Pelakon Saharul Ridzwan menyatakan anak lelakinya, Muhammad Luth Ali, 3 dimasukkan ke hospital kerana cedera terkena air panas.
Anak-anak tengah nak membesar memang ada yang lasaknya buat kita sentiasa berwaspada dan monitor aktiviti mereka, tapi dalam pada selalu perhatikan pasti ada sahaja insiden yang tidak diingini berlaku.
Menurut pelakon Cinta Sekali Lagi ini kepada Portal Gempak, Ali terpaksa ditahan di wad untuk memudahkan rawatan terhadap luka terkena air panas .
“Ali kena air panas sikit. Takda apa pun. Warded sebab nak dressing luka tu, takut dia tak duduk diam,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi sekeping gambar di Instagram, Saharul atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim memuat naik foto bersama Ali di hospital di samping meluahkan rasa seorang ayah bila sudah mempunyai anak.
Sebelum ini Pa&Ma juga pernah melaporkan tentang Ali yang luka di dahi kerana terkena bucu meja.
Menurut Saharul, bila dah ada anak, apa sahaja yang berlaku atau menimpa anak walaupun perkara yang tidak besar boleh membuatkan ibu ayah risau yang teramat sangat.
“BERDERAU DARAH.
Ads
“Dulu selalu dengar je perkataan ni. Sekarang dah ada anak, selalu sangat rasa “berderau darah” tu datang.
“Allahuakbar. Anak ni, walaupun benda kecik yang jadi, darah naik tu rasa macam dekat kepala dah. Risau kita, Subhanallah.
“Tak tahulah macammana nak cakap. Macam tu lah umi dan abah risau waktu saya accident dulu.
“Tiada daya upaya kita sebagai hamba Allah untuk pastikan sesuatu tidak berlaku walaumacammana cuba sekalipun melainkan dengan izin Allah SWT. Semoga Allah terus melindungi orang orang yang kita sayang.
“Hasbunallah Wa Ni’mal Wakiil. Amin Ya Rabb,” tulisnya
Isteri kepada Saharul, Deena Emir juga turut berkongsi beberapa keping gambar Ali dengan tangan berbalut. Dengan kapsyen doa yang cukup ringkas, Ali dilihat tersenyum ceria meskipun ada luka di beberapa bahagian badan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika nak elak anak menangis di tadika, ibu ayah kena didik anak sejak umur empat tahun lagi. Inilah yang dinamakan belajar menyesuaikan suasana di tadika perlu dilakukan sejak awal lagi.
Pengasuh taska perlu memaklumkan kanak-kanak yang sudah cukup usia akan berpindah ke tadika. Kesediaan belajar ke tadika sangat penting untuk kanak-kanak membuat persediaan mental dan emosi.
Kanak-kanak yang begitu akrab dengan pengasuh taska dan rakannya akan merasa kehilangan apabila berada di tadika. Ibu bapa juga turut membantu kesediaan kanak-kanak untuk ke tadika. Antara kemahiran yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berusia empat dan lima tahun untuk persiapan transisi ke tadika lebih mudah.
Memperkenalkan buku kepada anak supaya anak tidak terkejut dengan persekitaran baru di tadika nanti
1.Menggalakkan kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu dan bersemangat untuk belajar. Hal ini penting untuk kanak-kanak untuk memulakan belajar dengan mempunyai kesedaran belajar adalah menyeronokan.
2.Mengetahui untuk menulis namanya sendiri. Kebanyakan guru tadika suka jika kanak-kanak berupaya menulis namanya sendiri, biarpun seluruh perkataan ditulis dengan huruf besar. Permulaan belajar di tadika kanak-kanak diajar menulis dan membaca namanya sendiri merupakan kelaziman aktiviti di tadika.
3.Mengetahui cara membilang sekurang-kurangnya hingga angka 10. Kanak-kanak yang ke tadika digalakkan untuk memahami urutan nombor, contohnya menyedari nombor 3 selepas 2 dan sebelum 4.
4.Mengetahui abjad. Kebanyakan kanak-kanak mengetahui abjad nyanyian yang secara tidak langsung mengenal abjad dalam keadaan sendiri. Contohnya kanak-kanak mengenal huruf secara berasingan dengan menunjukkan huruf “b” dalam perkataan atau menyebut huruf “b”. Ibu bapa juga boleh melatih kanak-kanak membaca semasa dalam kenderaan melihat papan tanda dan plat kereta.
5.Boleh menggunakan gunting. Kanak-kanak yang tidak tahu cara menggunakan gunting boleh menjadikannya kecewa pada minggu pertama di tadika. Pada minggu pertama digalakkan aktiviti menggunakan gunting dan play doh untuk membina kemahiran motor.
6.Mengetahui untuk menjaga dirinya atau keperluan fizikal. Jika ingin mengembirakan guru tadika, ajar anak anda cara mengikat tali kasut atau memakai kasut dengan betul, menggunakan tandas, boleh zip seluar atau memasang butang baju dengan sendiri dan boleh menggunakan tisu dengan betul ketika batuk atau bersin.
Semoga ibu ayah membuat persediaan awal sebelum menghantar anak ke tadika pada tahun hadapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Waktu bermain adalah waktu yang sangat menyeronokkan bagi anak-anak kita. Cakaplah apa sahaja, ada waktunya anak langsung tidak mendengar dek terlalu fokus dengan permainan di tangannya. Jangan sekali-kali memberi pelbagai arahan di waktu ini kerana ia pasti gagal.
Ada waktu tepat untuk mak ayah memberikan nasihat atau pun mahu berkongsi cerita dengan anak. Inilah waktu sebaiknya dan terlalu ‘dekat’ dengan anak. Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, waktu sebelum tidur adalah waktu paling mustajab untuk mak ayah menyampaikan segala ‘cerita’ dan nasihat.
Tolong jangan sia-siakan waktu anak hampir nak terlena tu. Waktu ni lah mak ayah sebenarnya wajib
– jauhkan gajet daripada genggaman tangan – padamkan TV – tinggalkan sekejap kerja yang tengah kita buat
Sebab inilah waktu paling bagus untuk kita ambil kesempatan – usap ubun-ubun anak kita – bermanja dengan dia – banyakkan peluk, cium dan hadiahkan sentuhan penuh kasih sayang untuk si kecil tu.
Dalam masa yang sama – bisikkan kat telinga dia betapa kita sangat sayangkan dia – pesan dan nasihat perkara-perkara yang baik pada anak – beritahu jugak kat dia yang kita nak sangat dia jadi anak yang soleh dan solehah, suka bantu mak ayah dia, tolong jaga adik-adik dia, jadi lebih rajin, berdikari dan lain-lain.
Jangan sia-siakan tempoh berharga ni sebab bermula dari fasa mengantuk sehingga dia mula tertidur, itulah masanya gelombang otak anak berada dalam keadaan yang sangat sangat tenang dan jauh dari kekusutan.
Teruslah manfaatkan betul-betul waktu tersebut untuk kita serapkan sesuatu yang positif ke dalam minda anak dan bentuk dia ke arah yang lebih baik.
Tolong amalkan pada si kecil kita kejap lagi ya.
#share jugak ilmu mahal ni dengan sahabat-sahabat kita yang lain. Semoga bermanfaat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Dia satu-satunya anak kami, puas saya mencarinya sekeliling rumah namun tidak jumpa. Luluh hati ini sebaik dimaklumkan dia lemas,” kata Shaiful Lizam Mat Hudin, selepas mayat anaknya ditemui mati lemas di dalam kolam bersebelahan rumahnya di Kampung Bukit Merah, Paka, Dungun, petang Sabtu (16 Mei).
Shaiful Lizam, 21, berkata, anaknya, Nur Ara Raisha berusia satu tahun setengah di percayai terjatuh ke dalam kolam terbabit, kira-kira jam 5.15 petang.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia sedang membaiki keretanya kira-kira jam 5 petang sementara Nur Ara Raisha sedang bermain di tempat duduk belakang kereta.
“Ketika kejadian, isteri Siti Nur Suhada Mohd Zakariayudin, 26, sedang berniaga santan di Bandar Paka.
“Beberapa minit selepas itu, saya dapati anak saya tiada di belakang kenderaan sebelum mencarinya sekeliling rumah namun tak jumpa.
“Saya meminta tolong orang kampung dan bapa saudaranya membantu mencari dia (Nur Ara Raisha) sebelum bapa saudara menemuinya di dalam kolam itu,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun.
Katanya, sebaik mengangkat anaknya dari kolam terbabit dia sedaya-upaya memberi bantuan pernafasan sambil berharap anaknya itu masih hidup.
“Saya mendukung anak dan segera mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Paka dan kira-kira jam 7 petang saya dimaklumkan pegawai perubatan anak saya sudah meninggal.
“Patutlah arwah sepanjang hari ini sangat bermanja dengan saya dan sepanjang hari ini dia banyak berdiam dan sering melihat ke langit, rupanya dia nak pergi meninggalkan saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Menurutnya, mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
“Mayat dibedah siasat pagi (17 Mei) oleh pakar bedah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu,”katanya.
Astro, peneraju kandungan dan hiburan negara, tampil dengan satu pelancaran istimewa yang cukup bermakna — “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, sebagai tanda penghargaan kepada...