Perempuan itu adalah seorang wanita yang dilahirkan menjadi seorang ibu selepas sebuah episod kelahiran. Dia melalui satu frasa yang asing. Dahulu hidupnya hanya memikirkan perihal dia. Sekarang dia ada satu tanggungan (iaitu anak) yang kau sebagai lelaki tidak mampu melunaskan hak sebagai seorang ibu.

Kalau Lelaki Tanya “Kenapa Perempuan Kuat Beremosi Lepas Bersalin?” Fahami Ini!

Kalau lelaki bertanya

Mengapa perempuan kuat beremosi selepas bersalin?

Fahami ini. Anak itu lahir.

Tidak berdialog. Hanya menangis. 1 tangisan melambangkan 1000 cerita. Hanya naluri ibu memahami apa cerita yang si anak cuba sampaikan. Tetapi lelahnya dia untuk mengintrepetasikan bunyi tangisan itu memakan seluruh tenaga batinnya.

Kemudian anak yang lahir itu ditimpa kuning. Orang keliling berkata…”normallah”

Kau tidak mampu faham. Sebagai seorang ibu, meskipun 10 orang anak melalui frasa cucuk ambil darah, letak bawah lampu biru. Sepuluh kali juga hatinya renyuk. Terbayang apa salahnya sehingga anaknya diserang kuning.

Drama?

Bukan. Dia terlalui menyintai. Perasaan yang kau tak mampu hadami. Kemudian cerita menyusu. Dari awal kelahiran segala buku, blog, website, pakar, bidan dia jumpa untuk belajar hal penyusuan.

Tetapi Allah dah tetapkan rezeki dia bercatu untuk menyusukan anak. Kalian hanya boleh terbayangkan botol dan formula. Dalam kepalanya terbayang erti kegagalan!

IKLAN

Kemudian proses penyembuhan.

Mari aku ceritakan. Dia seorang ibu hamil. Terpaksa menapak separuh kilometer saban hari, berdiri 30 minit dlm lrt/ktm, memandu tekan clutch kereta sekeras kayu mengharung jem.

Demi…. Sesuap nasi.

Selembar rezeki untuk membayar tanggungan dan hutang hidup. Bersama-sama berkongsi jerih dengan suami. Sambil melayan mabuk loya dan alahan. Dari usia kandungan sehari sehingga 9 bulan.

Kemudian ketika melahirkan anak. Kesakitan maha hebat. Terasa terkoyak terkopak dua badan menahan sakit. Ketika itu sudah rela diambil nyawa. Baik mati dari beranak atau berdebar tunggu dibedah. Habis bius luka memerit melintang di bawah. Kemudian bila pulang dari hospital. Segala tanggungjawab tidak berkurangan.

Masih sama.

Kain baju perlu dibasuh disidai. Jika ada anak-anak yang tua, perlu diuruskan hal sekolah. Tembolok keluarga perlu dipenuhkan dengan masakan rumah. Lantai perlu disapu dimop untuk elakkan semut menjamah kulit bayi. Badan sendiri tak terbela.

IKLAN

Penat tak habis hilang. Anak perlu dibesarkan penuh didikan dan kasih sayang. Dia beremosi kerana dia wanita. Dia beremosi kerana dia seorang ibu. Dia menanggung beban dunia di ubun kepalanya. Dan dia beremosi kerana dia seorang yang normal. Dia memerlukan ruang untuk merasa lemah dan lelah.

Masa untuk dia melepaskan semuanya. Sambutlah dia wahai suami. Dia tidak minta disanjung. Cukup sekadar kau mendampingi.

Emosi itu bukan nusyuz atau derhaka.
Emosi itu lambang kekuatan kalian menjadi pemangkin hidup dia.

Baca:

Suka Berlari, Melompat, Memanjat Sebenarnya Bagus! Rugi Kalau Mama Papa Bising & Larang

“Bangun Tidur Terus Cari Daddy, Kita Penat Jaga Tapi Cari Daddy” Gelagat Raja Ilya Curi Tumpuan

Rasa Otak Serabut Setiap Kali Balik Rumah? Cermin Diri Sendiri Dahulu, Cari Mana Silap Dalam Diri

IKLAN

Wanita yang lemah.

Biarkan dia menangis. Dengari bebelannya. Dekati dia dengan pujuk lembut. Bawa dahinya kedadamu. Kucup dan alunkan zikir sehingga dia terlena. Tak perlu mencari solusi.

Cukup sekadar kau memahami. Mengapa dia beremosi.

Peringatan buat bakal-bakal bapa.

Kredit : Siti Aishah

 

Kalau Lelaki Tanya “Kenapa Perempuan Kuat Beremosi Lepas Bersalin?” Fahami Ini!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI