Sediakan Nugget Ayam Tempura Homemade Di Rumah, Anak Makan Bertambah-Tambah!

Share

Makanan-makanan berproses selalu dikhuatiri kita cara pembuatannya. Bimbang anak terlebih pengambilan bahan perasa, garam dan bahan pengawet, apa kata kita belajar sediakan sendiri di rumah bersama anak-anak. Sedap pun sedap!

Menu yang dikongsikan oleh Puan Nurul Azrin di facebook ini nampak ringkas cara pembuatannya. Paling penting senang, selamat dan sihat! Jom cuba.


Menu di kala hujan. Perut pun berkeroncong, maka menu yang simple.. nugget ayam tempura homemade.

Resepi Nugget Ayam Tempura Homemade

Isi ayam dada 4 ketul 
Telur 2 biji
3 sudu tepung jagung
1 sudu tepung ubi
2 ulas bwg putih
1 biji bawang besar
Lada hitam 1 sudu
1 kiub ayam
Garam sekucup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Masukkan dalam bekas dan kukus selama 20 minit.

 

  1. Bahan untuk salut pula, campurkan tepung goreng ayam bestari, bancuh pekat macam dalam gambar.
  2. Goreng dalam minyak yang panas.

Jom cuba dengan anak-anak!

Kredit: Nurul Azrin

IKLAN