Sebut sahaja aiskrim pasti anak teruja bukan main lagi. Mana tidaknya, sudahlah sejuk, manis pula. Buat anak ternanti-nanti. Apa kata kali ini kita buat sendiri aiskrim homemade untuk anak. Lagi-lagi aiskrim mahal macam ni.
Paling istimewa kerana digabungkan bersama yogurt. Sebiji rasa macam aiskrim mahal. Jom cuba resipi perkongsian Pn Ina Harlina.
Ni antara best selling aku dulu. Cuma biasa aku buh lagi mekap lawa-lawa eskrim ni dengan buah-buah fresh atas dia. Tapi sekarang aku dah retire lama dah dari dunia membaking. Nak buat untuk makan sendiri pun bercinta rasa. Huhuu.
So siapa nak resepinya boleh scroll kat gambar last sekali. Siapa yang ada hati nak suruh aku open order lagi tu silakan buat sendiri.
Bahan-bahan:
500gm fresh cream
500gm whipping cream
500gm yogurt plain asli
350gm susu pekat manis
4 sb ovalate
2 sb jus lemon/limau -yang ni pandai agak-agak dan rasa sendiri bergantung kepada jus limau yang kita pakai
Pukul fresh cream dan ovalate sampai kental atau fluffy.
Ads
Masukkan yogurt mix sekejap bagi sebati.
Masukkan susu, mix lagi.
Pukul whipping cream asing sampai kental.
Campurkan whipping cream yang dah kental tadi dengan adunan fresh cream dan yogurt tadi.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesi persekolahan sudah bermula, pastinya mama nak mencuba menu sarapan yang paling mudah dan simple. Yelah waktu pagi antara waktu yang paling sibuk buat mak-mak di rumah.
Mama boleh cuba menu mudah dan simple ini iaitu roti cheesy balut telur yang menggunakan 3 bahan sahaja. Anak-anak pun confirm suka!
Sambal daging cili api dimasak bersama kacang panjang memang dijamin sedap dan padu buat penggemar pedas. Yang belum tahu tentang resipi ini, jom kita cuba masak sendiri di rumah dengan resipi yang dikongaikan ini.
Selamat mencuba!
Resipi Sambal daging cili api
Bahan-bahan :
**Bahan kisar A
**15 – 20 ulas cili api merah
**3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
bahan bertanda ** kisar hancur dulu, baru kisar bawang merah sekejap ajer, supaya tak hancur sangat.
1″ Halia di hiris
Bahan B
Garam
Gula (saya guna gula perang)
1@2sdb kicap pekat manis
1@2sdb sos tiram
4@5sdb sos cili
Bahan C Bahan hiris
Bawang besar
Kacang panjang
Cili merah di belah dua
**daging yang telah siap di goreng.. 70% masak.. (sekilo daging)
** gaul dengan garam & serbuk kunyit
Cara Penyediaan:
tumis bahan kisar A sampi pecah minyak, masukkan bahan B, lepas sebati dan cukup rasa, masukkan daging, & last bahan hiris.
Kredit: ziera
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang mengikuti akaun Tik Tok pelakon, Nabila Huda pasti sentiasa melihat pelbagai menu disajikan setiap hari.
Hari demi hari, menu bekal ke sekolah yang disediakan Nabila buat anaknya ke sekolah ternyata semakin menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, rata-rata netizen terkejut melihat makanan yang disediakan aktres itu disusun cantik malah dimasak dengan cukup baik, lengkap dengan buah dan menu sampingan lain. Tidak hairanlah dipuji ramai.
Walaupun hanya menu berlauk ayam goreng, namun ia dilengkapkan dengan sayur dan buah dan tersusun cantik dan sempurna. Tidak terkecuali menu daging wagyu yang turut disediakan Nabila buat anaknya ke sekolah.
Menurut Nabila, dia dan keluarga hanya hidup bersederhana, namun apabila melibatkan soal makanan dia akui sedikit mewah.
“Bila melibatkan masakan dan makanan memang saya tidak kisah untuk bermewah sedikit tentang makanan.
“Saya suka makan benda yang berkualiti dan sedap. Apa yang penting adalah mengikut kemampuan masing-masing.
“Anak saya tidak kisah, dia akan makan apa yang saya makan,” luahnya bercerita.
Rata-rata pengikut Nabila di Tik Tok dan Instagramnya turut memuji air tangan aktress itu tidak ketinggalan juga yang memuji kerajinan Nabila memasak setiap pagi untuk anaknya ke sekolah. Memang ibu yang rajin dan terbaik!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.