Jika dilihat secara luaran pasti orang tak akan sangka yang Dr Say Shazril sebenarnya terkesan apabila dapat tahu yang anak sulungnya, Aezriel atau mesra dipanggil Ace disahkan mild autism. Bapa mana yang tak sedih kan, lagi-lagi berlaku pada anak sendiri.

Tambah pula sebelum itu, penantian untuk mendapat anak penuh berliku dan selama 5 tahun Dr Say berusaha baru dapat berita gembira isteri mengandung. Namun kegembiraan itu hanya seketika kerana pada usia Ace 2 bulan, isteri Dr Say, Dr Azura mendapati ada sesuatu yang tak kena pada anak sulung mereka waktu itu.

“Sef Jagalah Abang..” Anak Sulung Mild Autism, Deep Pesanan Dr Say Buat Anak

“Seawal usia Ace 2 bulan dah nampak. Bila panggil tak respon, 6 bulan tak pandang bila panggil, hanya pandang sekeliling je. Tapi bila 1 tahun 6 bulan makin nampak ketara. Setelah isteri study memang nampak itu adalah ciri-ciri autism dan bila dirujuk pakar semuanya terjawab.

“Mulanya saya tak boleh terima apa yang berlaku dan pernah tertanya pada diri sendiri kenapa benda ni jadi pada aku? Seolah saya mempertikaikannya.

“Lagi sedih autism ni bukan macam penyakit biasa, makan ubat terus sihat, tapi ni life long.,” kongsi Dr Say ketika berbicara mengenai sisi hidupnya dalam Pa&Ma Gala 2022.

“Sef Jagalah Abang..” Anak Sulung Mild Autism, Deep Pesanan Dr Say Buat Anak

Tambah bapa kepada dua anak lelaki ini yang juga penerima Anugerah Best Papa Millenial 2022, ada masa bila duduk seorang diri terfikir juga alangkah seronoknya kalau boleh sembang macam ayah yang lain dengan anak lelakinya, tapi dengan Ace kita sembang seorang diri.

IKLAN

“Cuma sekarang saya sangat bersyukur kerana dah boleh nampak perubahan yang banyak. Dari memandang merata, sekarang boleh fokus dan dah boleh cakap. Saya sangat berterima kasih pada isteri kalau dia tak sedar dan tak check dari awal tak tahulah, mungkin saya menyesal.

“Sef Jagalah Abang..” Anak Sulung Mild Autism, Deep Pesanan Dr Say Buat Anak

“Semasa kami tahu Ace ada mild autism ini, isteri dah cakap awal-awal tak mahu kongsi pada orang ramai terutama di media sosial tetapi saya rasa perlu kongsi sebab saya tahu ramai lagi ibu bapa di luar senasib dengan saya.

“Jika orang tanya penerimaan saya dulu, jujur saya akui agak berat namun sekarang 90 hingga 95 peratus dah ok dan boleh terima,” katanya.

“Sef Jagalah Abang..” Anak Sulung Mild Autism, Deep Pesanan Dr Say Buat Anak

IKLAN

Sementara itu, Dr Say juga mengakui kehadiran anak kedua iaitu Sefriel banyak memberi perubahan pada Ace untuk jadi lebih positif. Memandangkan Ace tak suka bergaul, ia sedikit memberi cabarannya.

“Masa awal kelahiran Sef, Ace memang tak boleh terima. Nampak Sef ada dekatnya, pasti nak ditolak. Boleh dikatakan Sef selalu kena buli, kena tolak, lama-kelamaan dia dah boleh terima dan sayang.

“Sekarang mula nampak bonding antara dua beradik itu. Adik pun selalu kacau dan bergurau dengan abang. Jadi bila makin lama, Ace dah boleh terima dan mula sayang,” ujarnya.

“Sef Jagalah Abang..” Anak Sulung Mild Autism, Deep Pesanan Dr Say Buat Anak

Dalam pada itu juga, Dr Say turut menitipkan kata-kata buat anak lelakinya yang sangat mendalam maksudnya.

IKLAN

“Daddy dan mommy nak beritahu yang Ace dan Sef the greatest gift to us. Kalau Sef tengok nanti abang berseorangan, Sef tolonglah jaga abang macam mana mommy dan daddy jaga Sef. Susah sikit nak faham abang, tapi inshaAllah kalau dia rasa dirinya disayangi dia akan behave dengan sangat elok. Kalau boleh janganlah lupakan abang tu. Sef tolong jaga abang.”

“Sef Jagalah Abang..” Anak Sulung Mild Autism, Deep Pesanan Dr Say Buat Anak

Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak istimewa, Dr Say mengharapkan orang ramai menghormati dan memahami ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini. Tiada siapa yang pinta pun namun jika ketentuan ilahi terima dengan hati terbuka dan cubalah lakukan yang terbaik. Ini kerana, mengikut kajian 1 dalam 4 anak lelaki ada autism.

Bagi mendengar perkongsian lebih lanjut mengenai kisah Dr Say sebagai daddy buat dua permata hatinya dan suami sporting, tonton video anugerah Pa&Ma Gala 2022 ini:

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

“Sef Jagalah Abang..” Anak Sulung Mild Autism, Deep Pesanan Dr Say Buat Anak

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI