“Sedihnya, Menangis Tak Berhenti” Warganet Sebak Tengok Arrian, Tomok Hantar Pembantu Rumah Balik Kampung!

Share

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Berat bagi kita sebagai orang dewasa, namun berat lagi bagi anak kecil yang baru merasai erti perpisahan sebenar.

Perkongsian sebuah video yang dikongsikan penyanyi Tomok mengenai perpisahan pengasuh dan anak-anaknya meruntun jiwa seluruh pengikutnya di Instagram.

Sedih dan pilu bila melihat anak Tomok, Arrian menangis teresak-esak sebelum berpisah dengan pembantunya yang kembali ke Indonesia, selepas dua tahun bersama mereka.

“Setiap pertemuan akan ada perpisahan,” katanya ringkas.

Melalui entri itu juga, Tomok turut mengucapkan terima kasih kepada pembantunya kerana banyak membantu menguruskan keluarganya dengan baik.

“Terima kasih Daimah jaga keluarga saya dengan baik selama dua tahun. Selamat pulang ke Indonesia. Sampai jumpa lagi,” tulisnya.

Video yang dikongsikan Tomok dengan Arrian yang menangis tanpa henti itu turut membuatkan pengikutnya hiba. Bukan hanya Arrian bahkan isterinya, Ayu turut sama menangis sebelum berpisah.

Malah pembantunya yang bernama Daimah itu turut sama meminta maaf kepada Ayu dek mungkin kerana tidak lagi dapat menyambung kontraknya untuk kembali bersama keluarganya di Indonesia.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan kapsyen, video yang ditonton lebih 397,000 jumlah tontonan itu turut menerima dan komen pelbagai reaksi dari seluruh pengikutnya.

Bukan hanya berkongsi sedih bahkan rata-rata pengikutnya di Instagram meminta agar Tomok menyambung kontraknya kembali.

“Kenapa tak sambungkan khidmat pembantu tu? Sian budak-budak.”

“Aduh sedihnya tengok. Anak-anak ni bila dia sayang memang dia sayang betol-betul. Untung Tomok dapat pembantu yang baik dan sayangkan anak-anak.”

“Pastinya dia seorang yag baik dan disenangi oleh Tomok sekeluarga. Anak-anak, isteri pun. Kami semua pulak sedih sama.”

Semoga anak-anak Tomok terus kuat untuk menerima perpisahan ini.

Terdahulu, Tomok dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Hasil perkahwinan selama 10 tahun itu, mereka kini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Arrian, Andra dan Siti Khadijah.

Artikel berkaitan: Muka Khadijah Bersih Dari Rumah, Isteri Tomok Kongsi Pengalaman Rawat 2 Anak Alami Masalah Sama

Dua Bodyguard Siti Khadijah, Tomok Syukur Hadirnya Khadijah Meriahkan Keluarga!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @tomokofficial

IKLAN