Menginjak usia 8 bulan, nampaknya anak dara Fizo Omar dan Mawar, Wan Maryam makin comel dan pandai bergaya. Reaksinya depan kamera pun relax je.
Mungkinkah Maryam bakal jadi pengganti ibunya bila besar nanti? Persoalan ini banyak ditanya oleh peminat mama dan bapanya.
Melihat kepada keletah Maryam yang semakin bijak, ternyata anak bertuah ini sentiasa dilimpahi kasih sayang dari kedua-dua belah keluarga mama dan bapanya. Anugerah yang diberikan kepada Fizo dan Mawar ini penyeri kepada kehidupan mereka sekeluarga.
Ads
Dengan gayanya yang bersahaja, Mawar juga mengakui Maryam senang diurus dan tak banyak ragam. Mungkin dah terbiasa berjumpa orang ramai sejak kecil, antara salah satu sebab Maryam tak takut orang.
Ads
Netizen juga mengakui sejak kehadiran Maryam, naluri keibuan Mawar juga terserlah walaupun kesibukannya menguruskan perniagaan.
Sebab tu orang kata bila dah jadi ibu, automatik sikap wanita itu bertukar jadi matang dan daripada tak tahu nak uruskan anak kecil, semuanya dah boleh buat sendiri.
Ads
Lagi satu Mawar juga mengakui, sejak Maryam lahir sampailah sekarang dalam telefonnya penuh gambar anaknya hingga nak dapatkan gambar sendiri pun susah.
Penangan anak mampu mengubah kehidupan suami isteri dan anaklah yang menjadi pengikat kasih sayang suami isteri.
Sumber: Mawar Karim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang tua selalu cakap ‘baby hisap ibu jari kaki tanda dia nak adik lagi’. Dengar je ayat macam ni mula la mama risau. Bukan apa baby kecil lagi tak kan la nak bagi adik dah kat dia. Sekurang-kurangnya biarlah besar dulu baru fikir kan semula.
Ok berdasarkan perkongsian Idati Malek, sebenarnya tindakan bayi menghisap ibu jari kakinya bukan nak adik tapi sebagai rangsangan otak untuk berkembang.
Now let me tell you guys a story. Ada seorang perempuan, aku namakan Puan N. Pregnant 5 bulan. Bila scan 5D, nampak baby dia tengah hisap jari kaki.
Jadi doktor cakap apa tau? ‘dia nak adik lagi lah tu….’ Tak tak. doktor tak cakap macam tu. mau kena lempang.hahaha.
Actually the fact is : baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya.
Nak tahu kenapa?
Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu. Jom kita tengok bahagian tapak kaki baby ni yg aku attach ni.
Sekiranya baby nak tumbuh gigi pulak, cuba tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby.
Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.
Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka.
Semua ibu tidak mahu susu tidak merosot selepas cuti bersalin. Menjadi impian setiap ibu berkerjaya yang menyusukan bayi untuk mempunyai pengeluaran susu yang stabil walau pun sudah mula bekerja semula.
“Puas sudah Anis memerah tetapi penghasilan susunya semakin sedikit. Stok susu ibu perahan menyusut ekoran pengumpulan susu di pejabat yang semakin sedikit. Dahulu boleh mengumpul 20oz sehari, kini hanya mampu mengumpul 10oz atau kurang. Anis cukup risau jika perkara ini berlarutan kerana tempoh penyusuan eksklusif kepada bayinya masih panjang.”
Mungkin ada yang mengalami situasi yang dialami Anis. Menurut kaunselor laktasi, Faliyana Muda, kebanyakan ibu mengalami masalah untuk memerah payu dara setiap tiga hingga empat jam sekali apabila mula bekerja. Ia lazimnya dialami selepas cuti bersalin kerana tuntutan tugas dan kekangan masa. Hal ini dan beberapa faktor lain berkemungkinan besar menjadi penyebab penghasilan susu oleh payudara menjadi perlahan dan sedikit.
Menyedari risiko penghasilan susu yang bakal menjunam selepas kembali bekerja ibu-ibu yang menyusukan perlu lebih kreatif dalam menangani isu ini menggunakan pelbagai kaedah.
Elakkan daripada merasa perlunya tempat spesifik untuk memerah.
Gunakan kemudahan yang ada seperti nursing cover yang boleh menutup bahagian dada ketika memerah. Maka sesi memerah tidak dirasakan sesuatu yang membebankan ibu-ibu kerana boleh memerah di mana sahaja.
Menggunakan peralatan bantuan memerah seperti Freemie iaitu alat untuk menakung susu ibu yang boleh digunakan dengan mana-mana pam yang mempunyai tubing. Dengan adanya alat ini dan pam payudara yang boleh dicas, proses memerah masih boleh dilaksanakan dengan bebas tangan semasa ibu bekerja.
Kebanyakan ibu mengalami masalah untuk memerah payudara setiap tiga hingga empat jam sekali apabila mula bekerja kerana kekangan masa & tugas.
Emosi cemas dan tertekan perlu dijauhi sebaliknya cari jalan penyelesaian dengan tenang. Misalnya sekiranya tidak boleh memerah kerana suntuk masa atau perlu berkursus, cuba cari jalan untuk melakukannya dengan cara lain. Misalnya memerah semasa berkursus tanpa perlu ke surau dengan cara memakai nursing cover, jaket atau menutupnya dengan tudung.
Lakukan stimulasi pada payudara. Perlu difahami penghasilan susu bergantung kepada supply and demand. Permintaan tinggi akan menyebabkan penawaran (penghasilan susu) meningkat. Cara untuk mengelakkan penghasilan susu ibu merudum ialah dengan sentiasa memberi stimulasi payu dara sama ada dengan menyusu secara terus ataupun memerah.
Wujudkan sesi memerah yang konsisten setiap tiga jam sekali dan jangan hanya memerah apabila merasa payudara sudah penuh. Sesi perahan yang dilakukan bukan semata-mata untuk mendapatkan susu ibu perahan tetapi adalah satu cara memberi signal kepada otak supaya menghasilkan lebih banyak susu.
Proses untuk menghasilkan susu baru tidak akan nampak dalam jangka masa singkat. Perlu diketahui, sekiranya hari ini ibu menambah sesi perahan, peningkatan penghasilan susu tidak akan dapat dilihat keesokannya. Ia akan mengambil masa seminggu atau dua minggu bergantung kepada individu.
Dapatkan sokongan daripada orang terdekat seperti suami, ibu bapa, rakan-rakan, adik beradik, pengasuh dan majikan. Beri penjelasan dan penerangan kepada orang di sekeliling supaya mereka memahami dan menyokong amalan penyusuan susu ibu yang sedang anda lakukan.
Fikirkan yang indah dan keseronokan semasa memerah. Tinggalkan segala masalah buat seketika. Relaks dan perahlah payu dara dengan gembira. Tatap gambar dan video bayi anda semasa memerah bagi membantu hormon oksitosin iaitu hormon kegembiraan yang membantu penghasilan maka susu bertambah. Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penghasilan susu merosot.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaannya dalam bab membeli mainan, ada ibu bapa yang terlebih teruja. Soal harga tak kisah yang penting boleh buat anak gembira. Bagaimanapun, menurut pakar kanak-kanak ibu bapa perlu tahu mainan yang sebetulnya untuk anak bawah setahun.
Ini kerana ia sangat penting untuk merangsang perkembangan otak anak dan bukan hanya sebab ibu bapa yang suka. Kesilapan ini sering berlaku hingga akhirnya tersimpan dalam stor tanpa diusik.
Perkongsian dari Dr Aen Saari ada beberapa jenis mainan yang boleh dibelikan untuk bayi berumur 0-12 bulan.
1) Bola merah atau mainan warna merah. Bayi lebih tertarik dengan warna ‘bold’ bermula umur 3 bulan berbanding warna pastel. Ini untuk stimulate pergerakan penglihatan bayi kiri kanan atas bawah.
2) Wooden cubes besar tapak tangan bayi, untuk dia bang together. Ni biasanya umur 6 bulan, sebab dia nak belajar genggam dan bawa tangan dia ke tengah.
3)Rattle untuk stimulate pendengaran dia. 6-12 inci please. Dekat dekat nanti kesian telinga anak. Caranya, bunyikan kat tepi telinga. Pastikan dia tak nampak rattle tu. Kalau dia nampak, maknanya dia guna deria melihat, bukan deria pendengaran.
4) Bila dia dah pandai genggam, belikan crayon saiz besar ya. Pandai-pandailah cari yang non toxic, baby friendly. Dia nak belajar pegang dan conteng-conteng.
5) Board books. Ha belikan buku yang tebal tu untuk bagi dia belajar selak. Dia akan belajar guna hujung jari untuk pegang nanti. Cari gambar-gambar menarik, warna yang attractive. Mula dengan sesuatu yang mudah.
Tak perlu beli buku cerita yang panjang kerana umur setahun anak belum pandai baca atau faham. Mereka hanya tertarik pada gambar sahaja.
6) Teething toys. Kan dia nak menggigit. Kebiasaannya anak-anak akan mula bawa macam-macam benda dekat mulut (sebab tu bila dia dah dapat tangan, jangan letak apa-apa bersaiz kecil kat tempat rendah. Pastikan simpan di tempat selamat).
7) Mainan beroda. Beli yang besar sikit, dan yang tak boleh cabut-cabut. Penting untuk keselamatan anak kerana jika yang mudah tercabut risiko anak tertelan tinggi. Untuk fasa ini, anak akan belajar roll mainan ke depan ke belakang.
8) Cawan dan sudu. Nampak macam tak ada apa-apa dan bersepah je kan. Tapi ini lah masa nak bagi dia belajar pegang cawan, pegang sudu dan kacau sudu tu dalam cawan. Ni sebenarnya proses pembelajaran terbaik untuk anak.
Walaupun semua mainan ini bagus dan merangsang otak bayi untuk cepat belajar yang paling penting sekali komunikasi dua hala antara bayi dan ibu bapa. Perlu lihat tepat ke mata supaya dia dapat berinteraksi dengan baik.