Jika dilihat secara luaran pasti orang tak akan sangka yang Dr Say Shazril sebenarnya terkesan apabila dapat tahu yang anak sulungnya, Aezriel atau mesra dipanggil Ace disahkan mild autism. Bapa mana yang tak sedih kan, lagi-lagi berlaku pada anak sendiri.
Tambah pula sebelum itu, penantian untuk mendapat anak penuh berliku dan selama 5 tahun Dr Say berusaha baru dapat berita gembira isteri mengandung. Namun kegembiraan itu hanya seketika kerana pada usia Ace 2 bulan, isteri Dr Say, Dr Azura mendapati ada sesuatu yang tak kena pada anak sulung mereka waktu itu.
“Seawal usia Ace 2 bulan dah nampak. Bila panggil tak respon, 6 bulan tak pandang bila panggil, hanya pandang sekeliling je. Tapi bila 1 tahun 6 bulan makin nampak ketara. Setelah isteri study memang nampak itu adalah ciri-ciri autism dan bila dirujuk pakar semuanya terjawab.
“Mulanya saya tak boleh terima apa yang berlaku dan pernah tertanya pada diri sendiri kenapa benda ni jadi pada aku? Seolah saya mempertikaikannya.
“Lagi sedih autism ni bukan macam penyakit biasa, makan ubat terus sihat, tapi ni life long.,” kongsi Dr Say ketika berbicara mengenai sisi hidupnya dalam Pa&Ma Gala 2022.
Tambah bapa kepada dua anak lelaki ini yang juga penerima Anugerah Best Papa Millenial 2022, ada masa bila duduk seorang diri terfikir juga alangkah seronoknya kalau boleh sembang macam ayah yang lain dengan anak lelakinya, tapi dengan Ace kita sembang seorang diri.
Ads
“Cuma sekarang saya sangat bersyukur kerana dah boleh nampak perubahan yang banyak. Dari memandang merata, sekarang boleh fokus dan dah boleh cakap. Saya sangat berterima kasih pada isteri kalau dia tak sedar dan tak check dari awal tak tahulah, mungkin saya menyesal.
“Semasa kami tahu Ace ada mild autism ini, isteri dah cakap awal-awal tak mahu kongsi pada orang ramai terutama di media sosial tetapi saya rasa perlu kongsi sebab saya tahu ramai lagi ibu bapa di luar senasib dengan saya.
“Jika orang tanya penerimaan saya dulu, jujur saya akui agak berat namun sekarang 90 hingga 95 peratus dah ok dan boleh terima,” katanya.
Ads
Sementara itu, Dr Say juga mengakui kehadiran anak kedua iaitu Sefriel banyak memberi perubahan pada Ace untuk jadi lebih positif. Memandangkan Ace tak suka bergaul, ia sedikit memberi cabarannya.
“Masa awal kelahiran Sef, Ace memang tak boleh terima. Nampak Sef ada dekatnya, pasti nak ditolak. Boleh dikatakan Sef selalu kena buli, kena tolak, lama-kelamaan dia dah boleh terima dan sayang.
“Sekarang mula nampak bonding antara dua beradik itu. Adik pun selalu kacau dan bergurau dengan abang. Jadi bila makin lama, Ace dah boleh terima dan mula sayang,” ujarnya.
Dalam pada itu juga, Dr Say turut menitipkan kata-kata buat anak lelakinya yang sangat mendalam maksudnya.
Ads
“Daddy dan mommy nak beritahu yang Ace dan Sef the greatest gift to us. Kalau Sef tengok nanti abang berseorangan, Sef tolonglah jaga abang macam mana mommy dan daddy jaga Sef. Susah sikit nak faham abang, tapi inshaAllah kalau dia rasa dirinya disayangi dia akan behave dengan sangat elok. Kalau boleh janganlah lupakan abang tu. Sef tolong jaga abang.”
Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak istimewa, Dr Say mengharapkan orang ramai menghormati dan memahami ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini. Tiada siapa yang pinta pun namun jika ketentuan ilahi terima dengan hati terbuka dan cubalah lakukan yang terbaik. Ini kerana, mengikut kajian 1 dalam 4 anak lelaki ada autism.
Bagi mendengar perkongsian lebih lanjut mengenai kisah Dr Say sebagai daddy buat dua permata hatinya dan suami sporting, tonton video anugerah Pa&Ma Gala 2022 ini:
Hari pertama sesi persekolahan hari ini membuka pelbagai lembaran baru dan kisah dalam kehidupan anak-anak kita di Tahun Satu. Tak kurang hebatnya dengan ragam anak-anak pagi ini.
Namun bagi pelakon Yana Samsuddin dan Fadzil Zahari, keduanya lega bila mana anak sulung mereka, Aisy Mateen tiada drama air mata malah cukup bersemangat ke sekolah pagi ini.
Aisy Mateen yang masuk Tahun 1 ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) hari ini melangkah ke sekolah dengan yakin dan ceria untuk bertemu kawan-kawan.
Melalui Instagramnya, Yana berkongsi cerita malah turut memuat naik beberapa gambar sesi persekolahan Mateen pagi tadi.
“Alhamdulillah! 1st day nampaknya berjaya! Takda drama air mata! @aisymateen pun bersemangat nak ke sekolah,” kata Yana bercerita.
Bahkan kata Yana, anak sulungnya itu bukan sahaja ceria dan bersemangat ke sekolah malah tambah yakin bila turut mendapat semangat dari adiknya, Aura Sofea serta datuk dan neneknya sebelum ke sekolah.
“Nak keluar rumah adik dia si @auraaisysofea pun sibuk peluk-peluk salam bagi semangat kat abang dia.
“Pagi pagi jugak atuk nenek, mommy long, and teacher sekolah tadika dia bagi kata kata semangat juga.
“Rasanya dadi dia yang nangis… hahahahaa. Tak sangka anak dah besar!
“Ok mommy, dadi nak gi dating breakfast jap. Mommy mommy dadi ok ke tak tu?,” kata Yana lagi.
Malah Yana juga turut mengabadikan kenangan hari pertama persekolahan bersama Mateen ketika berada di sekolah.
Dalam pada itu, wargamaya turut menitipkan doa dan kata-kata semangat untuk Mateen yang memulakan sesi persekolahannya hari ini. Tidak kurang juga yang turut berkongsi kisah anak masing-masing ke sekolah.
Seiring dengan peredaran zaman, penggunaan gajet lebih menjadi pilihan kanak-kanak berbanding permainan atau sesuatu aktiviti yang melibatkan fizikal. Kadang tu, ada dalam kalangan anak-anak yang sanggup tak makan.
Malah ada juga anak-anak boleh duduk diam berjam-jam menghadap skrin gajet semata-mata untuk menonton rancangan kartun yang pelbagai di saluran Youtube. Disebabkan anak yang duduk diam, kebanyakan ibu bapa rasa selesa dan bagus lagi-lagi bila bawa anak keluar ke mana-mana. Tak perlu nak berkejar ke sana sini.
Namun pernah tak kita terfikir anak yang melihat gajet tanpa pemantauan ibu bapa ada kesan negatif yang tak dijangka sama sekali. Contohnya sekarang banyak kandungan dalam program Youtube turut menyelitkan unsur ‘lucah’.
Mungkin kita tak perasan kerana kartun yang diselitkan unsur sebegini adalah kartun yang banyak memberi pengajaran yang baik sebelum ini. Melalui perkongsian di Facebook Siti Fatimah Mohd Hadhari , ibu bapa kena lebih berhati-hati.
Disarankan untuk sentiasa pantau dan jangan terlalu percayakan pada anak-anak walaupun kita anggap anak hanya menonton kartun sahaja.
CHANNEL YOUTUBE ANAK ADA UNSUR LUCAH?
Ya Allah, apa semuaa ni? Berderau darah. Keluar ultraman tu masa saya nak buka youtube tadi. Terus saya explore upin ipin sebab anak-anak suka tengok upin ipin.
Berikut merupakan antara beberapa laman Youtube yang memaparkan kandungan yang negatif untuk kanak-kanak. Menggunakan karakter kartun kegemaran kanak-kanak masa kini, perkara ini mungkin akan menyebabkan mak ayah terlepas pandang. Mana tidaknya, anda mungkin akan ingat anak-anak tengah menonton rancangan kartun yang betul!
Jadi, salah caranya adalah mak ayah perlu menggunakan Youtube Kids supaya kandungan tontonan anak-anak dapat dikawal dan lebih selamat.
Lagi bagus jika ibu bapa dapat ‘lupakan’ anak-anak dengan gajet dan lakukan aktiviti lain yang sememangnya boleh memberi manfaat untuk perkembangan anak. Sayangilah anak kita sebelum otak mereka diracuni dengan kandungan yang tak sepatutnya mereka tonton secara dalam diam.
**Sambil anak bermain, boleh belajar. Dapatkan permainan ini pada harga promosi di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memegang tanggung jawab sebagai ibu tunggal tidak mudah. Tetapi itu tidak menjadi penghalang buat aktres berbakat, Rita Rudaini untuk memberikan yang terbaik buat kedua orang anak lelakinya. Tidak lokek, Rita berkongsi cara didikannya itu melalui laman Instagram peribadinya.
Kata Rita, dia selesa mengajar anak-anaknya agar merasa sedikit kesusahan agar mereka dapat membesar menjadi anak yang matang dan boleh berdikari. Tidak mahu terlalu memanjakan Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna, ibu cantik ini mengajar mereka untuk menguruskan keperluan sendiri.
Juga tidak betah untuk mengajar anak-anaknya itu untuk hidup dalam kemewahan. Menurutnya lagi, lebih baik jika mereka belajar hidup susah dan buat semua benda sendiri, seperti mana dia dahulu dibesarkan.
Tambahnya lagi, memanjakan biar bertempat. Kerana sayang, dia tegas kerana mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Pa&Ma bersetuju dengan cara didikan begini, bertegas kerana sayang. Tidak terlalu memanjakan, tetapi tidak juga terlalu strict sehingga membuatkan anak-anak rasa terbeban. Lagi pula anak lelaki, perlulah dididik dari awal agar membesar menjadi anak lelaki yang bertanggung jawab.
Kartun Doffy the Dog tular selepas Ustaz Elyas Ismail mendakwa ia menormalisasikan maksiat melalui adegan berbahaya. Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dan menyeru pemantauan kandungan anak.