Bila anak hendak sekolah, hari sebelumnya mak-mak seakan tak cukup tangan menguruskan pelbagai perkara. Mana taknya, baju sekolah anak perlu diseterika lebih awal.
Bagi meringankan beban ibu dan menjimatkan masa ketika proses itu, idea hebat ini yang dikongsikan oleh akaun facebook, Afnee Aboobaker ini patut anda cuba.
Tak perlu gosok di kedua-dua belah permukaan baju. Cukup hanya sebelah sahaja dan lihat hasilnya. Memang pantas!
Idea menggunakan aluminium foil yang dibalut pada irod board ini bertindak menyerap haba. Jadi proses ini menjadi semakin cepat dan mudah. Tak percaya jom ikuti langkah yang diberikan.
Hari ni saya cedok ilmu dari kenalan fb yang ajar supaya mempercepatkan proses iron baju!
Kaedah ni guna aluminium foil, sebab aluminium foil ni kan serap haba so kite gosok baju bahagian depan, sekali harung bahagian belakang pun tergosok sekali tanpa sengaja uolsss! Gini kisahnya.
Ads
Guna aluminium foil, balutkan iron board kita tu. Saya punya ngam-ngam je sama saiz ngan iron board so saya tampal dengan double sided tape.
Then balutkan dengan kain lain, of course pink!
Ni kain sisa-sisa buat cadar single bed msa duduk hostel dulu.
Pastu stapler kan je sebab saya punya ni tak ada sarung.
Ads
So tadaaa dari buruk jadi comei sikit.
Kaedah yang dipraktikkan ini dikatakan dapat menjimatkan separuh daripada masa kaum ibu khususnya untuk tugas ini sekaligus bil elektrik kita.
Logiknya semasa menggunakan seterika, aluminium foil ini akan turut panas secara tak langsung seolah-olah kita menggosok pada kedua-dua bahagian baju secara serentak.
Rupanya bukan semua pakaian atau cadar dan comferter yang boleh terus dibasuh begitu sahaja dalam mesin dobi layan diri. Perlu ada panduannya agar barangan anda tidak mudah rosak.
Membasuh comforter atau toto misalnya di dobi layan diri perlu ada caranya yang lebih tepat. Barulah makin berkesan bersihnya dan comforter juga tidak mudah rosak.
Tips mencuci bed comforter/toto/narita cara dobi layan diri:
1. Periksa label pada comforter untuk memastikan ianya sesuai untuk cucian mesin dan suhu air yang dibenarkan.
2. Pastikan tiada bahagian yang terkoyak atau tetas jahitan – ini untuk mengelak bahagian yang terkoyak menjadi lebih besar.
3. Pre-wash – cuci kotoran yang kelihatan (stain) menggunakan cecair pencuci.
4. Masukkan comforter ke dalam mesin basuh.
5. Untuk cucian yang lebih berkesan, guna mesin basuh yang besar dan satu mesin basuh untuk satu comforter.
6. Pilih suhu basuhan mengikut kesuaian fabrik. Untuk pelanggan yang ada masalah alahan, dicadang menggunakan cucian air hangat/panas untuk membunuh hama (dust mite).
7. Masukkan sabun dan pelembut fabrik di inlet masing-masing. Gunakan sabun yang lembut (mild).
8. Selepas selesai cucian, keringkan menggunakan mesin pengering pada suhu yang tinggi (high temperature) atau mengikut kesesuaian fabrik. Suhu pengeringan yang tinggi juga boleh membunuh hama.
9. Untuk pengeringan yang lebih efisien, guna mesin pengering yang besar dan satu mesin pengering untuk satu comforter.
10. Periksa kekeringan comforter sebelum pusingan tamat. Tambah tempoh masa pengeringan mengikut keperluan.
11. Masa pengeringan yang dicadangkan adalah 27 – 30 minit. Pastikan fabrik kering sepenuhnya untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.
12. Cara lain adalah dengan menjemur comforter di bawah cahaya matahari yang terik selama beberapa jam untuk mengeringkannya.
Berkhatan adalah kemestian yang perlu dilaksanakan kepada anak-anak. Tapi benarkah berkhatan awal boleh menyebabkan anak cepat baligh? Adakah khatan boleh dilakukan selepas kelahiran? Ini pandangan Imam Muda Jabbar
Bagi anak perempuan, khatan sinonim dilakukan dalam tempoh berpantang. Soalnya kini, bagaimana dengan anak lelaki. Hal ini kerana ramai yang keliru masa yang sepatutnya dan tepat untuk mengkhatankan anak lelaki.
Menurut Ustaz Abdul Jabbar Mohammed Kahar, pendakwah dan Pengarah Urusan AJAQ Consultancy & Management, berkhatan adalah sunah Rasulullah. Seperti mana sabda baginda yang bermaksud;
“Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai”. (Hadis Riwayat Muslim).
Pandangan para ulama dalam memahami hadis di atas terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita sebagai pandangan Imam Malik.
Manakala bagi mazhab Shafie, khatan diwajibkan bagi lelaki dan wanita. Bagi Mazhab Hanafi, berkhatan hukumnya adalah sunat sahaja bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Imam Ahmad pula berpandangan khatan hanya wajib ke atas lelaki sahaja sunat ke atas perempuan.
USIA UNTUK BERKHATAN
Bagi ibu bapa, tentunya ingin mengetahui waktu yang sesuai untuk melaksanakannya. Bagi anak perempuan, khatan akan dilakukan selepas kelahiran atau dalam tempoh berpantang. Manakala bagi anak lelaki, ia perlu dilaksanakan sebelum mencapai usia baligh. Dalam masyarakat kita, waktu berkhatan tidak disyaratkan ketika kecil. Kebanyakannya berkhatan ketika dewasa antara tujuh hingga 10 tahun. Namun demikian, disunatkan para wali mengkhatankan anaknya pada hari ketujuh kelahiran.
Saidatina Aisyah menceritakan; Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husein pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Kebanyakan ahli ilmu berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.
Maka tidak salah untuk melakukan khatan awal bagi anak lelaki kerana ia memberikan banyak kebaikan kepada si anak. Kulitnya juga masih lembut dan ia juga memberikan banyak manfaat dari segi kebersihan jika dilakukan pada peringkat awal usia.
KHATAN AWAL CEPAT BALIGH?
Tiada fakta yang menyokong kenyataan kanak-kanak yang berkhatan awal dikatakan mengalami akil baligh. Malah orang-orang Arab mengamalkan khatan anak lelaki selepas kelahiran dan anak-anak lelaki mereka tidak mengalami akil baligh awal seperti mana didakwa. Jika benar anak-anak akan menjadi cepat matang, maka ia lebih baik kerana dengan berkhatan anak akan dapat mengawal syahwatnya, berfikir dengan waras dan ia merupakan ciri-ciri mukmin yang berjaya.
MAJLIS ATAU JAMUAN, WAJIBKAH DIADAKAN SEMASA ANAK BERKHATAN?
Kanak-kanak lelaki yang telah berkhatan akan merasakan diri mereka berbeza daripada kanak-kanak kecil yang lain dan seolah-olah seperti agenda dalam kehidupan menuju ke alam dewasa. Maka tidak salah untuk mengadakan majlis untuk meraikan anak-anak dan menzahirkan rasa syukur. Seperti mana firman Allah dalam surah Dhuha ayat 11 yang bermaksud “………dan adapun dengan nikmat Tuhanmu maka sebut-sebutkanlah (sebagai tanda bersyukur).
Pun begitu, mengadakan jamuan makan apabila melaksanakan kewajipan kepada anak tidaklah wajib hukumnya. Laksanakan dahulu kewajipan berkhatan dan jangan pula kerana tiada kemampuan untuk mengadakan jamuan maka kita akan melengah-lengahkan kewajipan berkhatan kepada anak.
Hikmah berkhatan bagi kanak-kanak lelaki
Hikmah berkhatan wujud dalam dua sudut, iaitu sudut agama dan sudut kesihatan. Antaranya ialah;
INFO KHATAN ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN
Anak lelaki
bagi anak lelaki, khatan ialah proses membuang lebihan kulit yang terdapat pada bahagian hadapan alat sulit. Proses dilakukan dengan bius untuk mengelakkan sakit.
Anak perempuan
Bagi anak perempuan, ia dilakukan dengan cara memotong kulit yang berada di bahagian atas alat sulit. Bentuknya seperti butir atau balung ayam jantan dan yang wajibnya ialah memotongnya (menggoreskannya) sahaja tanpa membuang keseluruhannya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belum sampai separuh hari masak nasi dah basi. Siapa yang mengalami perkara yang sama seperti ini pasti akan merungut di mana silapnya? Adakah sebab periuk nasi atau beras yang digunakan tidak sesuai.
Bukan sekali sekala berlaku, namun banyak kali. Pelbagai cara sudah digunakan untuk mengelakkan nasi basi. Namun, masih tidak menjadi.
Jadi, apa kata kali ini jom cuba gunakan tips hasil perkongsian oleh Ida Shahida di laman sosial Facebook. Diharapkan tips ini berkesan membantu menangani masalah nasi yang cepat basi.
Guna bahan dapur bersihkan periuk nasi
Dah kerap nasi jadi basi? Sebab nasi dah pernah jadi basi berkali-kali jadi periuk nasi dah penuh bakteria.
Kalau nasi dah pernah jadi basi 2-3 kali atau kerap dibiarkan nasi sampai basi dalam periuk memang akan hadapi masalah nasi cepat basi.
Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak. Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cepat basi.
Bahan-bahan yang digunakan:
Garam kasar 3 genggam
10 keping asam gelugur atau asam keping
Sedikit air garam
Cara-cara:
Cuci periuk dengan sabun sehingga bersih.
Kemudian masukkan garam kasar 3 genggam penuh, campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping. Tambah sedikit air garam supaya asam dapat bersatu.
Kisarkan periuk dengan tangan selama 3-4 minit. Kemudian biarkan selama 15 minit.
Ulangi 3-4 kali. Buat dekat tudung periuk sekali-sama.
Kemudian cuci dengan sabun.
Terakhir bilas dengan air bersih 2 -3 kali. Kemudian didihkan selama 15 minit dengan air bersih.nasi cepat basi
Nasi pasti tak basi lagi sehinggalah anda membiarkan nasi dalam periuk jadi basi semula 2-3 kali. Masalah akan berulang.
Kalau ada nasi lebih, dicadangkan masuk dalam plastik dan ikat. Masukkan kedalam peti ais bahagian buat ais tu. Bila nak makan nasi stimkan semula. Jimat banyak tau.
Ada satu lagi cara:
Cuci bersih periuk dan tudung sekali. Selepas itu, isikan air sehingga penuh periuk (agak-agak jangan limpah semasa menggelegak.
Kemudian masukkan 4 genggam penuh garam kasar dan secekak asam keping. Biarkan mendidih selama 1 jam. Matikan api.
Biarkan lagi 10 hingga 15 minit, kemudian cuci periuk sehingga bersih.
Macam tu rupanya untuk pastikan nasi tahan lama. Lepas dah tau cara ni, pasti takkan timbul lagi masalah nasi cepat basi. Jom cuba tips ni, gerenti berkesan!
Diet ibu menyusu tidak memerlukan pantang semua makanan. Ketahui panduan pemakanan yang betul, mitos penyusuan, pengambilan kopi serta tanda alahan bayi berdasarkan nasihat pakar.