Kehilangan insan tersayang semestinya akan meninggalkan kesan kepada kita yang ditinggalkan. Lebih menyedihkan apabila terpaksa ‘berpisah’ dengan orang yang paling rapat dan dekat dengan kita seperti ibu ayah, pasangan, anak-anak atau ahli keluarga yang lain.

“Sejak Babah Tak Ada, Hidup Akak Bosan.” Kongsi Video Di TikTok, Anak Kiah Propa Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ayah

 

Begitulah yang dirasakan oleh anak kepada pelakon dan pengacara, Kiah Propa iaitu Dhia Qaisarah yang melahirkan rasa rindu terhadap arwah ayahnya yang meninggal dunia pada bulan April yang lepas.

“Sejak Babah Tak Ada, Hidup Akak Bosan..”

Sebuah posting di TikTok menunjukkan video pendek Dhia bersama arwah ayahnya dengan kapsyen yang sangat menyentuh hati. Menurut Dhia dia sangat merindukan figura ayahnya itu sejak dia meninggal dunia pada 1 April yang lalu. Menurut Dhia, sejak ketiaadaan arwah ayah, hidupnya terasa bosan.

Ads

“Sejak Babah Tak Ada, Hidup Akak Bosan.” Kongsi Video Di TikTok, Anak Kiah Propa Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ayah

Kata Dhia lagi, kalaulah arwah ayahnya masih ada bolehlah dia suapkan makan, beri minum susu dan meluahkan perasaan namun kini semuanya tidak boleh dilakukan lagi.

“Sejak babah tak ada, hidup akak jadi bosan sangat. Selalunya kalau babah ada akak boleh suap abah makan, bagi abah minum susu dan boleh luahkan perasaan kat babah.”

“Terima Kasih Babah, Jaga Kakak..”

Menurutnya lagi, apabila ibu keluar bekerja, hanya dengan arwah ayahlah dia berkawan. Biarpun penat, tetapi kata Dhia, demi arwah ayahnya dia pasti akan buat segalanya. Bukan hanya mengucapkan terima kasih di atas segala jasa, namun kata Dhia, dia sangat menghargai segala kebaikan yang dilakukan oleh arwah ayah semasa hayatnya.

Ads

“Sejak Babah Tak Ada, Hidup Akak Bosan.” Kongsi Video Di TikTok, Anak Kiah Propa Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ayah

“Terima kasih babah, jaga akak seumur hidup akak. Akak hargai jasa-jasa abah.”

Allahyarham Mohamad Nazri Ismail menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN) pada 1 April yang lalu.

Ads

Difahamkan, arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser leher dan kelenjar air liur tahap empat sekitar setahun yang lalu, dan sel barah tersebut kemudiannya merebak ke beberapa organ lain.

Tonton video ini;
@dhia.qaisarah_ babah, akk rindu babah sejak 1 april babah tinggalkan akk dan keluarga, sejak babah tkde hidup akk jadi bosan sangat,selalunya kalau babah ada akk suap babah makan, bagi babah minum susu dan boleh luahkan perasaan kat babah,kdg2 kalau mama kerja babah jela kawan akk kat rumah ,walaupun kadangkala akk penat tapi untuk babah akk boleh buat segalanya.Terima Kasih babah jaga akk seumur hidup akk , akk hargai jasa2 babah.#b12 #anakkiahpropa #fyp #fiwaipi #CapCut #viral #sayangbabah ♬ original sound – uyun – haisya

Sebelum pemergian arwah, Kiah mengambil keputusan untuk kembali bernikah dengan Mohamad Nazri pada 16 November 2024 demi menjaga bekas suaminya yang sedang sakit.

“Sejak Babah Tak Ada, Hidup Akak Bosan.” Kongsi Video Di TikTok, Anak Kiah Propa Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ayah

Pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011, namun perkahwinan mereka berakhir selepas beberapa tahun bersama. Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads