Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di taska. Tiada lagi hubungan anak-ibu bapa yang akrab.
Apa yang lebih menyedihkan apabila pulang kerumah kita masih lagi sibuk dengan urusan yang tak pernah habis. Leka menghadap telefon bimbit masing-masing hingga terlupa si anak perlu suapan kasih sayang dari sang ibu dan sang ayah. Jangan sampai akhirnya anak-anak mencari kebahagiaan di luar.. renung-renungkan.
Tuhan menegur kita dengan pelbagai cara. Dan kali ini, reminder sampai melalui keluarga kecil ini.
Ads
Mereka sampai ke cafe lebih kurang kami. Dari dia sampai, sampai kami nak blah, dekat 45 minit. Sepanjang tu, 90% dari masa mereka bersama, sang parentsnya phone tak lekang dari tangan, mata tertumpu di skrin. Ntahape yg ditenung penuh khusyuk. Nak kata urusan kerja, ada disulami sengih dan gelak kecil. Termanggu sendiri si anak memerhati gelagat manusia.
Sesekali si anak bertanya kepada sang bapa, yg dijawab dgn acuh tak acuh. Sorry but cant help not to eavesdropping, because your voice was quite high. Mungkin disangkakan meja sebelah tak faham. Tak perlulah diceritakan apa perbualannya, tapi agak menjengkelkan. Kebanyakkan masa si anak kecil termenung macam dalam gambar tu. Sepi.
Ads
Geram bila tengok, tapi kekadang terjebak juga, terleka dengan phone sedang anak-anak di sisi. Walau seminit dua, tapi cukup untuk anak-anak rasa terabai. Apatah lagi kalau lama macam anak perempuan ni kena.
Semoga kita semua saling ingat mengingat. Jangan sampai hanya sesal bila dah terlewat.
Ads
Nokia was Connecting People; Smartphones are undoing it.
Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak kecil. Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran, rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan tumbesaran anak anda.
Masa mandi bersama si kecil merupakan waktu terbaik untuk meningkatkan ikatan antara anak dengan ibu bapa. Ia kelihatan seperti tugas harian yang wajib dilakukan tetapi sebenarnya ia masa terbaik merangsang otak si kecil anda.
Menurut kajian yang dilakukan, otak kanak-kanak terbentuk sebanyak 85% pada usianya tiga tahun. Dalam tempoh tersebut rangsangan sensorik memainkan peranan penting bagi perkembangan anak untuk sihat dan gembira. Peratus daripada perkembangan otak mereka dicapai menjelang usia tersebut. Pada peringkat ini daya penyerapan kognitif amat tinggi, sistem saraf dan neuron pula berkembang pesat.
Perkembangan kognitif anak juga dipengaruhi aroma. Aroma yang baik dipercayai dapat menstimulasi bahagian otak sehingga menguatkan ingatan anak di kemudian hari. Pilihlah mandian yang wangi buat si kecil agar mereka juga gembira dan teruja setiap kali mandi. Selain itu, saat mandi jangan hanya digunakan sebagai waktu untuk membersihkan diri, melainkan melakukan stimulasi. Berikan sentuhan lembut, ajak anak berbicara, dan lakukan hubungan mata.
Oleh itu jadikan waktu mandi anak sebagai satu detik istimewa bukan sahaja untuk meningkatkan ikatan antara anda dan si kecil malah untuk membantu mereka merangsang perkembangan mereka dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semestinya bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak. Mana tidaknya, inilah masa untuk mereka bersuka ria! Lazimnya percutian pendek seperti satu hari dua malam atau dua hari tiga malam merupakan kelaziman buat mereka yang mempunyai keluarga.
Namun tempoh itu akan meninggalkan ‘igauan ngeri’ jika ada anak-anak mula ‘buat hal’. Bagaimanapun ada caranya untuk mengelak atau mengendalikan anak-anak seumpama ini semasa bercuti atau melancong.
Sebelum memulakan perjalanan, anda telah membuat perancangan yang rapi tempat atau lokasi secara tepat yang bakal dilawati. Tempat yang dilawati mestilah selamat dan cuaca yang tidak terlalu panas atau sejuk. Lokasi sama ada pusat peranginan, taman tema, pantai atau air terjun.
Tempat penginapan ditempah lebih awal. Perjalanan yang jauh menjadikan kanak-kanak mudah letih. Keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal sekiranya anda tidak dapat menyediakan segera tempat untuk mereka berehat dan melakukan aktiviti yang disukai semasa sampai di tempat yang dituju.
Jelaskan kepada anak bahawa biar di mana pun mereka berada, peraturan tetap ada, sekalipun pergi bercuti. Oleh itu, jelaskan beberapa peraturan yang ditetapkan semasa bercuti misalnya tidak membuang bising di lobi hotel, tidak berebut semasa mengambil makanan semasa di hotel dan beberapa peraturan lain. Malah sentiasa mewujudkan ‘peraturan’ sebelum bergerak sesuatu tempat yang ingin dilawati. Dalam masa yang sama anda boleh menyelitkan beberapa peraturan yang perlu diikuti semasa percutian tersebut.
Aktiviti yang dirancang tidak terlalu padat. Makin kurang aktiviti yang di rancangan makin kurang tekanan pada anak. Percutian adalah sesuatu yang menggembirakan anak-anak. Oleh itu, jangan jadikan ia sesuatu mimpi ngeri buat anak anda.
Sekiranya anda merancang untuk melancong dalam jangka masa yang lama dan jauh, mulakan dengan membawa anak melancong dalam tempoh masa yang pendek. Tujuannya adalah untuk melihat sikapnya sama ada mudah menerima perubahan atau tidak. Kesan daripada itu, anda akan ketahui tindakan yang boleh diambil bagi membantu mengawal tingkah lakunya.
Sediakan minda anak untuk berjalan jauh atau melancong. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum perjalanan bermula. Berbincang dengan anak tentang percutian dan tunjukkan gambar tempat yang bakal dikunjungi. Secara tidak langsung mereka akan mempunyai perasaan gembira untuk pergi bercuti dan sentiasa mendengar arahan anda.
7. Sedia kamera
Beri anak kamera untuk kegunaan mereka sendiri. Banyak terdapat di pasaran kamera yang murah dan senang digunakan. Tingkah laku yang tidak diingini dapat dialih bila kanak-kanak sibuk mengambil gambar yang dilihatnya atau yang diminatinya. Kesibukan dengan aktiviti baru ini membuatkan mereka ceria sepanjang percutian.
Bawa bersama mainan yang digemarinya Anda memasukkan mainan tersebut dalam beg kecil. Mudah untuk anda mencarinya apabila diperlukan oleh anak anda. Mainan yang digemari akan dapat membantu mengalih perhatian anak anda daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
Bagi anak yang lebih besar, anda boleh sediakan permainan muat turun di tablet anak anda. Pastikan juga anda telah memasukkan beberapa permainan atau program yang mencukupi serta menarik. Namun hadkan permainan ini kerana kanak-kanak tidak digalakkan melihat skrin tablet dalam tempoh yang lama.
Sepanjang perjalanan anak memakai pakaian yang selesa. Pakaian tersebut sebaik-baiknya mudah ditanggalkan dan fabrik yang tidak terlalu panas atau sejuk. Ia juga tidak terlalu ketat atau longgar supaya mudah untuk bergerak dengan aktif. Cara ini mengelak anak meragam disebabkan rasa panas dan tidak selesa.
Kadang kala anak-anak mula membuat perangai atau tidak dengar cakap apabila mula berasa lapar. Bawa bekalan makanan ringan, buah-buahan dan roti yang secukup sepanjang perjalanan. Jika perlu bawa beg tahan sejuk supaya anak-anak dapat minum minuman yang sejuk semasa perjalanan.
12. Kotak pertolongan cemas
Pelbagai ubat-ubatan ada dalam kotak pertolongan cemas termasuk ubat demam dan sebagainya. Juga jangan lupa membawa ubat yang sepatutnya terutamanya jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai jadual pengambilan ubat-ubatan.
13. Elak makanan manis
Semasa perjalanan elak daripada memberi gula-gula atau makanan manis pada anak. Pemberian gula hanya akan membantu merangsang kanak-kanak aktif. Ia akan membuat anak anda sukar dikawal seperti tidak duduk diam terutama sekali bagi anak yang berusia satu hingga empat tahun.
Sekiranya anda melancong ke tempat yang belum pernah anda kunjungi, anak anda mungkin akan mengalami kejutan daripada segi makanan. Mereka mungkin tidak selesa dengan ‘makanan baru’ itu. Akibatnya anak tidak mahu makan. Situasi lapar boleh menyebabkan anak tidak selesa dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda harus bersedia dengan makanan yang dimasak sendiri atau makanan yang biasa dimakan oleh anak.
Memulakan perjalanan pada waktu malam adalah digalakkan. Waktu malam adalah waktu tidur buat anak-anak. Situasi ini juga dapat membantu mengelakkan anak anda dari bosan semasa berada dalam perjalanan.
16. Melancong dengan minda terbuka
Semasa melancong anda dan anak mungkin akan bertemu dengan perkara atau peristiwa yang di luar dugaan anda. Jangan cepat membuat kesimpulan yang negatif tentang sesuatu yang bertentangan dengan budaya sendiri. Jangan cepat menilai dan cuba sedaya mungkin mencari perkataan yang boleh mengalih rasa ketakutan atau tidak selesa anak anda.
17. Persekitaran tenang
Melancong ke tempat yang sesak dengan orang ramai membuatkan anak tidak berasa selesa. Cara ini membuatkan anak berasa rimas. Bawa anak ke kawasan yang tenang, nyaman dan damai. Itulah percutian buat anak. Jika anda bercadang untuk membeli belah di kawasan yang sesak, seharusnya tinggal sementara anak di hotel.
18. Tidak ke kedai permainan
Jika anda dalam percutian bajet. Elakkan membawa anak singgah ke kedai permainan atau cenderahati yang berdekatan dengan hotel. Kebiasaan harga yang di tempat seumpama ini agak mahal. Cara ini mengelak anak meragam apabila permintaannya tidak dipenuhi.
19. Lokasi lawatan
Pergi bercuti memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun tempat lawatan atau aktiviti lebih berbentuk orientasi kekeluargaan dan kanak-kanak. Jangan lupa, kawasan yang menawarkan kolam renang dan taman permainan tema. Kanak-kanak pastinya sepanjang hari berseronok dan gembira.
20. Dalam pesawat
Jika anda memilih untuk menaiki kapal terbang untuk ke destinasi percutian, anak akan mengalami perubahan tekanan dalam kapal terbang semasa berlepas atau mendarat. Ia mungkin akan membuatkan mereka meragam atau menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh itu, tip untuk mengelak daripada berlaku ialah berikan sesuatu untuk diminum atau berikan lollipop pada anak yang lebih besar.
21. Beg kecil
Jika anda mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil, masukkan pakaian setiap anak-anak ke dalam plastik secara berasingan sebelum anda memasukkan kesemuanya dalam beg besar anda. Keadaan ini akan memudahkan dan mempercepatkan tindakan anda semasa mengurus anak kecil tersebut. Dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anak daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
22. Berhenti rehat secukupnya.
Sekiranya anda melakukan perjalanan hampir separuh hari dengan menggunakan kereta, anda perlu singgah berehat, sekurang-kurangnya dua jam sekali. Kanak-kanak memerlukan masa antara 15 hingga 30 minit untuk menghilang rasa letih, lenguh dan juga untuk bermain seketika sebentar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senang hati bila nampak kesemua barangan basah tersusun cantik dalam peti sejuk. Pun begitu bagi memudahkan proses memasak dan menjimatkan ruang simpanan, kaedah menggunakan plastik dirasakan lebih sesuai.
Perkongsian Pn Fida Ashaar mengenai cara menyimpan barang basah menggunakan plastik ini boleh dicontohi. Bukan saja menjimatkan masa bahkan rasa manis daging pun masih kekal elok. Bukan saja barang basah, daun-daun herba pun boleh disimpan kemas dan peti sejuk.
Dulu aku suka simpan stok daging semua ni dalam bekas bertutup. Tak kiralah tupperware atau tipuware.
Kebetulan haritu, adik jiran datang dan sempat lah berbual. Dia tanya macam mana aku simpan barang basah, then aku pun bagitau lah dia.
Lepas cuci, siap potong, aku akan asingkan ikut portion masakan dan letak dalam bekas bertutup. Lepas tu susun lah dalam freezer. Nampak comel je tersusun.
Kemudian dia pun bercerita,
“Ohhh Kak Fida, simpe gitu ko? Kito simpe dale plastik. Tok lekat ko plastik tu letok dale peti ais?” aku mengajuk dialek Kelantan pekatnya.
“Ehh bakpo nok lekatnyo Kak Fida. Lepah (lepas) kito boh plastik, kito letok la dale bekah (bekas). Nak guno gak, kito ambik la so plastik tu gi rende(rendam). Mudoh lagi gitu.”
Aku pun ooooo besar dengar dia cerita sambil membayangkan. “Nati kak nok try lah.” jawap aku sambil tersengih.
Kebetulan esoknya aku ada gi beli daging. Lepas potong semua, aku pun masukan dalam plastik ziplock dan susun kemas tepi dinding peti ais.
Okay boleh tahan kemas sebab ziplock tu boleh tegak. Paru pun aku rebus siap-siap sebelum potong nipis dan simpan. Nanti nak masak, keluarkan dan rendam air panas sahaja.
Satu plastik tu untuk sekali masak. Mudah. Keluarkan dan rendam ja dalam air. Ehh betullah, Lebih cepat defrost berbanding dulu.
Masa aku rendam barang basah yang disimpan dalam bekas bertutup dulu, boleh tahan jugak la nak tunggu defrost kecuali aku bukak air dalam sinki dan siram lelaju. Jenuh laki aku bayar bil.
Tips ni bagus sebab rasa dan manis daging pun tak hilang. Kekal di situ, terperangkap dalam plastik.
Tengkiu jiran bagi tips berguna. Untung jugak bersembang walau nampak sembang kosong. Tapi tetap ada isi.
Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)