Orang akan tengok perwatakan isteri melalui suaminya. Jika elok, maka tempiasnya akan dapat pada suami. Jika tak elok, persepsi negatif itu terpalit pada pasangan. Bukan mudah nak harungi hidup rumah tangga. Pasti ada pasang surutnya.
Bila hidup berdua, suami dan isteri kena main peranan. Nikmat rumah tangga bukan sejauh mana kita bagi mampu beri wang tetapi keberkatan itu bermula dari keredaan pasangan masing-masing.
Melalui apa yang dikongsikan oleh seorang suami, Muhammad Hassan, masalah rumah tangga ini sentiasa ada. Dari sekecil-kecil masalah hingga sebesar-besarnya jika pandai tanganinya dengan baik dan sentiasa bertolak ansur, semua lebih mudah.
Boleh dikatakan setiap hari saya menerima WhatsApp masalah yang sama. Tidak terkecuali ada juga yang WhatsApp isteri saya bercerita tentang keretakan rumah tangga.
Ads
Bila saya baca dan dengar masalah rumah tangga orang lain. Saya termenung muhasabah diri. Sejauh mana telah saya berikan yang terbaik buat isteri dan anak.
Wife saya kata. Jika nak hidup bahagia jaga hati isteri, jangan tipu isteri, jangan khianati isteri. Isteri ini amanah Allah. Amanah dari mak ayah yang dipindahkan kepada suami.
Ads
Suami bertanggungjawab bimbing isteri dan anak kenal Allah. Suami ini kena ada sifat penyayang dan prihatin.
Ads
Isteri ini dia hamba Allah yang perlu bimbingan, perlu didikan, perlu teguran, perlu kasih sayang, perlu perhatian. Jika bukan suami siapa lagi nak bimbing isteri masuk syurga. Jika bukan suami siapa lagi tempat nak meluah rasa dan kasih sayang.
Saya ucap terima kasih kepada isteri. Segalanya sempurna buat hati saya. Buat hati saya tenang dan bahagia. Bahagia bukan kat mata melihat kecantikan isteri,bahagia bukan melihat kekayaan tersergam depan mata. Bahagia apabila dalam jiwa kita ada sifat sayangkan isteri dan anak-anak lebih dari diri kita.
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.
Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.
Sebentar tadi kita baru dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai akibat tercekik gula-gula jenis jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar.
Memetik laporan Berita Harian, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam kanak-kanak tersebut meminta gula-gula jenis jeli sebelum terkcekik dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Labuan.
Sebagai ibu bapa, ada beberapa langkah yang perlu kita ketahui apabila berhadapan dengan detik cemas. Ikuti artikel penuh ini.
Apakah tanda-tanda seseorang itu tercekik? Kanak-kanak mungkin akan mengalami:
-Sesak nafas secara tiba-tiba.
-Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
-Menggenggam kerongkong.
-Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
-Bernafas dengan cepat.
-Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
-Pengsan.
-Berhenti bernafas.
Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami:
-Batuk yang berterusan.
-Termengah-mengah.
-Tiada apa-apa tanda.
-Komplikasi
-Jangkitan pada paru-paru seperti radang paru-paru.
-Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
-Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak.
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda tercekik? Langkah-langkah jika anak anda tercekik:
LAKUKAN:
-Tunggu sehingga mangsa batuk.
-Minta bantuan.
-Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan.
Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
JANGAN: -Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
-Mendongakkan kepala mangsa.
-Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.
BAGI KANAK-KANAK DEWASA
-Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
-Posisikan badan anda di belakang mereka.
-Lakukan Heimlich manouvre.
-Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).
Langkah-langkah pencegahan:
-Jangan benarkan anak anda makan ketika bermain.
-Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan.
-Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
-Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung.
-Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak.
-Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.
Sumber: PORTAL MyHEALTH, KKM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memilih botol susu untuk si manja yang bersesuaian dengan selera anak pasti agak sukar. Tapi pastikan botol yang dipilih selamat, tepat dan praktikal untuk si kecil.
Mama papa perlu ambil langkah berhati-hati dalam memilih botol susu untuk anak. Pastikan andai periksa 6 perkara ini dulu! Ketahui juga tanda-tanda botol sudah tidak selamat digunakan.
Bagi bayi yang menyusu sama ada susu ibu perahan atau susu formula,botol susu tentunya satu kemestian. Adakah semua botol susu yang anda belikan sesuai dengan si kecil? Tentunya tidak semua diminatinya terutamanya si manja yang cerewet.
Rata-rata mahukan puting susu yang mempunyai saiz dan bentuk seakan-akan payudara ibu. Mama papa boleh ikuti panduan ini dahulu sebelum membuat pilihan.
BELI SATU DAHULU
Jika anda fikir anda ingin menggunakan jenama tertentu, belilah satu atau dua dahulu dan lihat responsnya. Hal ini kerana jika anda membeli satu set botol susu dalam jumlah banyak, ia akan menjadi pembaziran jika si manja tidak menyukainya.
BENTUK PUTING
Jika anda akan menyusukan bayi anda tetapi kadang-kadang menggunakan botol, anda mungkin perlu membeli botol dengan puting lebar yang menyerupai payudara ibu.
KADAR ALIRAN PUTING
Kelajuan susu melalui puting botol berbeza mengikut jenama atau kategori. Ada beberapa jenama yang menjual puting direka untuk aliran cepat, sederhana atau lambat. Kebanyakan bayi baru lahir perlu aliran puting yang lebih perlahan pada mulanya. Aliran terlalu cepat boleh menyebabkan masalah perut si kecil. Belilah puting yang mempunyai aliran lebih cepat apabila si kecil mula membesar.
BAHAN BOTOL – KACA ATAU PLASTIK
PUTING
Pemilihan puting perlu diberi keutamaan. Puting silikon tidak memerangkap bau atau rasa, walaupun selepas digunakan berulang kali. Ia juga tidak mempunyai potensi untuk menimbulkan alahan seperti puting getah atau lateks. Puting silikon juga lebih sukar untuk ‘dikunyah’ oleh bayi, maka kurang risiko tercekik.
SAIZ BOTOL
Bagi si manja baru lahir memadailah botol bersaiz 2oz. Jika anda ingin menggunakan botol dari awal lagi, belilah botol berkapasiti 7oz daripada mula lagi, kerana si kecil akan memerlukan lebih kuantiti susu seiring pembesarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah anak anda mudah sangat: memukul? ketuk kepala? mengigit? membaling barang? Mengapa anak-anak sekarang lebih agresif? Atau sebenarnya mereka lebih ekspresif.
“SEBENARNYA, PADA USIA 1.5 TAHUN HINGGA 3.5 TAHUN DAN MUNGKIN MEMBAWA KE 4,5,6 TAHUN ADALAH USIA DIMANA ANAK-ANAK MULA MENGEKSPRESIKAN DIRI MEREKA”
Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja.
Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu. Ikuti perkongsian Ibu Rose ini.
MEMAHAMI GENERASI MILLENNIA
ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? ATAU SEBENARNYA MEREKA ITU LEBIH EKSPRESIF!
1-JANGAN CEPAT BERSANGKA BURUK
“JIKA ADA ANAK 1 HINGGA 2 TAHUN YANG KELIHATAN MAHU MEMUKUL ANAK LAIN, JANGAN CEPAT BERSANGKA BURUK KEPADANYA”
Dia sebenarnya mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar.
Apa yang Ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, Ibu tolong pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan;
‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’
Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya.Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.
2-SETIAP GENERASI MEMPUNYAI KARAKTER BERBEZA
Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan melinia berbeza dari segi kecenderungan dan karakter mereka.
“KEBANYAKAN GEN MELINIA INI LEBIH EKSPRESI. SELALU DIKATAKAN DEGIL, KERAS KEPALA DAN MENUNJUK PERASAAN”
3-SKIL PARENTING KURANG
Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Millennia ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan.
“ADA IBU BAPA TERLALU LEMBUT SEHINGGA SEMUANYA DIBIARKAN.
ADA YANG TERLALU KERAS DAN TIDAK ADA RUANG BERBINCANG.
ADA YANG TERLALU SUKA MELARANG DAN MENAKUT-NAKUTKAN”
Sebenarnya Gen Millennia bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak.
Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu.
Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.
IBU KONGSIKAN 5 LANGKAH MUDAH DIDIK GENERASI MILLENNIA
ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? ATAU SEBENARNYA MEREKA ITU LEBIH EKSPRESIF!
1 – BAWA ANAK-ANAK BERMAIN DENGAN AKTIF
Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor.
“BILA MEREKA BERMAIN, MEREKA DAPAT MENGEKSPRESI DIRI MEREKA.MEREKA BOLEH MENJERIT-JERIT, MELOMPAT DAN BERPELUH”
Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.Cucu sulung ibu, semasa itu baru berusia 2 tahun suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kaji balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang.
Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.
2 – KURANGKAN GAJET
Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV.
“BILA ANAK-ANAK BERMAIN VIDEO GAMES, MEREKA AKAN MENGALAMI ADRENALIN RUSH”
Bila mereka tidak dapat bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka.
Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu.
“PILIH GAMES YANG BAIK DAN CUBA GAMES ITU DAHULU SEBELUM DIBERI KEPADA ANAK-ANAK KECIL ANDA.
JIKA ANDA SENDIRI RASA TAK MENENTU SELEPAS BERMAIN GAMES ITU, APATAH LAGI ANAK-ANAK KECIL”
3 – KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak.
“GULA YANG TAK NAMPAK, MAKSUDNYA KITA SENDIRI YANG MEMASUKKAN GULA ITU.
GULA YANG TAK NAMPAK, CONTOHNYA MINUMAN SODA, FAST FOOD DSB”
Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang.
Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging. Tenaga dan ‘state’ kita semasa memasak adalah amat penting kerana itulah tenaga yang sampai kepada anak-anak kita.
Jika keadaan diri kita semasa masak banyak menyumpah-nyumpah, maka ke manalah perginya tenaga negatif itu kecuali keada makanan yang dimasak dan kemudiannya dimasukkan ke dalam badan anak. Tenaga tidak boleh dimusnahkan atau dicipta. Ia hanya berubah bentuk.
4 – ELAKKAN MENJERIT-JERIT DAN KERAP MARAH-MARAH
Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb.
“BILA TERLALU SUKA MEMARAHI, MARAH KITA ITU SUDAH TIDAK ADA MAKNANYA. MALAH IA MENJADI CARA HIDUP YANG ANAK-ANAK AKAN IKUT”
Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu.Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah.
Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.
5- KAWAL DIRI BILA NAK MARAH
Jika anda nak marah sangat, jika anda sedang berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup muka ke bantal …
atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak. Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.
Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!