Kelahiran bayi baru pastinya menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan. Seperti juga pelakon Saharul Ridzwan dan isteri tercinta Qaabila Deena Amir yang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Dalam hantaran terbaru sang suami di akaun Instagram miliknya, Pelakon Korban Kasih ini ada berkongsi perkembangan terkini aktiviti dia dan isteri.
Dalam entrinya itu, Saharul berkongsi beberapa surah pilihan yang mungkin menjadi amalannya. Menurut bintang yang mula dikenali sejak menjadi finalis Hero Remaja, apa yang dikongsikan itu adalah persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir.
“Persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir. InShaaAllah,” kongsinya di Instagram.
Posting tersebut mendapat reaksi yang baik daripada peminat dan pengikutnya. Ramai yang turut berkongsi posting tersebut untuk kenalan dan pasangan masing-masing.
Selain itu, tak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan bersalin Deena Amir dipermudahkan.
Saharul dan Deena Amir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini sudah berusia 3 tahun lebih.
Dalam posting yang lain, dilihat Saharul dan Deena sudah tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata mereka yang kedua.
Deena Amir kini sedang sarat hamil anak kedua dan menunggu detik untuk melahirkan. Didoakan semoga urusan bersalin Deena dipermudahkan. Ibu dan bayi sihat dan selamat. Amin!
Sumber: Media Hiburan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elakkan Susu, Telur Semasa Mengandung! Bimbang Kadar Hemoglobin Ibu Menurun.
Hb atau hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Bagi wanita berbadan dua, lebih banyak oksigen diperlukan daripada biasa kerana janin dalam kandungannya juga memerlukan oksigen ini.
Tahap hemoglobin yang menurun semasa kehamilan dianggap normal. Ini kerana ketika hamil jumlah darah akan meningkat sebanyak 50% bagi membekalkan nutrien penting kepada bayi dalam kandungan.
Menjelang minggu ke-8 kehamilan, paras plasma darah menjadi lebih tinggi berbanding sel darah merah pada ibu mengandung. Disebabkan penurunan kepekatan sel darah merah ini, paras Hb akan menurun sehingga serendah 10.5g/dl. Tetapi awas, jika paras Hb lebih rendah daripada yang dinyatakan, pemeriksaan doktor perlu dilakukan segera.
Menurut Dr Wan, iron diperlukan untuk naikkan HB sebab iron merupakan elemen penting dalam struktur hemoglobin (HB). Ramai rakyat Malaysia kurang iron dalam diet seharian mereka sehinggakan mereka dapat Iron Deficiency Anemia.
“Lesu, sakit dada, pucat, jantung bengkak, sakit urat tu antara simptom – simptomnya. Dalam pregnancy dengan adanya baby dalam perut, isipadu darah mak akan meningkat dan secara langsungnya keperluan iron akan bertambah.
“Banyak saja makanan yang perlu korang pantang untuk memaksimumkan penyerapan iron dalam darah seperti susu, telur, kekacang, coffee, teh. Bukan tak boleh makan ni, boleh saje. Cuma kena elakkan makan sekali dengan tablet iron yang doctor kasi tu. Kalau tak, sia – sia je korang makan sebab iron tu akan keluar ikut najis.” Kata Dr Wan melalui perkongsian di akaun TikToknya.
Dr Wan juga berkongsi bahawa sayur hijau seperti sayur bayam dan sayur sawi juga tinggi iron dan boleh banyakkan dalam pemakanan orang mengandung.
@drwanshare HB rendah time pregnant? Kenapa ye?… Padahal sebelum mengandung elok je aku… Iron diperlukan untuk naikkan HB sbb iron merupakan elemen penting dalam struktur hemoglobin (HB) Ramai rakyat malaysia kurang iron dalam daily diet mereka sehinggakan mereka mendapat Iron Deficiency Anemia… Lesu, sakit dada pucat, jantung bengkak, sakit urat tu antara simptom2nya… Dalam pregnancy dengan adanya baby dalam perut, isipadu darah mak akan meningkat dan secara langsungnya keperluan iron akan bertambah… Banyak saja makanan yang perlu korang pantang untuk memaksimumkan penyerapan iron dalam darah seperti ✅ Susu ✅Telur ✅ Kekacang ✅ Coffee ✅ Tea Bukan tak boleh makan semua ni, bole saja… cuma kena elakkan makan sekali dengan tablet Iron yang doktor kasi tu… Kalau tak, sia2 je korang makan… sebab iron tu akn keluar ikut najis ♨️ sayur hijau, bayam sawi jugak tinggi dengan iron, boleh banyakkan dalam daily diet korang… Kalau la malas sangat, this is my personal opinion… Try Innate lactea dari @MOTHERHOOD & MORE , dengan ingredient yang mencukupi dapat naikkan HB selain kurangkan risiko kencing manis ketika mengandung ( GDM ) #dr1share #tiktokguru #shouldbeme #irondeficiencyanemia #pregnancy #iron ♬ original sound – DR1 SHARE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jarak Umur Ini Waktu Sesuai Untuk Bagi Adik. Tidaklah Abang Atau Kakak Cemburu
Persoalan bila hendak hamil lagi ialah pilihan peribadi, dan kadang-kadang ini bukanlah di bawah kawalan kita! Wanita yang mendirikan rumah tangga ketika dalam umur 30-an mungkin tidak mempunyai peluang untuk memilih jarak yang panjang di antara dua orang anak kerana faktor kesuburan.
Memang betul tapi bila memikirkan cabaran menguruskan anak, kewangan dan macam-macam lagi, beberapa faktor ini perlu diambil kira.
Berikut perkongsian dari Pakar Keibubapaan dan Kasih Sayang, Ibu Rose.
Kali ini Ibu nak ajak sayang semua berfikir sejenak mengenai jarak umur anak sedia ada dengan yang baru. Sesuatu yang agak jarang Ibu ketengahkan. Namun, ia tak kurang pentingnya dalam memastikan kestabilan keluarga yang kita bina.
Banyak juga masalah keibubapaan yang berlaku akibat dari ketidaksediaan ibu bapa sendiri menerima anak yang seterusnya. Kepenatan, kesukaran mengurus, menangani sikap-sikap mencabar anak di fasa individuating belum pun selesai, tup tup terpregnant?.
Oh…salah siapa? Salah sayang yang mengandung atau suami yang mengandungkan?
SubhanaAllah. Buat yang merasakan diri dikategori terrrrmengandung..Istighfarlah..kembalikan semuanya pada Yang Maha Esa yang mengizinkan ini berlaku. Tarik nafas dan tenang.
SUSU IBU EKSKLUSIF 6 BULAN
Dari Al-Quran, kita boleh dapati anak-anak digalakkan disusu badankan hingga 2 tahun penuh. Penyusuan badan adalah salah satu cara birth control yang semula jadi.
Oleh itu jika kita ambil dari situ; setelah usia anak itu 2 tahun, maka bolehlah untuk merancang anak seorang lagi. Pada ketika ini, kesihatan ibu pun sudah lebih baik. Seorang ibu itu sudah boleh tidur malam yang tidak begitu ternganggu.
HAMPIR 3 TAHUN PANDAI IKUT ARAHAN
Ini bermakna, jika bermula dari usia anak itu 2 tahun, anak itu akan mendapat adik usia dia sudah hampir 3 tahun. Pada usia ini, anak itu sudah boleh lebih memahami perasaan dan arahan. Dia juga boleh mengawal gerakan tangan dan kakinya dengan lebih baik.
Oleh itu, tidaklah terjadi kes seperti dia berniat untuk membelai adik, terkasar jadi macam nak pukul adik.
3 TAHUN – 3 BAHAGIAN OTAK MULA DAH BERKEMBANG
Dari segi perkembangan otak, bahagian tengah dari 3 bahagian otaknya sudah berkembang. Ini adalah bahagian otak emosinya. Dan bahagian otak tertingginya iaitu otak berfikir sudah mula berkembang. Ini bermaksud, keupayaan berfikir sudah mula terbina.
Ini bermakna, anda lebih senang memberi dia faham apa yang dia boleh lakukan kepada adiknya dan apa yang tidak.
SEDIAKAN DIRI ANAK TANGANI ATASI RASA CEMBURU PADA ADIK BARU
Dalam masa yang sama kebijaksanaan ibu bapa dan orang di sekelilingnya menyediakan dirinya untuk menerima adiknya adalah juga penting. Sebenarnya, memang ada naluri untuk anak itu cemburu. Perasaan itu datangnya dari ‘keinginan untuk survive’ yang memang wujud dalam diri setiap kita manusia ini.
Ibu bapa yang bijak akan menangani perasaan ini dengan keupayaan mengawal diri – ‘self-control’ pada anak-anak sekecil 3 tahun, dengan limpahan kasih sayang dan penerangan penuh kasih sayang kepada si abang atau si kakak.
Ada anak yangtidak cemburu, malah akan membantu ibu bapa menjaga adiknya. Tentu ramai di antara anda yang melalui pengalaman indah ini.
Tambahan:-
Supaya apa yang Ibu katakan di atas ini tidak disalah fahamkan, Ibu nyatakan di sini, bahawa penyusuan badan adalah SALAH SATU cara birth control yang semula jadi. Namun ada yang mengatakan hanya efektif untuk 6 bulan pertama.
Mungkin ada yang berjaya ada yang tidak. Sama seperti memakai kondom dan ubat perancang. Ada yang efektif, ada yang tidak. Oleh itu anda boleh lakukan bersama itu, other options yang suitable.
Bagaimanapun, jika anak itu hendak lahir juga, dia akan terjadi juga. Kerana kita hanya mampu merancang namun Allahlah Maha Berkuasa. Jika ia berlaku, maka terimalah dengan hati terbuka anugerah itu.
Namun, perbincangan kita bukan mengenai cara untuk birth control. Perbincangan kita mengenai jarak anak yang sesuai untuk better handling anak dan kesihatan badan ibu.
Ilmu keibubapaan ini perlu sentiasa ditambah dan dipertingkatkan. Terlebih lagi buat ibubapa yang punya ramai anak atau anak yang rapat seperti Ibu. Ibu telah sediakan untuk anda buku untuk dapat membimbing anda agar jangan keliru mendidik anak-anak.
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Menjadi Seorang Ibu Impian Saya,” Dah Nampak Baby Bump! Zahirah Macwilson Turut Doakan Wanita Belum Dikurniakan Zuriat
Pelakon cantik jelita Zahirah Macwilson yang baru-baru ini berkongsi tentang kehamilannya yang kini sudah berusia 6 bulan lebih memuat naik gambar terbaru di Instagram miliknya.
Dalam posting tersebut, Zahirah memuat naik gambarnya bersama suami tercinta yang juga merupakan pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza.
Melalui gambar yang dikongsikan itu, sudah jelas kelihatan baby bump Zahirah yang kini hamil enam bulan lebih.
View this post on InstagramYou, me & baby 🖤 . 📸 @binbinx4
A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
Melalui satu lagi posting lain, Zahirah berkongsi sebuah video pendek yang cukup menyentuh hati. Dalam video tersebut, Aiman dilihat sebak sebaik sahaja Zahirah memaklumkan bahawa dirinya hamil.
Menerusi kapsyen posting tersebut, Zahirah mengucapkan rasa syukur atas Kurniaan Allah kepadanya dan berdoa agar wanita lain yang belum berpeluang bergelar ibu agar dikurniakan cahaya mata sepertinya.
Dia juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada setiap ucapan dan doa yang diberikan kepadanya.
“Kehidupan penuh dengan kejutan & inilah yang terbaik @aimanhakimridza
“Ramai yang mengirimkan ucapan & doa kepada saya dan saya sangat berterima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan. Kalian mengingatkan saya mengapa saya suka berkongsi perkara dengan anda semua.
“Namun, ada juga yang mengirimkan saya kisah-kisah tentang bagaimana mereka berusaha untuk mengandung tetapi tidak bernasib baik atau mengalami kehilangan sepanjang perjalanan tersebut.
“Untuk semua ini, saya meluangkan masa bagi menghargai apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dan untuk ini juga, saya berdoa kepada semua wanita yang merindui peluang untuk membawa kehidupan kecil yang berharga ke dunia ini.
“My Heart goes out you strong women. Menjadi seorang ibu selalu menjadi impian saya dan saya benar-benar berdoa agar anda semua akan menjadi ibu suatu hari nanti.
“Percayalah waktuNYA, tetap positif dan jangan pernah putus asa dengan doa-doa itu. InsyaAllah, tangan anda akan memegang jari kaki kecil itu satu hari nanti,” tulisnya
Aiman juga dilihat memuat naik gambar yang sama seperti isteri tercinta dengan kapsyen yang ringkas tapi penuh makna. “Just the three of us.”
Untuk rekod, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.
Sumber: Instagram Zahirah Macwilson
Baca: Usia Kandungan Sudah 6 Bulan, Zahirah & Aiman Tak Sabar Nak Timang Cahaya Mata Pertama, Tahniah!
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI