Sepinggan nasi goreng tak pernah menghampakan. Apa lagi kala dimakan ketika waktu panas. Memang boleh habis licin satu pinggan. Nak cuba kelainan?
Apa kata kali ini mama sediakan nasi goreng sotong kunyit pula untuk keluarga. Bagi suami yang suka makan pedas-pedas, bolehlah ditambah cili padi. Memang umphh resipi perkongsian Har Ryea ini.
Pernah bagitau sebelum ni yang Kak Su dapat resepi dari Tik Tok. Tapi hari ni Kak Su tambah sotong.
Bahan-bahan:
Nasi putih
Bawang merah, bawang putih
Cili padi merah, hijau
Ikan bilis
Telur
Sotong
Kunyit
Garam secukupnya
Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau.
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing, lepas tu ketepikan sikit.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cucur udang atau di sebelah utara menggelarkannya sebagai Coq Udang ini cukup popular. Menu simple tetapi menarik ini sebenarnya boleh menaikkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Resipi yang dikongsikan oleh Lina Thomas ini nampak cukup mengiurkan. Udangnya mewah selambak malah gebu dan bulat. Lain dari cucur udang kita.
Nak tahu apa resipi rahsia wanita yang berlokasi di Amerika Syarikat ini? Jom kita cuba.
Salam 5 Ramadan dari kejauhan. Menu kuih buka puasa kami hari ini – Coq Udang.
Cucur Udang
Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar yis (mauripan)
Air sejuk -agak-agak
Segenggam taugeh
Secekak kecil kuchai – kerat-kerat
1/2 batang lobak merah – sagat memanjang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Udang secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Dalam satu bekas, satu kan tepung, serbuk kunyit, yis, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.
Masukkan taugeh, kuchai dan karot, gaul rata dan perap 30 minit.
Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk dalam minyak panas. Kemudian tuangkan adunan cucur.
Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari senduk.
Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat tos kan minyak. Siap.
Berbeza sedikit cara penyediaan dan bahan-bahan seperti ketupat nasi atau nasi impit, ketupat palas menggunakan beras pulut dan rasanya lebih manis dan sedap.
Jadi, untuk anda yang masih baru dalam penyediaan dan cara memasak ketupat palas ini, jom cuba cara mudah seperti gambar di bawah.
Boleh buat hari raya nanti ni😁
Ketupat pulut cara saya 😊
Bahan-bahan:
1 Beras pulut – 4 cawan
2 Santan – 2 biji kelapa
3 Daun pandan – 1 helai
4 Daun pisang – 1
5 Garam – Secukup rasa
Cara penyediaan:
Rendam beras pulut 2 jam
Kukuskan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.
Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
Ok siap dah.
Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu 😅
Selamat mencuba.
Kredit Resepi: hairul hamid
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dulu apam marble berwarna merah, kali ini chef masakan popular di media sosial, Azlina Ina Fans tampil berkongsi resipi Apam Gula Merah pula untuk pengikut setianya.
Bukan resipi biasa bahkan apam istimewa ini ditambah santan bagi melemakkan lagi rasa apam sebenarnya. Memang lembut dan gebu. Rugi tak cuba!
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih
1 cawan air masak
2 cawan tepung beras
1 cawan 1/2 tepung gandum
1 cawan air masak
1/2 cawan santan pekat
3 sb yis kering
Masak gula merah, gula putih dan air masak. Biarkan larut. Boleh tambah simpulan daun pandan. Matikan api tapis dan bila sejuk.
Masukkan bahan-bahan lain, whisk kan sebati atau kacau rata dan boleh blender sebati. Senang je kan.
Tuang dalam bekas besar tutup pakai kain lembab biar 1 jam.
Dah kembang kacau kan dia tuang dalam loyang. Sapu siap-siap minyak ya.
Kukus 40 minit, kalau acuan kecil-kecil tu 10 minit je kukus.
Okey siap dah, makan la dengan kelapa muda. Letak garam gula sikit macam biasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.