Cara didikan anak setiap orang berbeza-beza. Namun bagi Wawa Zainal, biarpun lebih dari mampu, dia mahu ketiga-tiga anak kecilnya mengenal erti kesusahan malah pandai berdikari sendiri sejak kecil.
Malah kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga tidak pernah memewahkan anak-anak kecilnya dengan kemewahan dan wang ringgit.
Kata Wawa, dia tidak pernah memanjakan anak-anaknya dengan wang ringgit malah tidak pernah membiasakan untuk dapat apa yang mereka mahukan.
” Saya dan Aeril tak pernah manjakan anak. Kalau mereka nak beli sesuatu, nak beli itu dan ini, kami memang tak pernah biasakan apatah lagi menjanjikan, senang-senang dapat segala-galanya.
“Kalau dia nak, dalam sebulan saya akan bagi peruntukan RM100.
” Kalau dia rasa tak cukup, saya cakap cari duit sendiri,” kongsi Wawa yang turut membenarkan anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa berlakon untuk mencari duit poket sendiri.
Ads
Kata Wawa lagi, anak keduanya itu sanggup bersengkang mata meneruskan sesi penggambaran dari pagi sehingga malam, semata-mata mahu mengumpul duit poket sendiri bagi memberi aksesori Toca Boca yang cukup digemarinya.
Macam-macam ragam, namun itulah cara kita sebagai mak ayah dalam mendidik anak-anak. Bukan memaksa tetapi mahu anak tahu bahawa wang ringgit tidak semudahnya diinginkan tanpa usaha.
Dulu selalu marah, sekarang lebih terkawal
Ketika ditanya mengenai cabaran dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar, berkongsi menerusi Live Pa&Ma Gala Moms yang bersiaran pada Ogos lalu, Wawa mengakui dia juga sama seperti ibu lain yang adakalanya sering marah pada anak-anak, kadang kala menangis dan bermacam ragam lagi kala membesar dan mendidik ketiga-tiga anaknya.
Ads
“Kita ni macam-macam emosi ada, lepas marah anak rasa menyesal lepas anak tidur. Itu biasa. Wawa kalau nak marah anak, dulu ye memang selalu marah anak tapi sekarang Wawa ambil pendekatan Aeril yang lebih tenang, marah tapi lebih terkawal.
“Of courselah kita semua nak yang terbaik buat anak. Pada Wawa, Wawa nak anak-anak jadi anak yang berguna pada penciptaNya, biar mereka menjadi anak yang soleh solehah dan sentiasa mendoakan Wawa dan Aeril kelak,” kata Wawa lagi berkongsi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Rotikaya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kulit pisang dan kulit telur ada gunanya. Sebenarnya kulit pisang dan kulit telur boleh digunakan untuk menghasilkan baja yang berfungsi untuk menyuburkan pokok tanaman. Biasa kulit telur kita buang, selepas ini jangan buang ya mama!
Kulit pisang dan kulit telur boleh dijadikan baja untuk menyuburkan pokok tanaman. Berikut dikongsikan diy baja bagi menyuburkan pokok tanaman. Bahan yang diperlukan hanyalah kulit pisang dan kulit telur.
Baja Kulit Pisang & Kulit Telur
Kisar kulit pisang. Kulit telur pula ditumbuk hancur. Bolehlah dijadikan baja.
*Di dalam botol penyembur itu ialah kulit pisang yang telah dikisar.
Hasilnya pokok tanaman subur menghijau. (Boleh rujuk gambar)
Pokok Kunyit, Kari Elok Membiak, Subur
Pokok kunyit dan pokok kari yang hampir mati pun boleh tumbuh semula.
Baja adalah sumber nutrien penting untuk tumbuhan. Ia menyuburkan tumbuhan dengan menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Beberapa fungsi baja untuk menyuburkan tumbuhan:
1. Membekalkan nutrien penting: Baja mengandungi pelbagai nutrien penting seperti nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K), yang dikenali sebagai NPK. Nutrien ini diperlukan oleh tumbuhan untuk pelbagai proses biologi seperti fotosintesis, pembentukan protein, perkembangan akar dan pembentukan buah.
2. Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan: Baja yang digunakan dengan betul boleh merangsang pertumbuhan tumbuhan, termasuk pertumbuhan daun, batang dan akar. Ini membantu tumbuhan menjadi lebih kuat dan lebih tahan terhadap pelbagai tekanan persekitaran.
3. Meningkatkan pengeluaran buah dan bunga: Baja yang baik boleh meningkatkan bilangan dan kualiti buah dan bunga yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ini penting terutamanya dalam penanaman tanaman hortikultur dan pertanian.
4. Mengatasi kekurangan nutrisi: Baja juga boleh digunakan untuk mengatasi kekurangan nutrisi dalam tumbuhan. Tumbuhan yang mengalami kekurangan nutrisi mungkin menunjukkan gejala seperti daun kuning, pertumbuhan perlahan dan pengeluaran buah yang rendah. Menyediakan baja yang betul boleh mengatasi masalah ini.
5. Mengekalkan keseimbangan pH tanah: baja boleh digunakan untuk mengawal keseimbangan pH tanah. Tanah yang terlalu berasid atau terlalu beralkali boleh menghalang tumbuhan daripada menyerap nutrien. Baja boleh digunakan untuk melaraskan pH tanah agar sesuai dengan keperluan tumbuhan.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penggunaan baja mesti dilakukan dengan betul dan mengikut keperluan tanaman. Terlalu banyak atau terlalu sedikit baja boleh memberi kesan negatif kepada tumbuhan. Selain itu, perhatikan juga jenis tanaman yang anda tanam kerana pelbagai tumbuhan memerlukan jumlah dan jenis nutrien yang berbeza.
Sungguh para isteri jadi burnout, penat, breakdown ni disebabkan emosi dan mental. Lagi-lagi pula kalau suami tak faham keadaan isteri. Ia tak dizahirkan, perlu digali dan diperhati dengan penuh fokus dan berhati-hati.
Kerana isteri ini sangat pandai memendam. Nak diluahkan takut buat suami serabut dan menyusahkan.
Maka disimpannya kemas-kemas. Dia menangis dan mengalirkan air mata di balik sebuah senyuman buat suami.
Itulah hikmahnya Allah anugerahkan pada lelaki jumlah akal yang banyak, supaya lihat dari pelbagai sudut dan menyelesaikan misteri nusantara paling besar di dunia iaitu hati wanita. Heheh!
Tanda-tanda isteri sedang burnout ialah cepat marah atau meninggikan suara pada anak-anak. Walaupun hal yang berlaku adalah kesalahan kecil.
Anak sepahkan rumah.
Anak lupa nak siapkan kerja sekolah.
Anak diam je tak menyahut bila dipanggil.
Isteri terus hilang sabar.
Apabila dia dah mula tinggi suara tu, ketahuilah bukan anak yang bersalah tetapi mental dan emosinya yang tak dapat menampung kesabaran dalam melayan anak-anak.
Ditambah pula dengan moodnya yang hilang untuk bergurau. Kurang bercakap seperti biasa, mula jauhkan diri serta mengasingkan diri semasa di dapur atau bilik tidur, dan ada juga masa kita nampak dia menangis tanpa sebab.
Waktu itu, kita cepat-cepatlah kesat air matanya. Dan terus ambil alih peranan dan tanggungjawabnya. Biarkan dia berehat.
Kata, “awak rehatlah dulu. Pergi mandi, bersihkan diri dan baring ya. Biar abang masak dan jaga anak-anak.”
Masa itu, yakinlah walau penat macamana pun dia, tetap dia akan rasa lebih lega dan tenang seketika kerana dia ada suami yang bertanggungjawab, prihatin dan penyayang.
Para suami, jangan biarkan isteri kepenatan dan kalian perlu yakin satu perkara ini, bila isteri hilang penat, dia akan gembira, dan bila kamu lihat dia gembira, penat kamu juga turut hilang.
Kena selalu buat begini. Kena selalu hadir untuk isteri.
Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Saling bantu membantu ya.
Lain anak lain penangannya ketika mengandung. Kalau sebelum ini penyanyi, Siti Sarah mengidam nak makan durian, lain pula kisahnya kali ini.
Tidak hanya mengidamkan beberapa jenis makanan termasuk durian, kini kata Sarah dia suka bercantik dan berdandan di rumah.
Menerusi Instagramnya, sambil mencuba menggayakan demo tudung terbarunya, Sarah turut memaklumkan yang dia kini gemar bercantik-cantik setiap hari. Memang lain macam!
“Harini tak mengidam makan tapi mengidam nak cantik-cantik pulak.
“Haa sudah! Sapa pernah macam ni?,” tanya Sarah kepada pengikutnya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu itu turut bertanyakan kepada pengikutnya samada kesukaan terbarunya itu boleh dikaitkan dengan jantina bayi dalam kandungannya.
“Rasa baby boy ke girl ni haaa?
Memilih mengenakan bawal satin square berona Gold Mustard yang menjadi kesukaannya ketika sesi demo itu, nyata persoalan Sarah itu menerima respond dari peminatnya.
Ramai teka girl
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Sarah turut meneka bayi di dalam kandungan adalah baby girl. Betul ke?
Terdahulu, Sarah dan Shuib mengumumkan kehamilan anak keempat mereka pada April lalu kepada umum. Pasangan ini sebelum ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.