Wajah tenang dan senyuman manis yang sering dilemparkan oleh YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ramai yang selesa dengannya.
Ahli politik berwajah cantik ini sentiasa mendapat perhatian daripada para penyokongnya.
Baru dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Ke-14, Nurul, 38, ini ternyata bukan sahaja seorang ahli politik yang bijak dan tegas dengan prinsipnya sejak menyertai dunia politik 20 tahun lalu namun juga seorang ibu yang penyayang pada dua orang anaknya, Safiyah dan Harith.
Penampilan Puteri Reformasi ini yang tak pernah berubah sejak dulu setia dan manis menutup aurat dengan tudung bawal mungkin menjadi daya tarikan ramai yang selesa dengan keramahan Yang Berhormat ini.
Perjalanannya untuk mengecap kejayaan dalam bidang politik penuh liku dan onak berduri. Tentu sahaja banyak masa dan tenaganya dicurahkan kepada rakyat yang menyokongnya sehingga terpaksa membahagikan masa dengan anak-anak.
Ads
Perkongsian beliau tentang harga sebuah kejayaan dengan anaknya Harith di Instagram peribadinya selepas berjaya dalam PRU14 kelmarin menerima banyak komen positif daripada netizen.
Anakku, setiap kejayaan datang dengan sebuah harga. Tak pernah tanpa pengorbanan, dan jangan sekali-kali tanpa tujuan yang lebih tinggi. Di sini, di tanah air kita, jangan lupa dari mana asal kita, dan di mana sahaja kita pergi, kita jangan kehilangan utara kita yang sebenarnya. Mama sayang kamu.
Begitulah pesanan ikhlas daripada seorang ibu kepada si anak yang mahu anaknya sentiasa cinta akan tanahair tercinta serta tempat di mana mereka semua berasal.
Ads
Nurul Izzah sememangnya antara ahli politik yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarganya dan sering bersama-sama di dalam kempen sebelum PRU14 lalu.
Ramai follower Instagramnya mengucapkan tahniah dan kesyukuran di atas kejayaan wanita berhati kental dan tabah ini. Rata-rata kagum dengan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini yang dianggap sebagai pejuang sebenar dan ‘beauty with brain’.
Semoga YB Nurul Izzah dapat terus mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara apabila dia dilantik pula sebagai salah seorang menteri dalam barisan kabinet kerajaan baru Malaysia.
Sumber: Instagram Nurul Izzah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau kita memandu dengan cermat dan memeluk anak dengan erat, kemalangan tetap boleh berlaku akibat sikap semberono orang lain atau kecuaian mereka. Kita TIDAK BOLEH mengawal bila kemalangan akan berlaku, tetapi kita BOLEH KURANGKAN RISIKO kecederaan dan kematian apabila kemalangan berlaku.
Pada 5 julai yang lalu, berlakunya kemalangan tragedi yang telah mengakibatkan bayi yang berusia 5 hari maut ditempat kejadian. Menurut sumber, saksi yang membantu cuba melakukan CPR namun tidak dapat menyelamatkan bayi itu. Bayi tersebut mengalami kecedaraan parah dan dipercayai dipangku oleh ibunya semasa dalam perjalanan sebelum kejadian.
Menurut perkongsian daripada Child Passenger Safety Malaysia, Perodua Bezza ini bukan sekadar mengalami satu perlanggaran. Kemungkinan dua atau tiga perlanggaran berantai. Ini bermakna bayi itu bukan sekadar dihentam oleh beg udara semasa ianya terkeluar, tetapi juga ada kemungkinan dihempap oleh berat badan ibunya yang bergerak ke hadapan akibat momentum perlanggaran kemudian mungkin tercampak pula mengenai papan pemuka. Hanya mangsa yang mengetahui apa yang terjadi di dalam kabin penumpang.
Dalam kes ini, hentaman beg udara itu sahaja telah memungkinkan bayi ini parah. Bayangkan anda dilanggar keretapi peluru (bullet train/shinkansen) pada halaju maksimanya. Itulah kelajuan beg udara tersebut meletup keluar. 320 km/j.
Maaf kami terpaksa memberikan gambaran di atas kerana ramai ibubapa yang masih rasakan anak boleh dipangku kemas, masih merasakan pemanduan cermat dapat mengelakkan kemalangan, masih rasakan jarak dekat tidak akan terjadi kemalangan, masih merasakan melaburkan sejumlah wang untuk membeli kerusi keselamatan adalah sia-sia bagi mereka.
Salam takziah buat keluarga ini. Kami berharap ada sokongan psikologi untuk ibu yang masih lagi baru melahirkan ini kerana ada risiko tinggi untuknya mengalami tekanan.
Untuk yang sudah ada kesedaran, tahniah kerana mengutamakan keselamatan anak anda. Gunakan ia dengan betul dan bantu kami sebarkan kesedaran ini. Kita sama-sama sayangi kanak-kanak lain.
Bagi yang membaca hantaran ini tetapi masih belum menggunakan kerusi keselamatan utk anak anda, apa lagi yang anda nantikan?
Perkongsian daripada saksi kejadian yang meragut nyawa bayi 5 hari
Mati itu pasti, tapi perancangan Allah adalah rahsia-Nya. Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri apabila kenderaan yang mereka naiki telah terlibat dalam kemalangan, lantas meragut nyawa bayi mereka yang baru sahaja berusia lima hari.
Menerusi perkongsian di Facebook Amirul Azuan salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, telah menceritakan detik menyayat hati ketika dia cuba menyelamatkan bayi tersebut.
Mengalir air mata aku…
Menurut Amirul selalunya jika ada kemalangan dia jarang untuk berhenti, namun disebabkan terlihat ada seorang bayi di kawasan kejadian membuat hatinya terdetik untuk mengetahui apa yang berlaku.
Time aku lalu baru jadi dalam 5minit. Jarang aku nak berenti kalau ada accident ni. Tp disebabkan ternampak ada baby dekat bahagian penumpang bezza biru tu aku berenti jugak.
Baby Tak Sedar, Minta Izin Buat CPR
Ketika berada berdekatan kereta itu, Amirul terus bertanyakan mengenai keadaan bayi tersebut kepada bapanya kerana melihat bayi tersebut sudah hampir tidak sedar. Tanpa berlengah dia meminta untuk membuat CPR kerana bibir bayi sudah bertukar biru.
Bila sampai aku tanya ayah baby tu. Baby okey x? Dia cakap baby xsedar. Aku mintak izin nak cek baby tu. Bibir dah biru ? Terus bukak helmet mintak izin nak cpr. First 2 minute muka baby dah start merah. Tapi no sign of life. Aku terus cpr lagi, then baby tu muntah. Sama jugak still xbernafas. Dah clearkan airways pun sama. Then aku teruskan lagi lebih dari 10 minit. Baby dah start biru balik.
Ayah Minta Sedarkan Anaknya
Lebih memilukan, melihatkan anaknya masih lagi tidak sedarkan diri walaupun bantuan diberi, ayah kepada bayi merayu meminta agar sekali lagi Amirul cuba untuk menyelamatkan anaknya.
Allahu… Lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia. Aku xkuat nak hadap. Aku toleh belakang ada brader tu mintak nak sambung cpr. Aku terduduk dekat tepi divider tu.
Apa yang buatkan ayah bayi tersebut begitu ralat, mereka sekeluarga dah nak sampai ke rumah neneknya itu.
Ayah dia xde injurt pun. Mak dia pecah mulut sebab airbag. Baby tu baru umur 5hari. Dah nak sampai rumah nenek dia dah pun. Tp ajal dia sampai dulu.
Tolonglah Letak Baby Dalam Carseat
Siapa yg ada baby tu tolong la letak dalam carseat. Kalau xmampu jangan duduk depan. Duduk belakang pakai seatbelt. Yes… airbag tu selamatnya nyawa mak dia… but not the baby ?
Bayi yang diberi nama Inara telah pun disahkan meninggal dunia, semoga kedua ibu bapanya diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini. Syurga buatmu sayang!
Tenanglah baby Inara di syurga. Uncle mintak maaf, uncle dah try semampu yg boleh. Tp Allah lebih sayangkan Inara.
Menjadi kebiasaan masyarakat kita, apabila pasangan memiliki anak lelaki, antara soalan yang sering ditanya bila pula nak memiliki cahaya mata perempuan.
“3 orang semua boy. Bila pula nak dapat gegirl ni?”
“Kamu ni kena ada anak perempuan, barulah boleh nak tolong-tolong kat dapur bila besar nanti.”
Kalau anak berderet sama jantina, maka makin banyak akan menerima soalan-soalan dan ayat seumpama ini.
Buat mama papa, jangan mengeluh dan berputus harapan. Kisah yang dikongsikan bapa ini yang menceritakan kembali perjuangan ibunya membesarkannya dan 15 adik beradik yang lain sungguh memberikan inspirasi.
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa. 1 hingga 11 semua lelaki. 12 hingga 16 semua perempuan.
Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki .
Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.
AYAH DISERANG STROKE DAN LUMPUH
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah.
ANAK-ANAK BERDIKARI
Allah bagi “rezeki” kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
MAK TAK PERLU KELUH KESAH DEPAN ANAK
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
MEMASAK DENGAN DAPUR KAYU JIMAT GAS
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
“TIDAK GUNA BELAJAR TINGGI DAN PANGKAT TINGGI TAPI SOLAT JEMAAH TIDAK DIJAGA”
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan amalan agama.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
ANAK LELAKI PERLU DIBIASAKAN SOLAT BERJEMAAH
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
– Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.
Ini kisah survival keluarga suami saya. Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle. Kita ibubapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka. Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat.
Nama Diana Amir dahulunya sangat terkenal di kaca tv, dengan lakonanya yang sangat baik namun kini dia meninggalkan dunia lakonan dengan ikhlas demi keluarga tercinta.
Wanita hebat kepada 3 orang cahaya mata ini kini aktif dengan aktiviti-aktiviti kemanusiaan, berjihad demi agama untuk menyampaikan misi dan bantuan walaupun keselamatan diancam jadi tidak hairanlah Diana Amir di pilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms yang diinspirasikan bersama Cetaphil.
Menurutnya, dia kini lebih selesa bekerja sendiri dan menjaga keluarga kerana kebahagiaan yang dicari cukuplah pada keluarganya sahaja.
“Diana tidak menyatakan diana bersara dari dunia lakonan tapi diana dah selesa tidak berlakon dan dah tak ada jiwa untuk berlakon sebenarnya.”
“Paling kuat mungkin sebab family dan sebab ada anak-anak. Anak-anak masih kecil lagi. Anak pertama baru 6 tahun, anak kedua baru 4 tahun dan yang bongsu baru 3 tahun. Jadi mereka masih sangat-sangat perlukan kita lagi.”
“Diana pernah bekerja dan menjaga anak dulu. Tapi bila kita memilih untuk menjaga keluarga sebenarnya kita tahu family ni ‘ladang pahala’ dia lebih rasa penuh perasaan la dekat situ.”
“Terpulang kepada rasa bahagia masing-masing, macam Diana dah rasa cukup dan bahagia. Sebenarnya terpulang kepada redha suami masing-masing. Suami dia banyak bagi hint supaya biar dia yang bekerja dan Diana jaga anak-anak. Alhamdulillah.”
Menurutnya, sama ada seorang ibu itu bekerja ataupun tidak tetapkan dalam hati niat hanyalah kerana Allah.
“Tapi cerita orang berlainan, ada yang perlu bekerja tapi niatkan kerana Allah hanya dengan ingat Allah hati kita akan tenang. Tak kisah full time house wife, working mom tapi kalau niat kerana Allah, hati kita akan tenang.”
Diana sebelum ini pernah berkongsi secara eksklusif bersama dengan Pa&Ma yang Diana pernah menyusukan anak tanpa henti berganti-ganti secara eksklusif dan pastinya ada cabaran.
“Jarak beza masa sangat dekat, setiap anak Diana menyusukan anak selama 2 tahun dan setiap anak tu akan berkongsi susu yang sama. Alhamdulillah Allah bagikan rezeki untuk Diana. Sakit sikit-sikit tu, sakit badan itu biasalah.”
Dalam pada itu ada beberapa fakta menarik yang ditanyakan oleh pengacara Pa&Ma Gala Moms, Fizi Ali dan dikongsikan secara ekslusif bersama penonton Pa&Ma berkaitan diri Diana Amir.
– Diana lebih garang berbading suami. Bagi Diana, siapa yang lebih banyak masa dengan anak dia yang lebih garang. Sebab dia yang kena disiplinkan anak-anak.
– Ketiga-tiga anak memang rapat dengan Diana cuma anak yang 1st dia lebih matang dan yang paling manja tengah berlawan dengan no.2 dan no.3 sebab masing-masing jarak umur tak jauh.
– Hadiah yang paling berharga buat dia bila anak-anak ada sifat kasih sayang dan selalu say TQ, Sorry.. semoga jadi anak yang soleh dan solehah.
Bukan mudah untuk melepaskan kerjaya dan dunia penuh glamour, namun demi anak dan keluarga itulah satu perjuangan jihad dalam hidup Diana Amir. Harapanya jika di akhirat kelak anak-anak tidak berjumpa dengan dia dan suami, dia memohon doa agar anak-anak dapat menarik tanganya ke syurga. InsyaAllah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.