Ibu bapa sepatutnya mendorong anak-anak untuk mempelajari lebih daripada satu bahasa sejak usia kecil lagi.
Ini kerana kanak-kanak yang membesar dengan menguasai lebih daripada satu bahasa akan mempunyai banyak kelebihan di masa hadapan.
Jangan risau anak akan rasa terbeban, kerana pada usia kecil fungsi otak kanak-kanak terbuka kepada pelbagai aspek pembelajaran.
Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka kuasa bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya berbanding orang dewasa.
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Tomok dan isterinya Ayu Abas yang telah mendedahkan anak-anak mereka kepada lebih daripada satu bahasa sejak mereka kecil lagi.
Baru-baru ini Tomok telah memuat naik video anak sulungnya Arrian, 10, yang berbual dengan gurunya dalam bahasa Mandarin.
Dalam video tersebut, Arrian sedang membuat ulangkaji pelajaran sebagai persiapan menghadapi peperiksaan HSK.
Ads
Arrian begitu fasih menjawab segala pertanyaan gurunya dalam bahasa Mandarin. Selain daripada itu, Arrian juga kelihatan yakin dan sudah bersedia untuk menjawab soalan peperiksaannya tidak lama lagi.
Kefasihan Arrian bertutur dalam bahasa Mandarin dengan sebutan yang sempurna membuatkan ramai pengikut Instagram Tomok kagum dan turut mendoakan agar Arrian dipermudah menjawab soalan peperiksaan dan berjaya menjadi anak soleh dunia dan akhirat.
Bagi pengikut setia Tomok tentu sudah kenal dengan Arrian. Sejak dia kecil lagi anak sulung Tomok ini memang bijak bertutur dalam bahasa Inggeris dan sangat petah bercakap dalam banyak video yang dikongsi bapanya.
Selain daripada itu sikap tegas isteri Tomok yang rajin mendidik dan mendisiplinkan anaknya dengan pelajaran menjadi pemangkin kepada kemenjadian semua anak-anak mereka.
Beberapa orang rakan selebriti termasuk Alif Sattar dan Neeta turut memuji kebijakan Arrian serta mengucapkan tahniah kepada kedua ibu dan ayah yang berjaya mendidik anak dengan baik.
Ads
Malahan bekas pengacara televisyen Aidid Marcello turut meninggalkan komen memuji Tomok dan isteri yang mendidik anak-anaknya dengan tegas untuk menjadi manusia yang terbaik selain memberikan kata pujian kepada Arrian yang bukan sahaja comel tetapi merupakan anak yang baik dan mendengar kata orang tua.
Memang terlalu sukar hati ini untuk menerima khabar tentang kematian anak sendiri terutamanya bayi yang masih dalam kandungan. Meskipun telah dimaklumkan doktor akan berita sayu itu namun, hati terpaksa terima ketentuan Ilahi.
Perkongsian Fakhri Ery ini pasti menyentuh hati kita. Bakal menimang cahaya mata namun, bayi itu telah disahkan meninggal dunia di dalam kandungan seusia 27 minggu.
Kematian bayi dalam kandungan atau ‘lahir mati’ ibarat mimpi sedih yang sukar untuk dihadapi terutamanya buat wanita. Bayangkan segala impian dan kegembiraan untuk menimang cahaya mata dan mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata.
Lagi terasa apabila tendangan manja dan gerakan yang sebelum ini mengejutkan ibu sama ada waktu pagi, petang atau malam dah tiada lagi seperti selalu.
Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini yang telah kehilangan bayi ketika usia kandungan 27 minggu.
Perkongsian Fakhri Ery ini sangat menyentuh hati kerana impian untuk membesarkan anak selepas mendirikan rumah tangga belum memihak pada mereka lagi.
4 Julai 2019 (Khamis)
Bayi Tak Aktif Macam Biasa
Isteri perasan gerakan bayi syurga kami xterlalu aktif sehinggalah jam 2 ptg gerakan terakhir yg agak lemah. Hari tu, aku pulang dr kerja agak lewat, (lepas maghrib). Dalam keadaan letih, isteri sedang mkn dan mengadu yg anak kurang bergerak. Aku pon hanya tersenyum dan mengiyakn sahaja (xdgr pon sebenarnya ape yg die ckp).. Bru sje nk letak punggung, istri terus mengajakku kluar mlm utk cari brg baby sbb die dh scan kelmarin baby die tu boy.. Excited sngt katenye. Aku dgn keadaan letihnye melihat kpd “keexciteddan” istri, aku mengalah. ye lah mlm ni kite pergi ye lps solat maghrib… sesampai di pasaraya mcm2 brg baby die ambik (ayooi bnyak jugak abis duit).. tp xpe lah, beli sikit2..
5 Julai 2019 (Jumaat)
Dari Semalam Masih Tak Bergerak
Keesokannya sesudah solat subuh aku trus smbung tido (mklumlah ari cuti). Smpaikn istri keluar pergi mengajar pon aku xsedar.. setelah pulang mengajar, kami mkn bersama dan skli lg istri mengadu baby masih xbergerak. Tp kami masing2 cube sedapkn hati, (tnggu lah lps2 ni. gerok lah tu). Lps solat jumaat istri mengdu lg, baby xbrgerok. ak dh mula xsedap hati terus ajak pegi klinik. mula2 pegi klinik komuniti, nurse tu ckp doctor xde kt sini. hri jumaat klinik bnyak tutp, pusing2 dlm 3 4 buah klinik semua tutup.
Tiada Denyutan Jantung
Last pergi ke klinik kt kuala ibai. mase doctor scan jantung baby tu, doctor ckp die xnmpak jntung baby. tp aku dh perasan doctor tu xnk bg kami ni terkejut ngn keadaan baby tu. so die tetap cri pusing2 kt perut dlm 15 minit pon ade. time tu aku dh mula sebak, sbb nmpak jantung baby xbergerak langsung (baby dh meninggal).. tp cover xnk bg istri nmpak.. doc tunjuk kt kami skrin scan tu dan dia britahu kami utk terus rujuk ke HSNZ. plus doc ckp, ape2 berlaku mohon bersabar kuatkn semangat.. lg lah sebak… smbil doc isi borng utk rujuk k hsnz , tetibe istri ckp, “mesin ye xmolek orn, maring dulu sy scan molek ade je gerok jntung”. bertambah2 sebak aku dibuatnya. nmun aku hanya lontarkn senyuman terpakse kpd istri.. dlm perjlnn k HSNZ, air mataku sdh mula menitis, tp istri xperasan sbb memandu pakai kacamata hitam (wlpon cuaca mendung)..
Isteri Pertahan Cakap Bayi Masih Ada
Sampai di HSNZ, kami beri surat rujukan doctor tadi kpd nurse yg bertugas. nurse pon ckp, “doc kate anok awk xdok dh ni..” istri pon menjawab, “bukan..doc tu ckp xnmpak jantung baby kt mne..” aku ni menjurai air mate dgr istri yg masih xsedar yg ank dh xde.. nurse pon trus memanggil istri masuk k bilik rawatan utk mmbuat pemeriksaan lnjut. selapas hmpir stgh jam, aku dipanggil nurse utk masuk jupe doc. doc beritahu bahawa baby lam kandungn istri dh xde blood flow dan denyutan jantung… ak thn lagi sebak. doctor berithu yg istri trpakse lahirkn baby tu sbb baby dh meninggal. die berithulah procedure2 yg kne istri lalui dan aku memahaminya. last doc tnye, “ade ape2 soalan?”. istriku bersuara, xde jalan lain k nk selamatkn baby ni??? (die masih belum paham yg baby tu dh xde). kli ni aku kalah.. ak trus peluk istri dan menangis.. barulah die paham yg anak kami mmg dh xde.. kami berdua mncurah2 air mata dpn doc..
then, admitted ward slma 4 hari sebelum lahirnya baby syurga kami Muhammad Yusof bin Muhammad Fakhri pada 8 julai 2019 jam 9.53pm.. kemudian jenazah diambil sedikit uri dan darah utk mengtahui sebab kematian. jam 11.30pm jenazah dibawa k bhgian forensik untuk disimpan semalamn. 9 julai 2019 jam 8am, dimandi dan dikafankn di HSNZ.. jenazah dihantar k kubur merbau patoh dan selamt dikebumikn jam 10am..
Hanya Sempat 27 Minggu Dalam Kandungan Mama
Hadirmu hanyalah 27 minggu dlm kandungan mama, namun pemergianmu mampu menitiskan berjuta2 air mata org yg menanti kelahiran mu syg..
terima kasih kepada semua ummi abi dan keluarga mok mertue adek beradik ipor biras sedara mara dan kawan2 yg sentiase bantu serta mndoakn kebaikan utk kami. ribuan terima kasih utk istri tercinta kerana melahirkn bayi syurga buat ayah..
innalilahiwainnailahirajiun.. semoga arwah Muhammad Yusof dapat memberi syafaat utk ayh dan mama dihari akhirat kelak..
Sejak berkongsi kisah kehadiran Musa, anak angkat pasangan selebriti Mizz Nina dan suaminya Noh, ternyata wargamaya terus ternanti-nanti wajah si comel itu dikongsikan oleh pasangan ini di Instagramnya.
Namun baik Noh mahupun Mizz Nina, keduanya lebih senang tidak berkongsi segala cerita, apatah lagi kisah peribadi kehidupan mereka.
Namun perkongsian sekeping gambar Mizz Nina bersama Musa beberapa hari lalu turut menarik perhatian semua.
Mana tidaknya, sekeping gambar Nina yang sedang memangku kemas Musa begitu menarik perhatian. Jelas wajah keibuan dan kegembiraan yang dimiliki hati wanita cantik ini.
Menerusi Instagramnya, ibu cantik manis ini meluahkan rasa syukurnya dengan setiap ujian yang diberikan kepadanya, lebih-lebih lagi apabila ujian tersebut hadir ketika bulan Ramadan datang bertamu.
“Banyak kali kita tersesat dan lupa tentang kebaikan dan pertumbuhan yang berlaku disebalik ujian ini, bagaimana Allah menghapuskan dosa-dosa kita untuk setiap air mata yang jatuh, dan juga setiap kesakitan.
“Saya bersyukur dengan ujian yang datang, tepat pada Ramadan, saya berdoa agar Allah izinkan saya memasuki Ramadan dengan hati yang lembut, suci dan bersedia untuk beribadah dengan sebaik-baiknya,” tulisnya berkongsi.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya kegembiraan Mizz Nina yang kini bergelar ibu. Katanya, begitu banyak perbezaan yang dilalui kini dalam kehidupan.
“Sangat berbeza bergelar ibu sekarang,” tulisnya sambil memberitahu tidak sabar untuk menyambut kedatangan Syawal bersama anaknya, Musa.
Malah melalui kapsyen yang ditulis isteri kepada penyanyi Noh ini, Mizz Nina juga tidak sabar untuk mengenakan busana sedondong dengan suami dan anak kesayangan mereka itu.
Wargamaya turut meluahkan rasa syukur melihat kegembiraan malah turut mendoakan yang terbaik buat keluarga kecil ini.
“Alhamdulillah, beruntung Musa to have both of you as parents.”
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Musa dengan ibu pakai sedondon. Comel sangat.”
“Happy tengok Mizznina happy. Syukur pada Allah atas anugerah. Semoga Musa jadi anak yang soleh.”
Terdahulu awal Mac lalu, Mizz Nina dan suami mengumumkan kehadiran Musa dalam hidup mereka dan kini sedang melalui detik bahagia bersama permata hati mereka.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang akan tengok perwatakan isteri melalui suaminya. Jika elok, maka tempiasnya akan dapat pada suami. Jika tak elok, persepsi negatif itu terpalit pada pasangan. Bukan mudah nak harungi hidup rumah tangga. Pasti ada pasang surutnya.
Bila hidup berdua, suami dan isteri kena main peranan. Nikmat rumah tangga bukan sejauh mana kita bagi mampu beri wang tetapi keberkatan itu bermula dari keredaan pasangan masing-masing.
Melalui apa yang dikongsikan oleh seorang suami, Muhammad Hassan, masalah rumah tangga ini sentiasa ada. Dari sekecil-kecil masalah hingga sebesar-besarnya jika pandai tanganinya dengan baik dan sentiasa bertolak ansur, semua lebih mudah.
Boleh dikatakan setiap hari saya menerima WhatsApp masalah yang sama. Tidak terkecuali ada juga yang WhatsApp isteri saya bercerita tentang keretakan rumah tangga.
Bila saya baca dan dengar masalah rumah tangga orang lain. Saya termenung muhasabah diri. Sejauh mana telah saya berikan yang terbaik buat isteri dan anak.
Wife saya kata. Jika nak hidup bahagia jaga hati isteri, jangan tipu isteri, jangan khianati isteri. Isteri ini amanah Allah. Amanah dari mak ayah yang dipindahkan kepada suami.
Suami bertanggungjawab bimbing isteri dan anak kenal Allah. Suami ini kena ada sifat penyayang dan prihatin.
Isteri ini dia hamba Allah yang perlu bimbingan, perlu didikan, perlu teguran, perlu kasih sayang, perlu perhatian. Jika bukan suami siapa lagi nak bimbing isteri masuk syurga. Jika bukan suami siapa lagi tempat nak meluah rasa dan kasih sayang.
Saya ucap terima kasih kepada isteri. Segalanya sempurna buat hati saya. Buat hati saya tenang dan bahagia. Bahagia bukan kat mata melihat kecantikan isteri,bahagia bukan melihat kekayaan tersergam depan mata. Bahagia apabila dalam jiwa kita ada sifat sayangkan isteri dan anak-anak lebih dari diri kita.
Rumah tangga bahagia ini sangat mahal. Hargai. Jangan sikit pun bagi ruang untuk fitnah masuk dalam rumahtangga kita.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...