Setiap ibu bapa tentunya mahukan anak-anak membesar menjadi insan yang baik dan berbudi pekerti mulia disamping mempunyai ilmu agama dan akademik yang tinggi dan baik. Rupanya itu semua perlu disematkan dalam jiwa ibu bapa sebelum mempunyai cahaya mata lagi.

Seperti perkongsian yang dibuat oleh Siti Asmida Mokhtar tentang cara didikan Puan Shahida Lukman iaitu ummi kepada Ziyyad yang pernah tular sebelum ini kerana dalam usia dua tahun, anak kecil ini sudah berjaya menghafal 42 surah.

Berikut adalah perkongsian yang dibuat olehnya:

Perkongsian Cara Didikan Ziyyad sehingga mampu menghafal 42 Surah pada usia 2 Tahun

Alhamdulilah direzekikan berjumpa dengan Puan Shahida Lukman iaitu ummi kepada Ziyyad dan Hawa dalam suasana yang santai tetapi penuh terinspirasi, kagum dan bersemangat serta aura – aura positifnya melekat kepada kami.

Alhamdulilah.

Ceritanya bermula dengan niat yang terpahat dihatinya, Sebelum berkahwin lagi sudah memasang cita – cita untuk mempuayai anak – anak yang hafal Al Quran serta boleh membawa agama islam.

Sejuk Perut Ibu Mengandung, Usia 2 Tahun Sudah Hafal 42 Surah, Ibu Ini Kongsi Cara Didikan Yang Boleh jadi Panduan Buat Ibu Ayah Lain

Demi mencapai cita – cita tersebut, beliau mula mencari ilmu dengan membaca pelbagai tip – tips dalam mendidik anak mengenal Al Quran.

Dengarkan Alunan Al Quran Untuk Anak Dalam Kandungan

Alhamdulilah, setelah berkahwin dan mengalami fasa kehamilan yang sangat memenatkan kerana alahan yang kuat sehingga terbatas untuk membaca Al Quran dalam kuantiti yang banyak.

Akhirnya tekadkan diri hanya memperdengarkan alunan Al Quran untuk anak dalam kandungan. 10 Surah ibu mengandung menjadi pilihannya dalam suasana yang santai iaitu anak dengar, ibu dengar dan dalam masa yang sama mengikuti bacaan tersebut.

Sejuk Perut Ibu Mengandung, Usia 2 Tahun Sudah Hafal 42 Surah, Ibu Ini Kongsi Cara Didikan Yang Boleh jadi Panduan Buat Ibu Ayah Lain

Alhamdulilah, hari pertama Ziyyad dilahirkan hanya tidur tetapi hari kedua sudah mula meragam dan menangis seperti mencari – cari dimana alunan yang selama ini didengarinya.

Bermula saat itu, Ayat Al Quran menjadi penenang paling mujarab untuk ziyyad. Bermula dengan Juzuk Amma diulang demi diulang.

Usia setahun dah mampu ingat 32 Surah

Pada usia 1 tahun 7 bulan, ummi ziyyad mula menyedari bahawanya anaknya sudah mampu mengingati 32 Surah Juzuk Amma mengikut susunan surah.

Masya Allah. kami yang mendengar sangat kagum sambil – sambil menoleh pandangan dekat ziyyad yang sedang khusuk menulis ayat Al Quran.

Kejayaan demi kejayaan yang tidak terjangka dan pastinya Ianya datang dari Allah yang Maha Hebat. Usia 2 tahun 8 bulan ziyyad menambah hafalannya kepada 42 surah.

IKLAN

Aktiviti-aktiviti yang digunakan untuk mendidik Ziyyad

Antara aktiviti – aktiviti yang dikongsi oleh Puan Shahida dalam mendidik Ziyyad.

Sejuk Perut Ibu Mengandung, Usia 2 Tahun Sudah Hafal 42 Surah, Ibu Ini Kongsi Cara Didikan Yang Boleh jadi Panduan Buat Ibu Ayah Lain

Fokus utama beliau ialah santai bersama Al Quran.

👉 Pasang alunan Al Quran dirumah, dalam kereta, samaada anak sedang bermain atau tidur. Just pasang.

👉 Sambil masak didapur boleh main teki – teki berkaitan dengan Al Quran.

Contoh : Yadd, Surah Al Kahfi ada berapa ayat ?

👉 Hidangkan permainan berasaskan Al Quran seperti

📌 Al Quran yang berwarna warni.

📌 Susun silang kata potongan ayat Al Quran.

📌 Isi tempat kosong ayat Al Quran.

IKLAN

👉 Ziyyad kurang berminat kepada ultraman atau kebiasaan permainan anak lelaki terapi beliau sangat “ulat buku”.
Itu lah permainan ziyyad.

👉 Sangat sukakan nombor @ angka sehingga boleh kaitakan dengan Al Quran. Cara hafalannya juga berserta nombor ayat.

👉Dalam kereta, mereka sekeluarga lebih suka pasangkan Al Quran atau “main” sambung – sambung Al Quran.

Kadang – kadang dalam perjalanan jauh seperti kelantan ke kuala lumpur ziyyad mampu menghafal satu surah Al Quran. 

Alat Bantu mengajar yang paling berkesan adalah

  1. White Board.

Pelbagai saiz white board yang disediakan untuk mengajar ziyyad menulis sehingga hari ini tulisan ziyyad tidak ubah seperti Font di laptop.

Cantik dan kemas sangat😀

Aktiviti di white board seperti susun flash card, tulis sendiri ayat Quran perkata, isi tempat kosong dan lain – lain.

Bab kata ummi ziyyad ” White Board memang berjasa sangat – sangat”.

  1. Maker, Crayon dan pensil

Usia 8 bulan sudah mula ajar pegang maker dan crayon.

IKLAN

🔺Sumber idea untuk aktiviti – aktiviti ziyyad ??

– Search google sahaja. Pelbagai aktiviti yang dapat dijadikan sumber ilham dan diaptasikan dalam betuk islamik iaitu versi Al Quran.

Sejuk Perut Ibu Mengandung, Usia 2 Tahun Sudah Hafal 42 Surah, Ibu Ini Kongsi Cara Didikan Yang Boleh jadi Panduan Buat Ibu Ayah Lain

Antara pantang larang atau perkara yang cuba dielakkan ialah:

  1. Pergi ke swimming pool atau taman tema air.Pendedahan aurat serta bercampur ruang mandi wanita dan lelaki. Apabila anak lihat dan menjadi satu kebiasaan ianya bagaikan titik – titik kecil yang akan menjadi hitam.

  2. Karnival atau pasar malam yang ada persembahan atau muzik – muzik yang berbentuk hiburan. Jika terbawa beliau akan dukung ziyyad sambil zikir atau baca Al Quran di telinga ziyyad agar tidak fokus kepada muzik tersebut.

  3. Permainan letak duit syiling dan keluar muzik di beberapa tempat seperti pasaraya.

Antara Nasihat – Nasihat dari Puan Shahida.

 👉 Terapkan nilai ” Tak soleh ” kepada anak – anak jika terpandang sesuatu yang tidak elok.

👉 Banyakkan memberi pujian kepada anak. Aktiviti anak kalau boleh record dan bagi dia lihat.

👉 limitkan pengunaan gadget dan jangan bagi anak tengok seorang diri. Ada pengawasan dari ibubapa dan sedikit penerangan dari video – video yang ditonton.

👉 Gunakan kata – kata positif kerana setiap kata adalah doa.

👉 Berpegang kepada doa ibu sangat mustajab maka berdoalah.

👉 Jangan letak target anak cepat pandai tapi ansur maju.

👉 Manfaatkan setiap masa anak – anak kerana mereka bagaikan ” span” yang menyerap apa sahaja yang diajar oleh ibu bapa.

👉 Jangan kedekut atau berkira untuk membeli permainan atau buku kepada anak – anak jika ianya memberi manfaat.

Semoga dengan kisah kejayaan ziyyad ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada kita sebagai ibubapa agar terus berusaha mendidik anak – anak dalam melahirkan generasi huffaz Al Quran.

Aamiin.

Sumber: Siti Asmida Mokhtar & Shahida Lukman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI