsikan di Instagram fattzuralovelife, nampak kelincahan Fatima ketika dibawa bersiar-siar ke Taman Burung buat kali pertama. Memandangkan Fatima lahir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila pertama kali dapat keluar bukan main seronok.
Cepat je tanggal kasut terus campak
Namun apa yang menjadi perhatian orang ramai, gelagat Fatima yang dengan lajunya membuka kasut terus mencampakkannya ke dalam kolam benar-benar mencuit hati. Apatah lagi gaya spontan daddy terpaksa menyelamatkan kasut anak daranya itu.
Daddy terpaksa buka ‘silat’ untuk mendapatkan semula kasut anaknya sehingga hampir terjatuh.
Suara mak-mak Fazura dah keluar
Situasi lucu berkenaan turut dikongsikan semula peminat mereka di TikTok dikenali sebagai @kakidrama8 dan mendapat tontonan lebih dari satu juga viewers dari warganet.
Dapat didengar dengan jelas suara Fazura yang meminta anaknya agar tidak mencampakkan kasut ke dalam kolam namun tidak diendahkan oleh Fatima.
Malah ada yang memberitahu dan memahami perasaan sebagai ibu bapa yang mana tangan anak kecil sememangnya antara yang terpantas kalau nak baling atau campak sesuatu barang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terlebih dahulu, ingin saya memohon maaf kerana saya bukanlah seorang pakar terapi pertuturan (SLP) akan tetapi anakanda saya adalah salah seorang yang pernah menghadapi masalah lambat dalam pertuturan. Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar.
Terima kasih tidak terhingga buat Puan Aishah Binti Kassim, pakar terapi pertuturan. Sokongan dan bengkel yang berterusan dari beliau membuatkan saya sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa. Saya akui, kadangkala saya juga hampir terkandas di tengah jalan.
Ingatlah wahai Ibu bapa, JANGAN BERPUTUS ASA ! Jangan sesekali anda berada di zon selesa dan menganggap anak anda tidak mempunyai masalah pertuturan. Ibu bapa yang berkata :
Kesemua kenyataan di atas adalah kenyataan ibu bapa yang takut/tidak mahu menerima hakikat atau kenyataan bahawa anak mereka bermasalah. Saya juga pernah menjadi seperti itu. Untuk para bonda di luar sana, Tuhan telah mengurniakan kita dengan gerak hati yang sangat kuat terhadap anak. Selalulah percaya akan naluri keibuan anda. Seorang pakar kanak-kanak juga sering mengingatkan saya perkara yang sama.
“Anda sangat bertuah kerana Tuhan telah mengangkat darjat anda menjadi seorang Ibu” – Dr Ong, Klinik Ong, Ampang, Selangor.
Carilah pakar terapi pertuturan yang anda selesa dan serasi dengan anak. Dari utara hingga ke selatan saya telah mencari pakar terapi pertuturan sebelum membuat keputusan pakar mana yang menjadi pilihan hati.
Orang kata, biarlah berhabis duit tapi mana nak cari anakku sayang seorang. Ingin saya tegaskan di sini, jika sehingga kini anak anda masih melayan kotak magis (TV), masih memegang gadget, masih mencari tab untuk melihat rancangan kegemaran dan apa jua jenis hiburan yang boleh menghalang mereka dari berkomunikasi secara dua hala, SILA HENTIKAN dengan segera, secepat mungkin. Jangan pernah kita terlupa, anak kita mempunyai kuasa paling hebat di dunia untuk memanipulasikan kita. Kenapa saya menggelarnya kotak magis? Kerana pada saya, kotak magis itu mampu mengalihkan perhatian anak, membuatkan mata mereka melekat seperti gam, sanggup menahan lapar dan dahaga, ketawa seorang diri dan mampu meniru segala aksi yang tertera di kotak magis. Sungguh hebat penangan kotak magis itu !
Saya akui, kesilapan saya adalah memberi anak saya bermain ipad dan membuka kotak magis itu ketika saya dan suami sedang sibuk membuat kerja masing-masing. Kita terlupa bahawa ada seorang manusia kecil yang sedang melihat dan meniru setiap pergerakan kita di rumah. Remember – children see, children do ! Melihat anak-anak orang lain yang kerap bermain tab dan menonton TV tetapi masih petah berkata-kata membuatkan saya selalu berada di zon selesa (in denial). Sedangkan anak saya juga sangat jarang bermain ipad dan menonton TV. Jadi, di mana silapnya kami sebagai Ibu bapa?
Berbekalkan ilmu yang saya pelajari dari Puan Aishah Kassim, sedikit pengalaman serta perkongsian dari ibu bapa yang lain, Dr Sofiah Ali (SDMC), pinterest dan Google, akhirnya saya dan suami telah mengambil tindakan yang sangat drastik dengan menghentikan sebarang jenis unsur hiburan yang ada di dalam rumah, menyimpan semua remote TV, menjual ipad dan tab serta melarang penggunaan telefon pintar di hadapan anak.
Cabaran lebih tertumpu kepada saya kerana saya adalah suri rumah dan sibuk mengajar pada sebelah malam. Its all about distractions ! Ya, itulah yang paling mujarab dan berkesan buat anakanda tersayang. Alihkan perhatian mereka. Apa yang anda perlu buat adalah kerap bermain bersama anak. Main ! Main ! Main ! Main ! Usia 0 – 6 tahun merupakan usia emas mereka (Golden Age). Sedangkan Rasulullah SAW sendiri menganjurkan kepada kita untuk sentiasa berlemah lembut terhadap anak dan mendidik anak selaras dengan zaman mereka. Saya faham itu bukan perkara yang mudah lebih-lebih lagi kepada Ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil yang lain. Perhatian perlu diberikan sama rata kepada anak-anak yang lain. Untuk Ibu bapa seperti ini, You have my respect !
Sehingga saya menulis ini, anak saya masih di sebelah sedang menganggu bondanya sambil berceloteh. Alhamdulillah, Maha Suci Allah Yang Maha Memberi, celoteh beliau bukan lagi di dalam bahasa german (jargon/gibberish/baby talk). Seperti yang saya katakan tadi, saya bukanlah pakar terapi pertuturan. Tetapi saya adalah pakar terapi pertuturan untuk anak saya sendiri. Pengalaman dan cabaran dari Ibubapa lain yang telah sudi berkongsi sangat membantu dan saya hargai selama ini. Pedulikan kata-kata/aura negatif dari persekitaran, anak kita peraturan kita. Bantulah anak anda dengan segera jika mereka memerlukan bantuan. Jangan terlambat atau menyesal di kemudian hari. Selalulah melihat yang terbaik di dalam diri anak kita, kerana jika bukan kita sebagai Ibubapa, siapa lagi yang mereka harapkan.
Jujur saya katakan, saya menangis ketika pertama kali mendengar lirik lagu ‘ArjunaBetanyanyianFynnJamal‘. Mempunyai maksud yang tersendiri lebih-lebih lagi jika mempunyai anak syurga seperti beliau. Memetik kata-kata arwah tokwan saya ‘Biar anak yang menangis, jangan pula kamu yang menangis. Tak guna keluar airmata darah sekali pun di kemudian hari dan menyesal sebab tak pandai menjaga anak’.
Rabbi yassir wala tu ‘assir, Rabbi tammim bil khair. Ya Allah Kau permudahkan jangan Kau susahkan, Ya Allah Kau akhirkan dengan kebaikan. Amin.
Ikhlas – Bukan guru bahasa dan bukan pakar terapi pertuturan.
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.