Sejuk Mata Memandang Tengok Dia Menghafal Al-Quran, Netizen Suka Aura Ammar Ahyan. Pandai Ibu Ayahnya Mendidik

Share

Ammar Ahyan, anak sulung pasangan Datin Sri Shahida & Datuk Sri Aliff ini ada aura yang istimewa. Sejuknya hati melihat Ammar Ahyan menghafal Al-Quran sambil didengar ibunya.

Didikan yang seimbang dunia akhirat, itulah yang selalu menjadi harapan dan cita-cita semua ibu bapa. Membesarkan anak dengan cara yang sederhana dan kelembutan menjadikan Datin Sri Shahida sering dijadikan idola.

Terbaru, Datin Sri Shahida telah memuatnaik video yang memaparkan Ammar Ahyan, 10 tahun sedang membaca surah Al-A’la sambil beliau memperbetulkan kesilapan bacaan Ammar. Malah Ammar juga turut berpuasa bersama-sama ibunya dengan harapan dosa-dosanya diampunkan.

Ammar bersama adik-adik, Qadejah & Ibrahim.

Anak Yang Baik Ammar Ahyan  anak yang baik @ammar_ahyan..Dia tengok kita puasa hari ni dia ikut puasa dgn harapan dosa-dosa dia dengan saya selama setahun yang lepas diampunkan……Sesi mendengar ni…Banyak main semua lupa??

Sebelum ini, Ammar sudah mula menghafal dengan bantuan mamanya.

Ramai yang memberikan komen yang sukakan personaliti si sulung ini, malah ada yang memuji-muji bacaan yang betul dari segi makhrajnya. Bertuahlah Datin Sri Shahida & Datuk Sri Aliff memiliki anak sulung yang baik seperti Ammar. Ramai juga yang mendoakan kesejahteraannya.

Sumber: Shahidadherbs & Ammar Ahyan

IKLAN