Ketika berita pemergian Chef Selebriti Adam Mahamed Ismail dilaporkan pada pagi Ahad lalu, rata-rata pengguna media sosial yang mengikuti perkembangan trio popular The Family UK tidak dapat membayangkan perasaan anak-anak buah kesayangannya itu.

Ramai tahu hubungan antara Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali dengan Adam yang lebih dikenali dengan panggilan Adamdidam itu terlalu erat.

Sejak Tahu Mamajee Sakit, Fatimah Standby Tudung Untuk Berdoa. Arwah Pesan Dia Minta Maaf

Berkongsi cerita tentang akrabnya hubungan mereka, kakak sulung Adam, Dr Nor Ashmiza Mahamed Ismail, 42, berkata sejak mendapat tahu bapa saudaranya sakit, Fatimah telah menggantung sehelai tudung di kerusi sepanjang masa untuk menunaikan solat bagi mendoakan bapa saudara kesayangannya itu.

“Di rumah tu, Fatimah ada satu tudung kepala yang dia gantung sepanjang masa di kerusi, dia akan pakai untuk sembahyang dan mendoakan Mamajee dia.

View this post on Instagram

#DearMamajee @adamdidam Remember this PRICELESS MOMENT? Well, today, we’re celebrating Eid ul-Adha here in the UK! But, Fatimah and Ali are still feeling down after you, Dadajee and Dadijee left. ? . As you know, they’re feeling sad and miss you all so much! Fatimah still sleeps with Dadijee’s blanket so that she can smell her at night! And, Ali still wakes up in the morning hoping that all of you will magically appear in front of him! I guess you can imagine their gloomy mood right now. They’re not in the mood for any photos or videos! ? . But don’t worry! We know just how to cheer them up! Mrs Mom and Mr Dad have a special surprise planned for them! Hopefully, this will bring back the smiles on their faces! So you don’t have to worry yourself! They do miss all of you very much and pray every day that you will be back soon, but they will be fine! We have just one request: please come back soon…I mean, VERY soon! . From your ‘FAVOURITE’ nephew, ? Omar Mukhtar #thepawsomelion ( On behalf of #FatimahandAli ) . p/s: Eid ul-Adha Mubarak from Birmingham with ♥️ #thefamilydotuk © . #throwback #MamajeeAndTheKids

A post shared by The Family UK ?? (@thefamily.uk) on

“Ali dan Mukhtar pun macam tu, dia pakai kopiah untuk tutup kepala. Mereka selalu ‘facetime’ bersama,” katanya.

Mamajee merupakan gelaran bapa saudara yang digunakan oleh kesemua anak saudara Adam terhadapnya.

IKLAN

Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali adalah adik-beradik yang popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.

Tambah Dr Nor Ashmiza, walaupun masih belum matang, penerimaan mereka terhadap kehilangan Adam tidak seperti kanak-kanak lain yang tidak berapa faham tentang hal melibatkan ajal dan kematian.

Ahad memang benar-benar hari Adam dan kelmarin adalah Ahad yang terakhir bersama Adam.

“Mereka sedar sepanjang masa bahawa Mamajee memang sakit. Cuma, Fatimah sangat terkesan kerana dia amat menyayangi Adam.

“Dia memang berharap Mamajee kembali ke UK. Berita ini amat-amat mengejutkan mereka,” katanya sambil menambah kali terakhir adik beradik tersebut bertemu Adam adalah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.

IKLAN

Beliau yang juga menetap di UK itu turut menganggap Adam lebih daripada seorang adik, malahan beliau ibarat ibu kedua buat chef tersebut.

Menyedari keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan, Adam sempat menitipkan kata-kata akhir kepada mereka yang mengenalinya.

Pesanan terakhir Adam untuk semua

“Banyak perkara ‘confidential’ yang dia cakap dengan keluarga. Tapi, kepada orang luar, dia selalu cakap dia minta maaf banyak-banyak kalau terasa hati dengan tutur katanya, kalau ada apa-apa minta tolong halalkan.

IKLAN

“Alhamdulillah ada rezeki, semua sempat melihat Adam pergi. Keluarga di UK pun sempat ‘facetime’ dengan dia dan Adam tidak terkilan apa-apa,” katanya yang bersyukur adiknya meninggal dunia dengan cara baik dan pada bulan yang suci.

Sejak awal pengenalan Adam dalam dunia masakan, beliau sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resipi kepada pengikutnya.

Dia masuk hospital ‘on and off’ dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air.

Sejak Tahu Mamajee Sakit, Fatimah Standby Tudung Untuk Berdoa. Arwah Pesan Dia Minta Maaf

Dalam pada itu, Dr Nor Ashmiza turut meluahkan rasa terkilan terhadap laporan yang mendakwa adik bongsunya mengalami lumpuh dan hanya boleh menggerakkan jari.

“Saya terkejut sebab adik saya bukan macam tu. Adam seorang yang aktif dan suka bekerja kuat hingga ke saat-saat akhirnya.

“Dia masuk hospital ‘on and off’ dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air,” jelasnya sambil menambah kesihatan Adam bertambah teruk sejak tiga hari sebelum dijemput Ilahi.

Sumber: Mstar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI