Tidak semua kisah cinta lahir daripada kemewahan, ada yang terbina daripada kesusahan dan diuji dengan pelbagai cabaran. Begitulah kisah usahawan Ridzuan Ridzokumura yang masih mengingati setiap kebaikan arwah isterinya, Allahyarhamah Akiko Okumura, walaupun kini wanita itu sudah tiada lagi di sisi.

@bharianmy

Pemergian Akiko Okumura sangat meninggalkan kesan. Ikuti luahan Ridz Okumura dalam Podcast Borak Harini bertajuk Perit jadi bapa tunggal? Apa kata Ridz Okumura, di BH Online, Ahad 28 September 2025 jam 10 pagi.

♬ original sound – Berita Harian

Ads

Menerusi perkongsian di sebuah podcast, Ridzuan mendedahkan Akiko sebenarnya berasal daripada keluarga yang berada. Namun, sepanjang perkahwinan mereka, arwah tidak pernah sesekali menunjuk-nunjuk atau membangga diri.

“Saya dulu pernah tanam pokok kelapa sawit, sampai jumpa dengan arwah isteri. Tapi saya pun tak tahu dia orang senang. Dia tak pernah cerita siapa dirinya, lepas kahwin baru saya tahu,” kongsinya.

Seorang Isteri Yang Menyokong Sepenuh Jiwa

Pada awal usia perkahwinan, Ridzuan akui kehidupan mereka serba kekurangan. Namun, arwah Akiko tidak pernah mengeluh. Malah, setiap hari beliau diam-diam memasukkan duit ke dalam kereta suaminya agar ada belanja membeli makanan.

Ads

“Setiap hari saya ada je duit nak beli makanan. Selepas dua tahun barulah dia cerita pada saya, rupa-rupanya dialah yang selalu masukkan duit tu,” kata Ridzuan dengan sebak.

Kasih sayang Akiko tidak pernah berbelah bahagi. Beliau tidak mempunyai ramai kawan kerana lebih selesa menumpukan perhatian kepada keluarga. Selama 16 tahun bergelar isteri, fokusnya hanya pada suami dan anak.

“Saya nak bagi pembantu dan pemandu pun dia tak nak. Dia terlalu baik, semua dia buat untuk saya. Dia kata dia lebih bahagia bersama keluarga daripada berkawan,” luah Ridzuan lagi.

Perginya Seorang Ibu Tersayang

Kehilangan Akiko begitu dirasai. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Februari lalu selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor. Pemergian itu meninggalkan kesan mendalam kepada Ridzuan dan anak tunggal mereka, Sky Taizo Okumura.

Ads

Walaupun berat untuk menerima hakikat, Ridzuan tetap memilih untuk mengenang Akiko sebagai seorang isteri penyayang dan ibu yang begitu berharga.

Pengajaran Buat Kita Semua

Kisah ini mengingatkan bahawa dalam rumah tangga, kasih sayang dan pengorbanan lebih bernilai daripada harta dunia. Akiko tidak hanya menjadi seorang isteri, tetapi juga sahabat, teman setia, dan penyokong utama suaminya.

Untuk para ibu bapa, jadikanlah kisah ini sebagai teladan – bahawa keikhlasan dan kasih yang dicurahkan kepada keluarga akan menjadi kenangan paling abadi, meskipun seseorang itu sudah tiada lagi bersama.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads