Kanak-kanak memang suka main playdoh. Sebenarnya lebih jimat dan selamat buat sendiri playdoh untuk anak. Warnanya yang berwarna-warni sangat menarik perhatian si kecil. Sebenarnya main playdoh memang bagus untuk perkembangan skil motor halus anak.
Bila main playdoh kanak-kanak akan duduk diam dan fokus menghasilkan karya mereka. Ia membantu otak si manja berfikir dan berkreatif.
Selain itu proses menguli dan membuat pelbagai bentuk objek juga merangsang jari-jemari mereka lebih mahir.
Lebih menyeronokkan sekiranya dapat bermain bersama kawan-kawan. Dah tentu ia mengembangkan kemahiran sosial si kecil.
Wah, memang banyak betul kelebihannya pada perkembangan anak. Tapi harganya boleh tahan juga di pasaran, lagi satu bahan yang digunakan juga agak diragui. Jadi, apa kata buat sendiri play doh untuk anak seperti dilakukan oleh Puan Maria Bentalib. Lagi puas hati melihat anak seronok bermain.
Bukan tak nak kasi anak main play doh, tapi bahan kimia beracun yang ada dalam play doh ni, bahaya kalau anak termakan. Lagipun, mahal pula harganya.
Padahal main play doh ni bagus betul untuk minda anak, tingkatkan kemahiran sensori motor anak dan buat mereka lebih yakin diri.
Ads
Cari punya cari, jumpalah satu resepi yang berkenan di hati dan sungguh menjadi.
Ayah yang banyak berinteraksi dengan anak dikatakan memiliki IQ lebih tinggi dan membesar dengan bijak.
Selain ibu yang menjadi insan pertama dalam hidup anak, ayah kena tahu memainkan peranan dan tak boleh nak lepas tangan begitu sahaja dalam soal mendidik anak.
Menurut Dr. Kyle Pruett, bimbingan secara langsung dari bapa dalam proses pembelajaran boleh memberi kesan positif terhadap pembangunan fizikal, kognitif, emosi, dan sikap anak-anak. Kanak-kanak mencari keselesaan daripada seorang ibu, tetapi dia masih memerlukan interaksi intensif dengan ayahnya.
Malah menurut satu kajian oleh Oxford University,kejayaan anak dalam bidang akademik juga kerana hubungan yang erat antara ayah dengan anak.
Jadi semua bapa digalakkan tidak melepaskan momen ini dalam membesarkan anak-anak supaya anak anda sentiasa menjadikan ayahnya sebagai idola dalam hidup.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan hubungan anak dengan ayah terjalin erat sejak kecil:
Ini adalah perkara asas yang perlu dimiliki bapa. Anda harus tahu bila dan bagaimana menukar lampin bayi. Buang alasan tak tahu atau geli. Melalui cara ini anak jadi lebih mesra kerana ayah turut menguruskan hal anak.
Kesibukan bapa sepanjang hari dengan tuntutan tugas mungkin membuatkan masa dengan anak agak terhad pada waktu siang. Jadi apa kata anda boleh membantu isteri menguruskan anak seperti melayan anak bermain atau menidurkan anak.
Bukan itu sahaja, ayah juga boleh bergilir bangun pada waktu tengah malam untuk menukarkan lampin anak atau buatkan juga susu.
Waktu ini amat penting kerana melalui interaksi tersebut anak yang diperingkat bayi tahu dan belajar mengenali suara bapanya.
Pelukan ayah akan melahirkan satu emosi yang positif dalam diri anak.Inilah yang berlaku apabila anak berada dalam pelukan ibu. Sebagai contoh, apabila anak mengamuk,ayah perlu elak meninggikan suara tetapi guna kaedah pelukan untuk menenangkan anak.
Ini boleh jadi satu tugas yang paling menakutkan bagi bapa. Sudah tentu, apabila memberi bayi anda makan, ia memerlukan kesabaran dan toleransi pada kanak-kanak. Nak mudah bagi anak makan, ayah boleh melayan anak bermain sambil menyuap atau pun bercerita semasa makan.
Bermain dengan anak-anak boleh membantu membina ikatan kasih sayang antara ayah dan anak. Layanlah anak bermain dan jangan terlalu sibuk dengan urusan sendiri.
Percayalah cara ini membuatkan anak rasa seronok walaupun kadang-kadang ayah terpaksa jadi pelbagai watak.
Peranan ayah dalam memberi nasihat kepada anak sangat penting.Walaupun anak belum boleh bercakap, tapi apa yang ayah cakap anak boleh faham.
Anak-anak memang menjadikan ibu bapanya sebagai contoh. Jagalah tutur kata, tingkah laku di hadapan anak-anak kerana mereka membesar melalui didikan yang diperoleh.
Apa sahaja yang anak lakukan selagi tidak memberi kesan negatif seharusnya ayah menyokong. Tak salah jika anda menjadi bapa demokratik untuk anak. Jangan sesekali memaksa kerana tidak ada kekuatan yang lebih besar untuk anak-anak daripada sokongan bapanya.
Contoh jika anak minat dalam bahasa, boleh hantar anak ke kelas bahasa atau pun jika anak suka muzik apa salahnya hantar anak belajar kelas muzik untuk asah kemahiran.
Apabila rasa sakit seseorang akan lebih sensitif, begitu juga dengan anak-anak. Mereka akan lebih selesa jika ibu ayah sama-sama beri perhatian. Masa inilah anak nak manja lebih. Jangan biarkan ibu sahaja yang lakukan semua perkara.
Mulai hari ini, ayah kena manfaatkan masa dengan anak dan tak boleh nak serahkan sepenuhnya pada isteri. Sama-sama membantu untuk melahirkan anak yang bijak.
Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 Oktober 2017 menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya. Ia juga memuatkan perjalanan bagaimana Tomok mencipta single pertama yang diinspirasikan daripada anak-anaknya. #RockstarJr #ArrianAndra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak mengadu sakit telinga, ibu bapa kena ambil berat. Mungkin bagi anak kecil mereka tak boleh nak beritahu secara terus tetapi ibu bapa kena peka dengan ketidakselesaan yang ditunjukkan anak.
Menurut Doktor Telinga, Hidung dan Tekak jangkitan telinga sangat berbahaya jika tidak diberi rawatan awal. Jangan dibiar jika anak anda mengadu sakit telinga, keluar cecair kuning, nanah, darah atau apa-apa yang tidak normal. Tahukah anda bahawa komplikasi akibat jangkitan pada dalam telinga berpotensi untuk mengancam nyawa?
Jangan dibuat main!
Struktur telinga kita sebenarnya bersambung dengan hidung, tekak dan juga ada sambungan dengan rongga-rongga sekitar seperti rongga mastoid dan sebagainya.
Jika jangkitan pada telinga tidak dikawal pada peringkat awal, ia boleh merebak ke kawasan-kawasan yang saya sebutkan ini. Masalah lain dan lebih serius boleh berlaku.
Mastoiditis merupakan jangkitan yang berlaku pada kaviti mastoid yang terletak di bahagian belakang telinga. Ia merebak dari telinga tengah untuk membentuk abses atau nanah di ruang udara mastoid tulang temporal.
Pesakit yang mengalami mastoiditis kebiasaannya akan mengalami gejala klinikal dan sistematik yang sangat tidak sihat.
Jadi, apa simptom dan gejala pesakit yang mengalami mastoiditis ini? Macam mana nak tahu?
Pesakit yang mengalami mastoiditis akan dilihat septik: iaitu demam, lemah dan lesu. Kanak-kanak akan menjadi tidak selesa, kerap menangis dan tidak akan makan serta minum. Pesakit akan mempunyai tanda dan gejala dari jangkitan telinga yang lebih teruk. Akan ada tanda kemerah-merahan dan sakit serta bengkak yang signifikan di belakang telinga.
Adakah mastoiditis ini akan berhenti setakat itu sahaja? Jawapannya Tidak.
Mastoiditis boleh merebak lagi jauh ke dalam sel-sel udara untuk membentuk abses atau nanah subperiosteal dan kawasan-kawasan sekitarnya!
Oleh itu, jika anak-anak anda ada mengalami dan mengadu sakit telinga, disertai demam, ada cecair keluar dari telinga, sakit juga di bahagian belakang telinga, jangan tunggu lagi. Bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan menyeluruh dan terperinci akan berjaya mengenalpasti masalah anak anda, walaupun untuk sesetengah kes agak sukar untuk mendiagnos pesakit pada peringkat awal.
Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkuda kini semakin mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak. Dahulu dianggap sukan elit, kini berkuda menjadi aktiviti pembangunan diri yang menyeluruh – bukan sahaja untuk fizikal, malah emosi dan mental. Video “Boleh Ke Kanak-Kanak Join Sukan Berkuda?” dari saluran Bintang Kecil memberi gambaran jelas bagaimana sukan ini boleh memberi manfaat besar kepada anak-anak. Mari kita telusuri lima aspek penting mengenainya, lengkap dengan fakta dan info menarik!
Sukan berkuda adalah gabungan seni, sukan dan komunikasi antara manusia dan haiwan. Bagi kanak-kanak, ia membuka ruang untuk membina hubungan unik dengan kuda sambil mempelajari teknik asas seperti:
INFO MENARIK: Kajian menunjukkan bahawa anak yang menunggang kuda menunjukkan peningkatan fungsi otak kiri, yang berkait dengan pembelajaran dan pemprosesan maklumat!
Penglibatan boleh dimulakan seawal umur 5 tahun di pusat latihan yang menyediakan program berkuda untuk kanak-kanak. Kebanyakan pusat menyediakan kursus secara berperingkat mengikut umur dan kemahiran.
INFO MENARIK: Di Malaysia, terdapat pelbagai kelab berkuda di Putrajaya, Selangor dan Johor yang menawarkan pakej mesra keluarga dan kanak-kanak.
Berkuda ialah sukan holistik – ia bukan sekadar latihan fizikal. Kanak-kanak yang terlibat dalam berkuda sering menunjukkan:
INFO MENARIK: Berkuda tergolong dalam terapi rekreasi (equine therapy), yang terbukti membantu perkembangan motor dan emosi bagi kanak-kanak berkepelbagaian keperluan!
INFO MENARIK: Banyak pusat berkuda kini menyediakan pakej hujung minggu keluarga yang menggabungkan berkuda, berkelah dan aktiviti alam.
Ibu bapa menjadi faktor penentu dalam mengasah minat anak terhadap sesuatu sukan. Berkuda mungkin bukan pilihan utama pada mulanya, tetapi dengan bimbingan, sokongan moral dan logistik, anak-anak boleh menjadikannya satu bakat atau kerjaya.
INFO MENARIK: Ramai atlet ekuestrian profesional memulakan latihan mereka sejak usia 8–10 tahun sahaja!
Sukan berkuda ialah satu pelaburan jangka panjang untuk perkembangan diri anak-anak – dari segi fizikal, sosial dan emosi. Dengan pendedahan awal, latihan yang selamat dan sokongan ibu bapa, tidak mustahil anak anda menjadi penunggang berbakat atau bahkan atlet berkuda negara suatu hari nanti.
“Setiap anak punya potensi. Tugasan kita hanyalah membukakan pintu agar mereka dapat menjelajahinya.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.