Lahir pada usia 8 bulan 2 hari seberat 800 gram siapa sangka adik Adam Muhammad Hadi Mohammad Hanif, 1 tahun 7 bulan kini membesar dengan sihat.

Menurut ibunya, Norhafizah Sobri, 30, perjalanan hidup Hadi selepas dilahirkan penuh cabarannya apabila Hadi terpaksa tinggal di hospital sejak dari lahir hingga genap usianya 7 bulan kerana perlu bergantung dengan bantuan oksigen.

Sejak Lahir Guna Oksigen Dan Hampir Setahun Tak Keluar Rumah Kini Adik Hadi Dah Sihat

Memandangkan Hadi lahir pramatang dan paru-parunya lemah, dia cukup sensitif dengan keadaan sekeliling , terutama asap rokok, debu dan orang ramai.

Malah ketika berada dalam wad pun dia boleh terkena jangkitan virus hingga menyebabkan batuk dan selesema dan terpaksa gunakan semula bantuan oksigen walaupun ketika itu dah mula perlahan-perlahan nak kurangkan bantuan oksigen.

Bagi kes Hadi dia mengalami masalah paru-paru berparut, namun ada juga sesetengah kes yang menyebabkan paru-paru bernanah.

IKLAN

Sejak Lahir Guna Oksigen Dan Hampir Setahun Tak Keluar Rumah Kini Adik Hadi Dah Sihat

Paling buat saya risau ketika itu, jika Hadi tak dapat bantuan oksigen yang cukup mukanya terus bertukar kebiruan dan nafasnya juga berbunyi.

Walaupun menjaga Hadi memerlukan penjagaan rapi hingga saya terpaksa berhenti kerja semua itu saya ambil sebagai satu yang positif. Ini kerana sebelum Hadi dibenarkan keluar hospital, doktor menasihatkan kami supaya rumah tak boleh ada langsir hingga terpaksa lekat wallpaper, karpet, atau sebarang habuk kerana akan menyebabkan kesihatan Hadi makin merosot.

Hampir Setahun Kuarantin

Boleh dikatakan hampir setahun terpaksa kuarantin Hadi untuk  dia benar-benar pulih. Kami juga langsung tak bawa dia keluar berjalan, niat balik kampung terpaksa dilupakan sekejap apatah lagi nak jumpa saudara mara.

IKLAN

Sejak Lahir Guna Oksigen Dan Hampir Setahun Tak Keluar Rumah Kini Adik Hadi Dah Sihat

Alhamdulillah selepas ikut nasihat doktor nampak perubahan Hadi dari semasa ke semasa dan pada 4 Disember lalu Hadi tak perlu lagi memakai bantuan oksigen.  Leganya hanya Allah yang tahu.

Doktor juga beritahu perkembangan Hadi cepat kerana biasanya paling awal kanak-kanak yang mengalami masalah paru-paru ini lepaskan bantuan oksigen umur dua tahun.

Jika sebelum ini Hadi terpaksa jumpa doktor tiap-tiap minggu, sekarang sebulan sekali. Walaupun orang tengok badannya kecil berbanding kanak-kanak seusianya tetapi saya bersyukur perkembangan lain normal dan cepat.

IKLAN

Norhafizah berkata, dalam tempoh ini saya mula memperkenalkan makanan berkhasiat pada Hadi bagi memberinya selera dan untuk memastikan berat dan ketinggiannya normal, Hadi turut minum yang disyorkan doktor.

Sejak Lahir Guna Oksigen Dan Hampir Setahun Tak Keluar Rumah Kini Adik Hadi Dah Sihat

Kisah adik Hadi pernah disiarkan sebelum ini https://www.majalahpama.my/terlalu-aktif-ketika-hamil-anak-lahir-pramatang-dan-terpaksa-berada-dalam-wad-7-bulan/ apabila ibunya mengalami pendarahan di awal kehamilan kerana terlalu aktif hingga doktor tak meletakkan apa-apa harapan pada kandungan itu.

Sejak Lahir Guna Oksigen Dan Hampir Setahun Tak Keluar Rumah Kini Adik Hadi Dah Sihat

Namun kuasa Allah, adik Hadi mampu bertahan dalam kandungan ibunya walaupun terpaksa dilahirkan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI