Kebanyakan orang kata eloknya orang perempuan ni ada duit sendiri dalam tangan. Tak banyak pun tak apa simpanan tu, asalkan boleh digunakan dalam masa terdesak.
Mungkin bagi yang bekerja makan gaji atau pun buat bisnes kecil-kecilan tak ada masalah, cuma bagi yang tiada pendapatan tetap, simpanan sikit-sikit tu tetap boleh dilakukan jika pandai menyimpannya.
Menerusi perkongsian saudara Firdaus Shakirin yang banyak berkongsi ilmu rumah tangga, beliau mengupas kenapa pentingnya isteri ada duit sendiri. Bukan maknanya kita harapkan sesuatu yang buruk berlaku tetapi untuk kesenangan bersama.
Ada pendapatan boleh bantu ringankan beban suami
Baik dan bagus sekiranya isteri itu ada pendapatan bulanan. Tapi nawaitu untuk ada pendapatan itu bukanlah sebagai persediaan untuk ditinggalkan suami.
Ads
Ada pendapatan, untuk meringankan bebanan suami. Ada pendapatan untuk perbelanjaan kelengkapan sendiri. Ada pendapatan, untuk buat simpanan, beli aset dan kegunaan kemudian hari..Sekurang-kurangnya ada pendapatan untuk di hulurkan kepada orang tua sendiri.
Maka, tidak lagi perlu meminta-minta dari suami untuk kegunaan-kegunaan berikut sebab dah ada duit sendiri.
Persediaan sekiranya ditinggalkan suami itu tak perlu dibuat oleh seorang isteri bila awk dah pun buat perkara-perkara diatas. Secara automatiknya, jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini, maka tiada apa yang awak perlu khuatirkan atau risaukan sebab awak dah lebih dari boleh untuk hidup tanpa seorang suami.
Ads
Bagi yang tiada pendapatan, janganlah terus risau
Dan bagi yang tiada pendapatan, jangan risau, jangan kelam kabut…Jangan esok terus cari kerja, jangan esok terus nak berniaga.
Ads
Allah SWT dah janji bahawa Dia akan mencukupkan sekiranya terjadi sesuatu kepada pasangan awak tu. Maka letak keyakinan anda pada Allah SWT.
Dalam membesarkan anak-anak memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu mak ayah tempuhi. Nak tunggu semua besar macam-macam karenah dan perangai nak kena hadap. Namun itu semualah yang mematangkan dan memberi pengalaman untuk kaedah yang lebih baik dalam mendidik anak-anak. Orang kata belajar dari pengalaman.
Dalam menguruskan anak yang masih kecil, pengurusan emosi paling penting untuk dititik beratkan oleh setiap ibu bapa. Gagal menguruskan emosi diri sendiri bimbang akan turut memberi kesan kepada emosi anak-anak.
Seperti perkongsian yang dibuat oleh Siti ‘Aisyah Rozalli dalam menangani ‘krisis’ bersama si kecil yang tiba-tiba muntah ketika dalam perjalanan. Pastinya rasa panik datang menempa dan membuatkan emosi sedikit terganggu. Bagaimana cara untuk menjadikan sesebuah situasi yang tegang menjadi tenang, ikut perkongsian ibu ini:
5 TIP KAWAL EMOSI KITA, MASA URUS EMOSI ANAK.
(banyak nau perkataan emosi kat situ kan)
Tu dalam gambar tu kat R&R. Betul-betul tepi curb jalan tu saya duduk😅😅😅
Habis program di Putrajaya pagi tadi, kami terus pulang ke Melaka bersama anak-anak.
Haaaa…..
Tengah borak-borak loving-loving kat depan dengan ayah diorang (sila kawal muntah anda)
Tiba-tiba…
“Aaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Si Husam jerit high-pitched punya!
Anak kami yang 4 tahun tu, tengah fasa “terus jadi mangsa” walaupun dia yang kacau abang dia dulu
Maka, dia jerit macam ada orang gigit hidung dia serta merta
Mak ayah diorang yang dikejutkan dari lamunan kat depan ni pun apa lagi?
Terrrrrrjerit nak overcome suara si anak.
“APASAL TU?????!!!!!”
Ofkos mula-mula takut ada emergency kan.
Pusing belakang, tengok abang dah bergenang air mata.
“Husam ketuk kepala Thufayl tiba-tiba je. Thufayl ambillah mainan dia!”
2. Bagitahu abang-abang, tak perlu cakap dengan Husam. Pandang depan, biar Husam siap menangis menjerit dulu. (Kita tak mahu marathon kecederaan dan tangisan bersilih ganti ya)
3. Cari R&R, untuk parking tepi dengan tenang. Tanpa cakap apa-apa lagi dengan Husam. Just tengok cermin pandang belakang pastikan semua orang di belakang selamat.
(Anak tengah mengamuk, kita tegur dan pujuk masa tengah syok mengamuk, memang tak masuk pun apa kita cakap. Bagi dia masa sekejap, dan hanya pastikan sekitar dia selamat)
4. Parking tepi. Mama turun kereta, buka pintu, pusingkan anak dan DUDUK SEPARAS MATA ANAK.
Kenapa separas mata?
Supaya anak alert yang kita dah sampai depan mata dia. Sentuh bahu anak dengan sedikit pressure, dan peluk anak.
5. Bila anak dah diam, baru bincang apa yang berlaku. Masa ni, barulah keluarkan semula segala SOCIAL STORY, NASIHAT, yang kita pernah beri sebelum ni.
SOCIAL STORY penting. Sebab anak-anak kecil ni, kalau kita cakap je dia tak dapat faham sangat. Kena tunjuk gambar-gambar.
Social story : “Pukul orang tak bagus”, “Adik-beradik kena saling menyayangi”, “Anak soleh sayang keluarga”.
Apa-apalah. Social story berkaitan dengan apa yang diperlukan anak kita.
Begitulah.
Salah satu tips emergency namanya.
Yang paling penting kat situ?
MAK AYAH KENA TENANG & SEHATI SEJIWA BERUSAHA UNTUK SALING MENENANGKAN.
Gambar ayah dia takde kan dalam tu?
Sebab ayah dia sibuk uruskan anak yang selebihnya tu supaya maknya ni, boleh settlekan si anak yang sedang mengamuk.
Nampak tak kerjasama tu penting?😉😉😉
Saya doakan KITA SEMUA BEROLEH KETENANGAN DAN ILHAM TERBAIK dalam menguruskan anak-anak kita ❤❤❤
Semoga perkongsian ini bermanfaat 😁
Boleh share kat ruang komen TIPS ANDA PULA.
Kita kongsi sama-sama ya ❤
Mak ayah jangan sekali-kali buat tak endah bila anak hendak mengadu atau bercerita setiap hari. Berilah anak peluang untuk berkongsi kisahnya. Elakkan buat beberapa perkara remeh yang boleh mengguris hati anak.
Malah menurut perkongsian, Hanis Athirah Rusli, beberapa perkara kecil yang kita lakukan sebenarnya bukan hanya buat anak berjauh hati bahkan cara kita ini juga akan turut menjadi contoh bagi dirinya dalam berkomunikasi dengan orang lain. Jadi tunjukkanlah yang baik-baik sahaja.
Perkara yang kita tak sengaja buat, tapi boleh membawa maksud kita tidak sensitif untuk menjadi pendengar yang baik untuk anak.
* Memotong cakap anak ketika mereka sedang rancak bercerita
* Sibuk memandang telefon semasa anak bercakap dengan kita
* Berlalu pergi semasa mereka baru buka mulut
* Diam membisu, tidak mengiyakan atau menidakkan apatah lagi memberi respon apa yang anak luahkan
* Menyuruh mereka berhenti bercakap kerana merasakan ada yang lebih penting daripada mendengar cerita anak yang membosankan
* Mengubah topik perbualan
* Terlalu cepat menghakimi percakapan anak
Tersalah sekali mungkin mengapa, namun jika kita biarkan memberikan respon sebegini kepada anak, risau mereka akan mencari ‘telinga lain’ untuk mendengar.
Jadilah ibu yang sweet untuk anak, menjadi seorang ibu ayah yang membuatkan anak teruja untuk meluahkan isi hati dan apa yang mereka rasa.
Itulah perkara paling sweet yang boleh kita lakukan tanpa melibatkan sebarang harta benda.
Antara perkara-perkara yang kita tak sengaja buat, tapi anak belajar untuk mencontohi:
Apa yang anak lihat dan dengar itulah yang akan disimpan menjadi memori. Bila benda baik tak kisahlah, yang risau bila benda yang tak sengaja kita buat yang itulah mereka belajar untuk tiru.
Dari usia seawal bayi, anak-anak akan belajar berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh ibu bapa, orang sekeliling dan persekitaran mereka.
Sebab itulah banyak pepatah melayu yang menunjukkan hubungkait perilaku ibu ayah dalam mempengaruhi perangai atau sikap anak-anak seperti ” Bapa Borek Anak Rintik” atau ” Ke Mana Tumpah Kuah, Kalau Tidak Ke Basi”. Baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya.
Seharusnya depan anak-anak kita perlu berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan supaya anak tidak meniru sebarang perkara negatif dalam menjalani aktiviti seharian mereka.
Tapi, jangan risau bila buat benda yang tak sengaja kerana hakikatnya, kita juga manusia, penuh dengan kelemahan dan tak henti dari melakukan kesilapan.
Dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar terutamanya yang berumur sekitar 0-6 tahun, teori dan juga pendekatan secara praktikal diperlukan oleh ibu bapa. Maklum sahaja ketika usia sebegini anak-anak mudah menyerap apa yang kita buat untuk mereka sekaligus sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap dan perangai mereka bila dewasa kelak.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) di peringkat ASEAN ada petua untuk para ibu bapa dalam mendidik si kecil zaman milenial ini berdasarkan penyelidikan yang ada.
Dengan tibanya tahun baharu 2020 dan dengan bermulanya kurun seterusnya dalam sejarah peradaban manusia, cabaran dan dugaan yang hebat sudah pasti dirasai oleh papa, mama dan para pendidik prasekolah yang mengambil berat akan pekembangan si kecil kontemporari dalam lingkungan usia 0-6 tahun.
Tahun-tahun awal ini bukan hanya membentuk peribadi seorang insan tetapi pendidikan berbentuk praformal (sebelum pendidikan formal di sekolah rendah dan menengah) di taska dan tadika serta dalam situasi rumah membantu proses perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek si kecil.
Saya pasti mama dan papa serta pendidik prasekolah di luar sana tahu banyak tips serta panduan berguna tentang cara-cara untuk mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan si kecil. Untuk edisi kali ini, saya kongsikan lima petua tambahan berdasarkan bukti dan fakta dari penyelidikan sains sosial serta ilmu pendidikan berkenaan pendidikan si kecil dalam peringkat usia pendidikan praformal 0-6 tahun.
Saya rasa semua orang tahu bahawa membiarkan si kecil duduk di depan skrin telefon pintar, tablet, komputer atau televisyen selama berjam-jam pada satu-satu masa, amat tidak baik untuk perkembangan dan juga kesihatannya. Tetapi hakikatnya, memang sukar untuk papa dan mama memantau serta mengawal aspek kehidupan ini, lebih-lebih lagi dewasa ini pendidikan berbentuk digital dan juga hiburan berbentuk digital amat mudah dimuat turun ke dalam telefon pintar, tablet, komputer atau televisyen.
Tidak masuk akal dan amat tidak patut jika mama dan papa menahan kanak-kanak pada peringkat usia pendidikan praformal daripada menggunakan teknologi. Ini kerana hidup kita hari ini saling terikat dengan teknologi sehari-hari. Realitinya juga semua orang tidak kira tua atau muda, si kecil atau anak remaja cenderung menggunakan media sosial untuk saling berhubungan, berkongsi rasa serta belajar bersama.
Pada masa yang sama, pantauan dan kawalan amat diperlukan supaya masa di depan skrin tidak membantutkan pembangunan potensi diri si kecil, merosakkan kesihatan matanya atau mengganggu rutin lain yang produktif seperti membaca santai atau beriadah di luar rumah. Akademi Pediatrik Amerika Syarikat baru-baru ini mendapat bahawa masa yang terlalu lama di depan skrin sebenarnya boleh membantutkan pemikiran kanak-kanak!
Pada penyelidik dari Akademi itu menguji kemahiran bahasa dan celik huruf 47 orang kanak-kanak prasekolah antara usia tiga hingga lima tahun dan melakukan pengimejan pada otak mereka. Didapati kanak-kanak yang terlalu kerap dan terlalu taksub menggunakan media teknologi berasaskan skrin (screen based technologies) mempunyai mikrostruktur otak yang agak kurang maju berbanding kanak-kanak lain.
Akademi Pediatrik Amerika Syarikat juga banyak menjalankan penyelidikan mengenai proses mendisiplinkan diri kanak-kanak. Pada bulan November 2019, Akademi ini telah mengeluarkan kenyataan yang amat keras berkenaan proses mendisiplin kanak-kanak dan
papa dan mama yang terlalu mudah marah dan cepat pula ‘naik tangan’ dengan si kecil. Data dari kumpulan penyelidik di Akademi ini mendapati bahawa memukul si kecil lebih banyak mudarat berbanding dengan kebaikan.
Beberapa penyelidikan sains sosial dan pendidikan lain juga mencapai rumusan yang sama. Hukuman pada tubuh badan kanak-kanak mempunyai banyak kesan buruk dan boleh membawa kepada tingkah laku yang agresif dan menentang orang dewasa. Hukuman fizikal pada usia muda juga akan meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan masalah berkaitan minda.
Lebih merisaukan, dalam situasi famili di mana kanak-kanak dilayan dengan ‘keras’ pada jangka masa panjang, hukuman fizikal hanyalah akan menjejaskan hubungan antara mama dan papa serta anak kecil mereka. Hubungan positif yang sepatutnya dirasai dalam famili akan dirosakkan oleh hukuman fizikal yang tidak terkawal, berlebihan dan tidak ada sebab yang munasabah!
Walaupun ada sebab yang munasabah, seharusnya hukuman fizikal dielakkan untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan ke bawah. Mereka masih kecil dan masih lagi tidak matang dalam berfikir. Dikhuatiri juga hukuman berbentuk fizikal akan membawa kepada kecederaan fizikal kerana tubuh badan kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan ke bawah bukan hanya kecil tetapi mudah sakit dan tercedera.
Petua ini sebenarnya amat relevan kepada mama-mama di luar sana yang ada anak kecil dalam lingkungan usia 0-6 tahuan. Para penyelidik sains pendidikan di Universiti Buffalo, Amerika Syarikat telah mengkaji lebih daripada 140 remaja di New York. Data mereka menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat layanan dengan penuh mesra, rasa kasih dan juga sayang sukar untuk menjadi pendera pada masa depan malah mereka juga kurang risiko menjalinkan hubungan dengan ‘kaki dera’ kelak.
Data untuk projek penyelidikan ini berkisar tentang konflik yang mereka lihat dan rasai antara mama dan papa mereka di rumah, pengalaman dalam perhubungan mereka dengan mama-mama mereka dan juga keganasan lain yang pernah mereka rasai sejak usia awal kanak-kanak lagi. Yang pasti, kemesraan dan rasa kasih serta sayang bukan sekadar memberi kekuatan dalaman tetapi juga dapat membentuk identiti diri yang cemerlang.
Kanak-kanak, pada usia muda lagi, sebenarnya sudah mula membentuk suatu model dalaman mengenai diri mereka sendiri dan orang lain berdasarkan kualiti perhubungan mereka dengan papa dan mama mereka. Jika mama atau papa mereka sering berlaku kasar atau tidak konsisten, kanak-kanak akan merasakan bahawa diri mereka kurang bernilai dan tidak dapat disayangi. Mereka juga akan sukar percaya kepada orang lain.
Akan tetapi, kemesraan dan tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh mama dan papa akan meningkatkan penerimaan diri kanak-kanak. Kehangatan perhubungan keluarga yang mereka rasai juga akan membantu kanak-kanak membentuk model dalaman diri yang positif. Mereka akan percaya bahawa diri mereka juga layak disayangi oleh orang lain serta patut dihormat, seperti mana mereka menerima dan menghormati orang lain di sekeliling mereka.
Sekumpulan penyelidik lagi dari Akademi Pediatrik Amerika Syarikat telah menganalisis respons survei atau tinjauan daripada mama, papa serta penjaga 49,050 kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 17 tahun. Fokus para penyelidik ini adalah jumlah jam tidur purata untuk kanak-kanak di rumah mereka, bersama ahli famili mereka. Topik ini walaupun mungkin dilihat agak remeh, sebenarnya mempunyai implikasi yang amat besar dalam hidup kanak-kanak dan remaja dari sudut kesihatan dan pendidikan mereka.
Menurut para penyelidik dari Akademi berkenaan, tidur yang mencukupi bermakna sekurang-kurangnya 9 jam pada malam hari secara purata untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan sekurang-kurangnya 8 jam pada malam hari untuk remaja yang berusia 13 hingga 17. Untuk kanak-kanak pada peringkat usia praformal 0-6 tahun, sudah tentu tempoh waktu yang lebih lama diperlukan!
Para penyelidik dari Akademi berkenaan mendapati bahawa kira-kira sepertiga kanak-kanak sekolah tidak mendapatkan tidur yang cukup pada hari-hari sekolah mereka. Walaupun ini mungkin bukan perkara yang paling teruk di dunia jika dibandingkan dengan isu lain berkaitan tumbesaran serta perkembangan, ini masih lagi perkara yang perlu diambil serius untuk mama dan papa khasnya.
Kanak-kanak serta anak remaja yang tidak cukup tidur sebenarnya cenderung berasa tidak teruja atau tidak menunjukkan minat untuk mempelajari perkara-perkara baharu. Mereka juga kurang mengambil berat tentang prestasi semasa belajar, mereka cepat hilang minat untuk menyelesaikan perkara-perkara yang telah mereka mulakan dan mereka sukar untuk berasa tenang jika dihadapkan dengan dilema, konflik atau masalah.
Musuh utama kita yang hidup dalam kurun baharu ini adalah masa! Masa dirasakan makin kurang dan makin terhad, sehingga masa yang ada lebih bernilai daripada emas dan juga platinum. Masa yang tidak cukup serta agak terhad juga sering dijadikan alasan oleh papa dan mama yang tidak dapat meluangkan masa untuk si kecil mereka. Apa pun yang anda lakukan dalam hidup, sesibuk mana pun anda keluar mencari rezeki – wajib anda cuba untuk meluangkan masa dengan si kecil anda!
Aktiviti bermain atau riadah misalnya, akan merembeskan hormon ‘oxytocin’ dengan banyaknya dalam tubuh kanak-kanak. Oxytocin adalah hormon yang kritikal dan berkait rapat dengan kesihatan mental manusia. Hormon ini terlibat dalam aktiviti interaksi sosial bersama orang lain dan juga dalam proses membina ikatan yang lebih rapat dengan orang lain di sekeliling kita.
Akan tetapi, hormon ini dan banyak hormon lain lagi tidak semestinya diaktifkan melalui aktiviti fizikal sahaja. Untuk kanak-kanak misalnya, oxytocin dirembeskan apabila mereka berasa empati, apabila mereka melihat orang yang sayang dan menerima mereka dan juga apabila kulit mereka disentuh oleh mama dan papa mereka. Maka, tidak ada alasan untuk kita tidak meluangkan masa dan bermesra dengan si kecil tersayang di rumah.
Begitu besar kerugian papa dan mama yang tidak cuba meluangkan masa untuk bersama dengan si kecil. Masa yang hilang juga tidak akan berganti kembali, jangan kita lupa bahawa seorang anak kecil semakin meningkat dewasa dengan sekelip mata. Si kecil yang dahulunya amat sayang dan perlukan diri kita sebagai papa dan mama mungkin kelihatan
sedikit renggang apabila mencapai usia remaja dan awal dewasa. Oleh sebab itu, rebutlah masa yang masih ada dengan sekuat-kuat usaha.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.